Ahad, 8 November 2009

SEWA LORI NEGARA ATAU PROJEK POKET PEMERINTAH?


Pembentangan belanjawan negara yang di tunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia sudah pun berlalu beberapa minggu yang lalu,Dengan pembentangan yang bersemangat itu tentu menjanjikan seribu satu kesenangan kepada penduduk di Malaysia ,Sehingga ke hari ini tiada siapa yang merasakan perubahan perbezaan kesempitan hidup yang di alami samaada sebelum belanjawan di bentang atau selepas ianya di bentangkan,Walau apa pun yang pastinya harta kekayaan itu tetap berlegar di tangan orang-orang berkuasa atau orang-orang kaya di kalangan mereka dan yang miskin tetap dengan kemiskinanya dan yang papa akan terus merempat di bumi kelahiranya,

Pemimpin melihat rakyatnya seperti ia melihat para pelanggan yang dahagakan perkhidmatan hasil dari syarat-syarat yang di adakan, Rakyat di jadikan alat untuk sumber kekayaan negara,Segala keperluan rakyat di sediakan negara dengan bayaran tertentu ,Bagaimana si miskin dan si papa ingin mendapatkan haknya untuk memenuhi keperluan hidup samaada dalam Kesihatan,Pendidikan atau Keselamatan,Perbuatan pemimpin negara ini benar-benar bertentangan dengan syariat Islam dan sunnah rasul, Adakah mereka ini tidak membaca sirah rasullulah saw memberi syarat membabasan tawanan perang badar dengan mengajar ilmu mereka atau mereka lupa akan kisah Khalifah Umar memberi gaji kepada tiga orang guru sebesar 15 dinar setiap bulan yang bersamaan 63.75 gram emas yang semua ini untuk memenuhi kewajiban negara terhadap hak warganegaranya, Berbeza benar dengan apa yang kita lalui di hari ini dimana pendidikan yang sepatutnya menjadi hak rakyat secara percuma telah di jadikan barang daganggan dimana rakyat dijadikan pelanggan dan negara menjadi tauke yang rakus merampas kekayaan rakyat untuk memperolehi pendidikan,Begitu juga dalam urusan kesihatan rakyat juga tidak di urus sebagaimana yang di tetapkan dalam sistem pemerintahan Islam (khilafah),Apa yang pasti sehingga bilakah penindasan dan kezaliman ini hendak di biar berterusan bermaharajalela ? tidakkah kita bercita-cita untuk membuat sedikit jasa untuk menegakkan keadilan sebagaimana keadilan Islam yang pernah di nikmati datuk nenek moyang kita di suatu masa dahulu ? mudah-mudahan dengan jasa membantu menegakkan agama Allah kita di bantu yang esa di hari pengadilanya kelak.

Selasa, 3 November 2009

SEWA LORI & ULAMAK SU'


Sehari dua ini kita disajikan pergelutan beberapa orang agamawan yang menzahirkan sikap dan pemikiran buruk mereka di dada2 akbar utama tempatan,Sikap seperti ini bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem sekular yang melahir pemikiran, perasaan serta hukum yang mengikat sesama mereka berdasar akal yang lemah lagi terbatas, Ini adalah kerana punca maklumat dan pendidikan agama yang mereka miliki bukanlah berpunca dari sesaorang yang boleh menghantar kepada aqidah Islam yang jernih lagi benar,Sikap dan ucapan mereka selama ini lebih menguatkan fakta ,Ini dapat di buktikan dari kesan kehadiran mereka di tengah2 masyarakat tidak mampu mempengaruhi sedikitpun tingkah laku buruk rakyat berubah menjadi luhur ,Dengan pertambahan ustaz2 yang di restui pemerintah serta sijil2 tauliah yang menjadi punca kekayaan agamawan telah mengheret mereka pada teguran nabi yang mereka sanjunggi selama ini ,Dari Anas bin Malik ra dengan sabdanya "Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su' : mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan (gaji,ganjaran dan kemudahan hidup) bagi diri mereka sendiri, Allah tidak akan memberi keuntungan dalam perniagaan mereka itu .(HR al- Hakim)

Apa yang di peringatkan baginda rasul benar2 tidak dapat di terima para Ulamak di hari ini ,Hadis ini benar-benar di benci mereka kerana ia mengancam kemewahan dan keselasaan hidup yang mereka nikmati ,Para ulamak kini juga terpengaruh dengan gaya hidup yang exacutive dan mengizinkan jiwa raga mereka dibeli dan di buli para pemimpin mereka ,Ulamak ini lebih rela menjadi hamba kepada sesama manusia yang hina berbanding menjadi hamba Allah yang mulia sebagaimana hadis dari Anas meriwayatkan " Ulamak adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia,Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul,kerana itu jauhilah mereka "

Justeru itu bolehlah disimpulkan bahawa mereka ini bergelar ulama bukan kerana keiklasan mereka dalam syahadah kepada Allah Swt tetapi kerana bayaran dan habuan kesenangan serta kemuliaan hidup di dunia yang mereka impikan selama ini, Perbuatan mereka akan dibalas Allah Swt sebagaiman hadis yang di tutur Abu Hurairah ra " Siapa yang makan dengan (memperalatkan) ilmu ,Allah membutakan kedua matanya dan neraka lebih layak untuknya. (HR Abu Nu'aim dan ad-Dailami)

Na'uzu billah min syarr al-ulama as-su.

Isnin, 12 Oktober 2009

PEMBORONG ATAU PEMBOHONG ?


Jeritan kecewa rakyat terus kedengaran disana-sini, Di bahu rakyat segala bencana dan kepincangan sistem yang di terapkan pemerintah terpaksa di pikul. Rakyat menjadi bahan uji-kaji pemerintah atas dasar-dasar peraturan yang diterapkan samaada bermafaat atau tidak, Rakyat juga menjadi tempat sumber pendapatan pemerintah dan pada tiap keringat rakyat ada nilai kemewahanya, Tetapi apa yang rakyat dapat dengan mengajikan puluhan ribu ringgit kepada tiap-tiap pemimpin dan penguasa mereka,

Mampukah pemimpin mereka melindungi hak-hak rakyat ? mahukah mereka mendengar keluhan dan jeritan rakyatnya ? inginkah mereka bertanggongjawab atas kepincangan sistem yang mereka terapkan? sangupkah pemimpin menganti kerugian yang di alami rakyatnya?Segalanya bergantung kepada aqidah para memimpin ini ,jika pincang aqidahnya maka pincanglah aqidah rakyatnya ,kerana rakyat berpegang pada aqidah para pemimpin mereka .Sama juga jika rakyat menjadi ahli putar alam maka para pemimpin mereka juga ahli putar alam ,bila kita lihat rakyat jadi pengampu pemimpin apa lagi jadi pemimpin penipu....

Rabu, 7 Oktober 2009

PERGINYA NORDIN MOHD TOP




Lori sewa melihat naluri pejuangan sesuatu fitrah yang ditanam di dalam diri setiap manusai,Tampa perjuangan dalam kehidupan ini manusia itu bukanlah manusia yang di bebani hukum dan tanggongjawab sebagaimana tujuan asal manusia itu diciptakan oleh Allah Swt , Tetapi dimanakah hala tuju naluri perjuangan ini ingin di salurkan ? Apakah yang perlu di perjuangkan ? apakah kaedah perjuangan yang di syare'i dan bilakah tiba waktu perjuangan itu perlu dilakukan ?
Walauapapun yang pasti persoalan2 seperti itu telah dijawab oleh para ulama terdahulu dan isu-isu seperti ini tidak perlu di persoalkan dan bagi yang ingin tahu hanya perlu pergi ke Halaqah dan majlis ilmu untuk mendapatkanya,
Ada banyak ulamak yang menolak taknik mendirikan Daulah dengan cara kekerasan antaranya adalah Syaikh Taqiyuddin, Abu al-Ala al-Maududi, Nasaruddin al-Bani dll,Pandangan mereka jelas bahawa Daulah hanya akan berdiri melalui Dakwah secara damai melalui pati politik,Syaikh Muhammad Khair Haikal menyelaskan 3 metod untuk mendirika Daulah Khilafah.
1) Menyiapkan suasana Dakwah yang selesa.
2)Mencari Ahli Nushrah yang mempuyai kuasa.
3)Membaiat orang yang akan dipilih menjadi Khalifah dan melindungi Ahli Nushrah.

Rabu, 30 September 2009

Sejarah masih segar


Jenazah cucuanda Sultan Abdul Hamid (1876-1909) disembahyangkan oleh ribuan warga Turki yang masih mengenal institusi kekalifaan yang melindunggi darah & harta meraka 85 tahun yang lalu,Sultan Abdul Hamid di Istambul yang mendiami Istana Yildiz telah digulingkan oleh Parti Ittihad Ve Terakki pada 1909 mengherat Intitusi Kekhilafahan Othmaniyyah runtuh secara rasmi di muka bumi pada 1924, Selepas keruntuhan itu baginda dan keluarga telah di usir dari bumi Turki, Pengulinganya di lakukan oleh 240 perwakilan anggota parliman Utsmaniyyah hasil tekanan Parti Turki Muda,Permintaan baginda untuk mendiami Istana Caragan bersama 9 orang anak lelaki serta 7 orang anak perempuan di tolak,Beliau di paksa keluar sehelai sepinggang pada malam gelap gulita menuju stesen keretapi Sirkeci meninggalkan bumi khilafah ke Istana milik Yahudi di Salonika ,Yunani selama 6 tahun,Segala hartanya di rampas oleh tentera Ataturk, Di Istana yahudi mereka di kurung dalam kamar tidak berperabut dan pintu serta tingkap di larang terbuka,Pada 1912 Sultan di hantar pulang ke Istambul akan tetapi anak-anaknya di pisah-pisahkan,Mereka di buang ke Perancis menjadi pengemis yang hidup melarat dan meminta-minta di lorong-lorong jalan.

Begitu kezaliman pemimpin sekular yang hari ini kita juga dapat merasakan penindasan dan keperitan hidup hasil penerapan sistem pemerintahan kapitalis dan demokrasi.

Selasa, 15 September 2009

TIADA KHALIFAH MAKA TIADA AMIL ZAKAT




Seorang mujtahid mutlak iaitu Imam at-Thabari menyatakan " Amil adalah para wali yang diangkat untuk mengambil zakat dari orang berkewajiban membayarnya dan memberikanya kepada yang berhak menerimanya, mereka ( amil ) diberi itu kerana tugasnya ,baik kaya ataupun miskin" . Imam al-Qurthubi (w 671h) dari mazhab Maliki menyatakan "Amil zakat adalah para wali dan pemungut zakat yang diutus oleh Imam/ Khalifah untuk mengumpulkan zakat dengan status wakalah" Banyak lagi pandangan2 dan ijtihat para mujtahid yang seirangan dan sependapat yang sama dan saling mengukuh dengan jelas membawa maksud hanya Khalifah sahaja yang mempuyai kuasa melantik AMIL zakat yang sah disisi Syarak ,Ia juga dijelaskan oleh pandapat Imam as-Sarakhsi dari mazhab Hanafi atau pandangan Imam as- Syaukani (w 1250h) dari mazhab Zaidiyah .


Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan Firman Allah swt dalam (QS at-Taubah<9>:103) "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka yang dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka " Dalam konteks perintah ayat ini jelas ia bersifat memaksa dan perintah tersebut ditujukan kepada Nabi saw dalam kapisiti baginda sebagai kepimpinan umum umat Islam di Madinah dan kefahaman ini dilanjutkan oleh para khalifah selepas beliau.


Kerana itu tiada pengertian Amir Zakat dalam khazanah fikih Islam kecuali untuk insan yang diangkat oleh IMAM/KHALIFAH bagi tugas2 yang terkait dengan zakat,


Hari ini siapakah yang berani mengesahkan dan siapakah yang diberi kuasa oleh ALLAH dan RASUL untuk melantik syarikat dan individu tertentu bagi melaksanakan tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh seorang Khalifah ? Bagaimana Ibadah Zakat yang kita lakukan tampa mengikut hukum syarak ? Benarkah zakat yang dibayar mengalir pada yang berhak menerimanya ? dan seribu satu persoalan akan timbul serta boleh dipertikaikan jika kita benar2 prihatin akan Ibadah kita diterima oleh ALLAH Swt atau pun tidak.

Rabu, 2 September 2009

RAMADHAN DI KHILAFAH CENTER


Di sepanjang bulan Ramadhan umat Islam cenderung melakukan kebaikan selain berpuasa,Mereka juga bersedekah,tadarus al-quran,itilaf dan lain2,Mesjid-mesjid menjadi penuh dengan para jemaah yang berusaha meningkatkan Ibadah dan mengharap pahala yang berlipat ganda di janjikan Allah swt di bulan ramadhan ini,

Selain itu keistimewaan beribadah di bulan ramadhan adalah Allah Swt membuka peluang selebar-lebar bagi kita membersihkan dosa-dosa yang selama ini dilakukan dengan syarat puasa yang kita lakukan berlandaskan keimanan dan keiklasan serta tidak melakukan dosa-dosa besar sebagaimana sabda nabi saw " Siapa sahaja yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan landasan iman dan iklas diampuni dosa-dosanya yang telah lalu (HR Ahmad ).
Didalam hadis yang lain rasullulah saw bersabda " siapa saja yang berpuasa Ramadhan kemudian melanjutkanya dengan puasa enam hari pada bulan syawal,ia seperti berpuasa sepanjang masa .(HR Muslim), Allah Swt berfirman : Siapa saja yang membawa amal yang baik , baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalanya (QS al-an,am <6>:160). Dengan demikian ,Puasa ramadhan sebanding dengan puasa sepuluh bulan dan enam puluh hari atau dua bulan sehingga genab dua belas bulan atau setahun penuh,perkara ini dijelaskan oleh riwayat Tsauban, mawla rasullulah saw ia berkata bahawa rasullulah saw pernah bersabda " Puasa Ramadhan sebanding dengan puasa sepuluh bulan dan puasa enam hari sebanding dengan puasa dua bulan dan itu sebanding dengan puasa setahun ( HR an-Nasa'i ).Semoga ibadah puasa kita di tahun ini benar-benar dilakukan atas rasa ketaqwaan kita pada Allah Swt dan diberi ganjaran yang setinggi-tinggi oleh yang maha esa.

Ahad, 23 Ogos 2009

LORI SEWA 3 TON & KONTRAK FARMING DIKHIANATI















Sejak beberapa bulan kebelakangan ini ,sering kedengaran rungutan dari ahli-ahli yang terlibat dalam kontrak farming lintah,Mereka kesemuanya tidak berpuas hati dengan alasan dan jawapan yang diberikan oleh tauke kontrak farming apa bila ditanya bila nak tuai hasil ?.Ada di kalangan mereka memberikan jawapan yang lucu dan tidak masuk akal seperti katanya "Lintah banyak hilang kerana dimakan hantu ",bagi tokey kontrak farming yang berpendidikan lain pula alasan yang diberi kepada para peserta dan ahlinya antaranya "pemanasan global mempengaruhi pembiakan lintah"walauapa pun jawapan yang diberi oleh tokey Lintah ini yang pasti para ahli telah membelanjakan puluhan juta ringgit wang mereka dengan rela secara menipu daya untuk melabur kedalam industri ternakan lintah yang tidak jelas keberhasilanya , Mereka ini sepatutnya diberi pembelaan oleh negara kerana ia benar-benar lalai mengawal dan memberhentikan industri kontrak farming dari merebak dan merugikan banyak pihak.kini segala harapan tinggal harapan, ramai tokey kontrak farming telah lari dari tanggongjawab mereka,meraka hanya tinggalkan poly tank dan beberapa alat ternakan untuk diusahakan sendiri oleh ahli2 mereka.

Rabu, 12 Ogos 2009

LORI SEWA 3 TON & AMPUNAN ALLAH SWT PADA ISTERI YANG TAAT















Hari ini ramai dari kalangan ibu bapa mengharapkan kelahiran anak-anak yang solleh ,para suami mengharapkan isteri-isteri solleha sebagai sahabat dalam kehidupan,pergaulan di antara mereka bukanlah pergaulan dalam ikatan perkongsian sebagaimana perkongsian kedua belah pihak dalam satu perniagaan,Islam membentuk keduanya menjadi sahabat sejati dalam segala perkara baik dalam suasana suka atau duka,Persahabatan ini dapat memberikan kedamaian diantara satu dengan yang lain sebagaimana Allah Swt berfirman "Di antara tanda-tanda kekuasaanya ialah dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri supaya kalian merasa senang kepada mereka serta menciptakan di antara kalian rasa kasih sayang",

Hari ini tersangat sukar untuk di temui dalam masyarakat kita para suami atau isteri yang mampu memupuk rasa kasih sayang dalam ikatan perkhawinan mereka ,Adakah ianya berpunca dari hilangnya keyakinan keatas janji Allah Swt keatas para Isteri yang taat pada suaminya ? Atau kurangnya pendidikan Islam yang di ajar selama ini kepada mereka keduanya? walauapapun persoalanya seorang Isteri yang mentaati suaminya selagi tidak melakukan maksiat pada Allah Swt akan mendapat pengampunan dosa dan keredhanya di dunia dan di akhirat sebagaimana kisah yang di riwayat bersumber dari Anas r.a. Ada seorang suami yang melakuakn perjalanan sementara isterinya di larang untuk keluar rumah,satu ketika orang tuanya jatuh sakit dan dia kemudian meminta izin kepada Rasulullah untuk menziarah ayahnya akan tetapi Rasulullah melarangnya agar ia terus taat pada arahan suaminya,Tidak lama kemudian ayahnya meninggal dunia dan sekali lagi dia meminta izin pada rasulullah dan rasulullah juga tidak membenarkan dan meminta dia taat pada arahan suaminya,Setelah itu turun wahyu kepada nabi saw " sesungguhnya aku telah mengampunkan dosa-dosanya kerana ketaatanya kepada suaminya"

Sungguh istimewa kedudukan seorang Isteri dan mudahnya mereka untuk mendapat pengampunan dan keredhaan dari Allah Swt ,Tetapi malangnya siapakah di kalangan isteri-isteri kita yang meyakini sirah ini ? lebih-lebih lagi peristiwa seperti ini tidak pernah di siarkan di TV,Radio ataupun di persembahan di panggung-panggung negara !.Walauapapun sekalung tahniah dari baginda nabi saw keatas para isteri yang berjaya dalam mengharunggi kehidupan dengan keredhaan suaminya sebagaimana sabda rasul saw "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan puasa di bulan ramadhan dan menjaga kemaluanya dari yang haram serta taat kepada suaminya, maka akan di persilakan masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang ia sukai." HR Ahmad dan Thabarani


-

Rabu, 5 Ogos 2009

LORI SEWA 3 TON & PERANAN KAUM HAWA DALAM MASYARAKAT


Tanggungjawab utama seorang perempuan dalam sebuah masyarakat adalah di dalam rumah tangganya.Sedangkan peranan utama perempuan adalah menjadi seorang ibu kepada anak2 dan isteri pada suaminya, Sesungguhnya mengatur urusan rumah tangga dan mengasuh anak-anak adalah tanggungjawab yang amat berat dan juga mulia. Bila seorang perempuan ingin berkerja dimana dia yakin pekerjaan itu tidak menganggu tanggung jawab utamanya sebagai pengurus rumah tangga maka syariah membenarkanya ,Antara bidang yang boleh di ceburi seperti sektor pertanian,industri ataupun perniagaan, Selain itu wanita juga boleh memiliki harta peribadi samaada harta bergerak mahupun tidak bergerak seperti rumah atau kebun pertanian,Walaubagaimanapun wanita tidak di benarkan syarak berkerja di bidang yang mengeksploitasi ciri-ciri kewanitaanya seperti perayu jualan,model iklan,peragawati,pelayan serta menjawat jawatan tinggi dalam pemerintahan seperti presiden,menteri yang memutuskan sesuatu keputusan kerana Rasulullah saw telah mengecualikan wanita dari tanggungjawab pemerintahan ini ,Pada saat putri Kisra ,Raja persia dinobat sebagai pemerintah ,Rasulullah saw bersabda " Tidak akan beruntung suatu kaum apabila mereka menyerahkan pemerintahanya kepada seorang perempuan "( HR al- Bukhari)

Khamis, 30 Julai 2009

LORI SEWA 3 TON & LEECH THERAPY : IS IT SAFE FOR YOU ?







Present a random stranger with a leech and he'll most likely have disgust written all over his face, tell him that you're going to let the leech bit him and he'll look at you as if you're given him a death threat.indeed people's reactions to leeches today a quite exaggerated and it's almost funny to see how people over react to this poor and simple creature with no backbone to speak of, all people would usually remember are blotched camping trips where skinny-dipping ied to lots of screaming and thrashing around because their legs suddenly got decorated with little black blood suckers. But really, leeches are relatively harmless-not only that, They're also very useful.

Isnin, 27 Julai 2009

LORI SEWA 3 TON & TOLAK DEMOKRASI TEGAK KHILAFAH


Seminar Demokrasi di penghujung hayat ,Khilafah penyelamat ummat anjuran Hizbut Tahrir Malaysia sungguh memberi kesedaran kepada yang iklas mencari kebenaran, Seminar yang diadakan sempena mengigati kejatuhan daulah khilafah ke-88 tahun yang lalu, Yang mana istitusi inilah tempat umat Islam berlindung dan bergantung harap untuk memelihara darah,harta serta nyawa mereka,Namun apakan daya institusi sebesar itu juga tidak mampu kekal berdiri atas kehendak ALLAH Swt jua ,Tiada apa yang boleh kekal dalam kehidupan ini dan segala-gala hanya bergerak dengan perancanganya ,Kini usaha dan dokongan umat untuk melihat hukum syarak ini kembali di terapkan dalam kehidupan semakan kuat dan hampir,Kehadiran 800 peserta ke majlis ini memberi tamparan hebat keatas sambutan dingin dimajlis-majlis ilmu anjuran oleh pehak-pehak tertentu. Sesungguhnya usaha dakwah yang tidak mengenal penat dan jemu oleh syabab hizbut tahrir di seluruh dunia telah berjaya membina ke taqwaan individu serta peningkatan syahsiah diri yang baik serta sudi berkongsi ilmu untuk hadir dalam perbincangan umam serta halqoh pembinaan. Sesungguhnya usaha menjadikan satu Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong untuk meraih rakus kepentingan politik pihak-pihak tertentu melainkan slogan satu Tuhan,satu kitab,satu rasul ,satu kiblat serta satu Daulah Khilafah menjadi slogan perjuangan yang benar-benar dapat di realitikan dalam kehidupan ini.

Jumaat, 17 Julai 2009

LORI SEWA 3 TON & PENTERNAK LINTAH DI MELAKA











































Beberapa minggu yang lalu saya di jemput oleh kenalan lama untuk melawat ladang ternakan Lintahnya di Negeri Melaka, Kehadiran saya di sambut dengan penuh kemesraan dalam suasana kekeluargaan, Hampir sejam bersama beliau saya begitu terpegun dan terharu mendengar pengalaman suka dan duka beliau dalam industri ini, Hasil usaha gigih yang tak kenal kegagalan ,Kini beliau boleh tersenyum lebar dengan kejayaan yang perolehi, Teknik dan media ternakan beliau begitu sesuai dengan kehidupan habitat ini, Saya melihat Mengemut anak-anak lintah ternakanya keluar dari sarang apabila ia di ganggu, Saya yakin dengan kaedah yang digunakanya dan semoga beliau mampu menjadi pengusaha ternakan lintah yang berjaya di Malaysia suatu hari nanti.

Khamis, 16 Julai 2009

LORI SEWA 3 TON & ISLAM MENOLAK DEMOKRASI


Saban hari kita pasti melihat peningkatan kadar jenayah, kemiskinan, pemberontakan dan berbagai isu-isu baru terpapar didada akbar bagai tiada noktahnya, Ada yang melihat gejala ini sebagai sumber pendapatan serta kedudukan politik mereka dan ada yang melihat isu ini sebagai satu kewajipan yang perlu di selesaikan mengikut pandangan-pandangan Islam. Walau apa pun yang pasti segala permasaalahan ini muncul dari sistem kufur demokrasi yang disanjung dan di agongkan oleh para pemimpin kaum muslimin kita sendiri. Demokrasi adalah anak kandung sekularisma adalah sesuatu kenyataan yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pemikir barat ataupun Islam, Istilah Demokrasi berasal dari kata demos ertinya rakyat dan cratein yang bererti pemerintahan. Abraham Lincoln (1809-1865) mendifinasi demokrasi sebagai (suatu pemerintahan dari rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat), Dimana salah satu pemikiranya adalah kedaulatan di tangan rakyat, Ini membawa maksud rakyat melalui wakilnya di pandang mempuyai hak untuk membuat peraturan dan undang-undang apa pun dan mereka juga berhak membatalkanya. Dalam demokrasi semua standad pemikiran bergantung pada akal manusia semata-mata. Sehebat manapun ia yang pasti manusia tetap juga manusia dengan sifatnya yang serba kurang, serba lemah ,serba terbatas serta bergantung satu sama lain ,Pergantungan kita kepada akal manusia yang lemah ini telah telah mendatangkan bencana kemanusiaan seperti mana yang kita perhatikan di hari ini ,Tidakah kita mulai penyesalan atas kebodohan kita selama ini menerima fomula peraturan hidup yang di reka oleh mahluk yang lemah seperti kita juga ? Bilakah tiba masanya untuk kita beralih kepada fomula peraturan hidup yang di wahyukan oleh yang maha bijaksana ? dan sampai bila kita ingin menafikan akan kembalinya KHILAFAH sebagai penganti sistem pemerintahan kufur demokrasi yang menuju kehancuran di abad ini ?
BERSAMA KITA PADA HARI AHAD ,26 JULAY JAM 9AM-1PM DI DEWAN CEMPAKA ,BANGI .LAYARI WWW.MYKHILAFAH.COM

Sabtu, 23 Mei 2009

LORI SEWA 3 TON & LEECH THERAPY




It may not work for the squeamish, but this Treatment using medicinal leeches is fast becoming popular among some, Hirudotherapy dates back 2500 years when it was used as a form of bloodletting in ancient Egypt.
Leech therapy is said to be able to reduce stress,normalise sleeping patterns, Treat a number of cardiovascular diseases as well as hypertension and arthritis, it is also reputed to restore the impaired vascular permeability of tissues and organs, enhance immunity and accelerate detoxification and prevent strokes.

Jumaat, 22 Mei 2009

LORI SEWA 3 TON & SYARI'AH TAK LAKU ?


Saat ini lahir berbagai jenama pati politik samaada di bumi kaum muslimin atau bumi orang-orang kufur,Pati-pati Islam yang tumbuh bak cendawan busut umumnya tidak mahu menawarkan sistem Islam secara kaffah baik dalam pemerintahan ,perekonomian, perundangan dan sebagainya, Mereka di percayai diselubungi ketakutan hilang undi berbagai lapisan masyarakat dalam pilihanraya akan datang,Walaupun begitu pati-pati politik Islam ini terus di kalahkan oleh pati politik sekular dengan aipnya, Apakah sebenarnya yang di kehendaki umat Islam pada hari ini ? Adakah mereka masih menyayangi dan berkehendak dengan Islam atau mereka memang ingin menukar pemahaman Islam kepada pemahaman sekular ?,Yakinlah sebenarnya umat islam sejati menunggu-nunggu kepimpinan dari pati politik berasas Islam yang benar-benar murni memperjuangkan inspirasi Islam, Untuk apa mereka menyokong pati politik Islam jika pati tersebut tiada bezanya dengan pati sekular atau berkawin dengan pati politik kufur,Oleh itu perlulah pati politik Islam ini memuhasabah ideologi pati yang mereka usung selama ini samaada ideologi tersebut sesuai dengan hukum syarak atau tidak, Ummat tidak boleh di persalahkan jika kibaran bendara pati politik sekular terus kekal dan meluas di bumi ini. Lebih-lebih lagi sudah menjadi tabiat sistem demokrasi untuk menghalang syariah Islam diterapkan kepada ummat Islam,Sejarah juga telah membuktikan dengan jelas bahawa perjuangan Islam melalui pati-pati politik Islam yang bergelumang dengan hiruk-pikuk demokrasi tidak membolehkan sistem Islam itu di terap secara kaffah, inilah persoalan yang perlu di fikirkan bersama agar tiap aktiviti dan keputusan yang kita ambil mendapat keredhaan yang maha esa.

Ahad, 17 Mei 2009

LORI SEWA 3 TON & JURU BEKAM LINTAH DI PUSAT BANDARAYA JOHOR BAHARU




Tahniah diatas usaha datuk bandaraya Johor Baharu yang membenarkan ruang-ruang kecil disekitar tapak letak kenderaan pusat bandar di gunakan untuk peniaga-peniaga kecil,Tapak pasar malam ini bertempat di sekitar bangunan Mara dan bangunan Tabung Haji lama,Idea datuk bandar ini telah memberi peluang kepada peniaga kecil mencari nafkah halal untuk keperluan keluarga mereka,Berbagai jenis barangan lama dan baru boleh ditemui disini termasuk bagi yang ingin mendapat rawatan alternatif iaitu rawatan bekam lintah,Rawatan ini di fahamkan bermula dari jam 6 30 pm hingga jam 11 30 pm sahaja dan jika ada pesakit yang memerlukan bolehlah berbincang ,Bagi yang ingin membuat temu janji boleh hubunggi En Zulkarnain di talian 012 7646966 bagi mendapat perkhimatan yang di tawarkan ,

LORI SEWA 3 TON & PRODUK BARU BAJA PEMBIAKAN LINTAH SEMULAJADI




Produk baru ini di perkenalkan Papa ketika beliau menziarah man_jb di terataknya di Taman Impian Emas di Johor Baharu beberapa hari yang lalu,Produk beliau ini beri nama SUPER BREEDER keluaran Kelab lintah papa yang kini telah ada di pasarkan,Produk ini di harap mampu membantu dan menyelesaikan masaalah penternak-penternak lintah yang kebanyakan gagal dalam penternakanya,Produk ini di perbuat dari bahan-bahan semulajadi dengan harapan mampu menggalakan pembiakan serta menjadi pemakanan untuk anak-anak lintah hidup dan membesar,Bahan-bahan semulajadi yang mengandungi vitamin E , kalsium dan phosphate semulajadi untuk menambah kadar pembiakan lintah dengan lebih cepat ,Kajian terhadap pengunaan SUPER BREEDER telah memberi kesan yang baik antaranya :


1) Pertumbuhan dan penambahan berat lintah dengan cepat.


2)Kadar kematian yang rendah.


3)Kekebalan dan ketahanan yang tinggi.


4)Meningkat kadar pembiakan lintah.


5)Tempuh kemuncak lintah bertelur panjang.


6)Lebih berdaya menentang stress dan penyakit lintah.


7)Mengekalkan PH air dalam lingkungan 6.8-7.2


8)Mewujudkan makanan untuk lintah dengan lebih cepat.


Bagi penternak di sekitar negeri Johor yang berminat untuk mencuba bolehlah hubunggi man_jb untuk mendapatkanya ,Kini produk ini di jual pada harga promosi sehingga 1 ogos 2009 pada harga rm 13,00 per kg sahaja dan selepas tarikh itu harganya rm 15,00 per kg di semenanjung Malaysia.

Rabu, 13 Mei 2009

LORI SEWA & JURU RAWAT BEKAM LINTAH KE RUMAH




Sebagaimana yang kita ketahui berbekam adalah satu proses pembuangan angin dan darah yang mengandungi kotoran toksid di dalam tubuh badan manusia,Proses ini sangat berkesan dan terbukti di mana amalan berbekam ini sendiri adalah merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Mengikut riwayat baginda Rasul berbekam sekali setahun,Sejak dahulu lagi berbekam telah menjadi amalan masyarakat dunia khususnya di negara seperti China,Mongolia,Kemboja,Indochina dan Arab, Antara penyakit yang boleh di rawat dengan kaedah bekam ini adalah seperti sakit belakang,migraine,resdung,ketegangan leher,pitam,kecederaan setempat,angina dan lain-lain, Bagi yang ingin mencuba rawatan bekam ke rumah-rumah ini boleh hubunggi En Zulkarnain di talian 012 7646966 ,Kos perkhimatanya bergantung kepada bilangan ekor lintah yang di perlukan di mana sekurang-kurang 4 ekor maksimum 12 ekor dan nilai rawatan seekor hanya rm 10,00 sahaja bagi sekitar daerah Johor Baharu .

Isnin, 11 Mei 2009

LORI SEWA & RAJA RESDUNG HERBA DI KIP MART TAMPOI


Ubi Jaga atau nama saintifik Smilax Myosotifolia adalah tumbuhan yang semakin pupus di hutan-hutan tropika di dunia ini, Pokok Ubi Jaga tumbuh subur menjalar atau melingkar seperti daun sireh dengan batang yang liat walaupun halus,

Daun Ubi Jaga mudah di kenali kerana ia seakan-akan daun sireh tetapi boleh mengelirukan kita kerana bentuknya,Bau dan bentuk daunya yang bundar seperti telur dengan hujungnya runcing serta kelihatan berkilat memudahkan pencari mengenalinya.

Untuk mencari ubinya pula ia berada di hujung akar ,

Ubi Jaga biasanya berbentuk bulat dan berlekuk, Di kelilingnya tumbuh akar yang liat,halus dan keras seperti urat yang tidak mudah putus apabila ditarik, Akarnya bagai seurat dawai dan mampu melukakan jari apabila kita cuba memutuskanya dengan kuat.

Ubi Jaga berkhasiat dalam menghilangkan keletihan, sakit pinggang, melancarkan peradaran darah dan membersihkanya,Ia mampu membuka nafsu sex bagi kaum adam dengan menguatkan tenaga batin serta menjadikan tubuh badan lebih segar dan cergas, Bagi yang ingin mendapatkanya boleh hubunggi En zulkarnain di talian 012 7646966, 30 biji Kapsul Ubi Jaga dan Raja Resdung dijual pada harga rm 15,00 sahaja di makan 2 biji sehari selepas makan,

Jumaat, 8 Mei 2009

LORI SEWA & WANITA JUGA HAMBA ALLAH


Dewasa ini berbagai aktiviti2 liar yang pastinya tidak boleh di terima akal telah menjadi gaya hidup anak2 gadis dan wanita kita ,Gaya hidup mereka yang liar lagi hina itu bagaikan di persetujui oleh para pemimpin kaum muslimin sehingga ada yang rela memfilemkan untuk tontonan seluruh rakyat jelata dengan penuh kebanggaan, Lebih-lebih lagi tindakan pencegahan yang bersungguh-sungguh tidak dilakukan pemerintah bagi mengatasi dan membenteras masaalah sosial ini.Dengan peningkatan kadar jenayah yang mengerunkan setiap negeri di bumi ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kebimbangan dan rasa tidak percaya rakyat kepada kemampuan pemimpin dan pehak berkuasa dalam tugas yang di amanahkan,Tugas untuk mengatasi malapetaka kemanusian dari timbunan jenayah yang menghambat dan mengancam kehidupan rakyat jelata.Ini terbukti dengan tangisan ribuan keluarga mangsa ragut masih tergiau-giau segar di corong telinga ini ,adakah kes kematian mereka serta anak-anak yatim yang hidup tampa ibu tersayang itu dapat membelaan yang sewajar dari para pemimpin yang menjadi penyumbang terjadinya malapetaka ini ? atau hanya kes-kes kematian individu tertentu sahaja yang keturunanya akan dibela dan dijamin kehidupanya seperti balu dan anak-anak yatim kakitangan kerajaan ,Dasar pilih kasih pemerintah di antara warganegara atau sikap talam dua muka ini tidak dapat di nafikan ,Ianya telah berdarah daging dari zaman penjajahan dan di warisi Malangnya dasar tidak perikemanusian ini terus di sanjung dan di amal sehingga ke hari ini, Bilakah tiba masanya nilai-nilai dan hak-hak kewanitaan ini akan di kecapi dan dimuliakan semula seperti mana yang pernah di nikmati wanita dan rakyat jelata keseluruhan seperti di zaman Daulah Khilafah dahulu.

Isnin, 27 April 2009

LORI SEWA & KELUHAN PENTERNAK LINTAH




Apa yang selama ini di fikirkan man_jb tentang masa depen para pelabur dalam industri ternakan lintah telah mula kedengaran keluhan mereka,Keluhan-keluhan ini di luahkan dari berbagai kaedah teknologi masa kini dan ianya datang dari berbagai negeri dari seluruh Malaysia,Walaupun man_jb telah menjelaskan sebelum ini akan kesan-kesan yang akan berlaku dengan di sertakan bukti-bukti logik dari realiti pengusaha kontrak farming namum masih ramai pelabur yang terpedaya dengan janji-janji manis mereka dan tidak mahu berhati-hati dan mempertimbangkan nasihat serta pandangan yang diberikan,

'TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA" inilah satu-satunya peribahasa melayu yang sesuai digunakan didalam fitrah kemanusian ,Walaupun yang terlajak bukan segunung harta yang berkilauan atau sekapal wang ringgit yang lebur di kaut oleh pengusaha kontrak farming namum wang ringgit yang rugi dari pelaburan Lintah ini masih boleh di kumpulkan kembali tidak pula pada taburan kata-kata dan janji-janji manis dari para pengusaha kontrak farming kepada para pelabur mereka, Bagaimanakah mereka ingin menepis ribuan pertanyaan tentang kegagalan mereka memikul amanah dan harapan pelabur mereka selama ini ?
Man_jb berani mengatakan kegagalan yang di alamai mereka banyak berpunca dari teknik ternakan yang tidak sesuai dengan habitat hidupan ini, Justeru itu man_jb ingin menasihatkan kepada para pelabur yang berminat dalam industri ini agar perhalusi niat dan buat sedikit kajian jual beli dan untung rugi mana-mana syarikat yang menawarkan pelaburan ,Ini adalah kerana budaya individualistik telah menjadi darah daging pada setiap individu kita sama ada mereka itu pemimpin yang kita sanjunggi atau sahabat taulan yang kita harapkan,Sejak sistem pemerintahan Islam runtuh sejak tahun 1924 ,Sistem pemerintahan kufur (kapitalis) di terapkan dalam kehidupan umat Islam yang menyerahkan seluruh resiko kehidupan di bebankan keatas bahu rakyat dan para pemimpin tidak akan bertanggongjawab dan tidak akan menjamin sebarang kerugian hasil kepincangan pentadbiran sistem yang mereka terapkan.Berbeza dengan sistem pemerintahan Khilafah yang di wahyu Allah Swt.Dalam sistem ekonominya terdapat lembaga-lembaga dilantik untuk menjamin perlaksanaan sistem ekonomi berjalan menurut arahan yang telah di jelaskan dalam hukum syariah,Lembaga dalam sistem ekonomi Islam dapat di ringkaskan seperti berikut:
1) KEKUASAAN AL-HISBAH,
Al-muhtasib (hakim hisbah) melakukan pemantauan terhadap pasar,timbangan,takaran dan penipuan di pasar dan tempat-tempat umum serta memantau berbagai pelanggaranya.
2)KEKUASAAN PERADILAN,
Peradilan menyelesaikan semua perselisihan termasuk perselisihan pinjaman ,ekonomi yang hadir dalam aktiviti harian rakyat daulah.
3)BIRO KAWALAN HARTA,
Biro berfungsi menggawal dan mengaudit aliran harta di Baitul Mal yang terkait dengan harta zakat,harta negara dan harta-harta pemilikan umum dalam perbelanjaanya.
4)KEKUASAAN MAZHALIM,
Mahkamah Mazhalim menangani pengaduan yang diajukan rakyat terhadap kezaliman penguasa terhadapnya ,Ianya termasuk dalam segala bidang termasuk pinjaman dan ekonomi.
Inilah secara ringkas politik ekonomi Islam yang di wahyukan,Sesungguhnya penerapan sistem ini dalam negara khilafah tidak akan berubah sehingga hari kiamat dan ianya mampu menjamin kehidupan ekonomi yang aman,adil dan bebas dari krisis warga daulah.

Rabu, 22 April 2009

PENIPUAN KONTRAK FARMING TERBONGKAR




Puluhan ribu ringgit duit tunai umat telah ditipu oleh Penyanggak Kapitalis tanpa pembelaan oleh pemimpin dan penguasa yang mereka sanjungi, Ribuan Ringgit wang simpanan yang di kumpul puluhan tahun hilang dalam sekelip mata sahaja. Apa yang dah terjadi keatas umat Islam dewasa kini yang negara berbangga dengan pendidikan tinggi mereka perolehi tetapi masih mengekori cara berfikir dan bertindak seperti generasi terdahulu yang mudah di tipu oleh para penjajah dan bangsa seagama mereka sendiri.

Apa kurangnya sistem persekolahan kita, apa pincangnya tenaga pengajar kita, Ribuan Juta Ringgit wang rampasan hasil keringat rakyat di belanjakan setiap tahun habis musnah dengan bayaran gaji guru-guru yang mahal serta kos yang tinggi dibelanjakan untuk pembinaan bangunan bagi melancarkan sistem pendidikan yang gagal ini. Apakah yang di peroleh rakyat dari pengorbanan mereka yang selama ini serta kesetian mereka menyokong sistem pendidikan yang gagal melahirkan insan bertaqwa yang mampu memelihara diri dari azab Allah SWT di akhirat kelak. Sistem pendidikan yang gagal membentuk hubunggan tiap jiwa rakyat dengan penciptanya. Sistem pendidikan yang terbukti melahirkan insan-insan yang berpotensi menjadi penyangak, penipu, perasuah dan penjenayah. Satu sistem yang menjadikan tiap jiwa rakyat hidup dalam ketakutan dimana diri mereka sentiasa terdedah dan di kelilingi insan-insan yang berpotensi menjadi pejenayah atau pun penipu walaupun mereka itu terdiri dari keluarga rapat seperti isteri-isteri atau suami atau mereka itu anak-anak sendiri. Bilakah tiba masanya untuk kita sama-sama bangkit mengubah kepincangan ini menjadi luhur dan diredhai yang maha berkuasa?


Rasulullah saw bersabda melalui Abu Hurairah RA "Bukanlah termasuk ummatku orang yang melakukan penipuan ".


Harta yang di kumpul dengan cara penipuan tidak boleh di miliki dan di mafaatkan, bahkan harta yang di perolehi dengan cara tersebut adalah harta yang haram. Ia merupakan harta SUHT, Nabi saw bersabda " Tidak akan masuk surga daging yang tumbuh dari hasil harta SUHT (haram) sebab nerakalah yang lebih layak baginya".
(H.R Imam Ahmad dari jabir bin Abdullah)

Ahad, 19 April 2009

SIAPAKAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH ?


Ahlus sunnah wal jamaah secara harfiah bererti orang yang berpegang dan mengikuti tuntutan dan kelompok Nabi Saw ,Sebab harfiah sunnah bererti thariqah (tuntutan),Kerana itu Si Fulan disebut Ahlus Sunnah kerana beliau orang yang menjadi pengikut tuntutan yang terpuji dan lurus,Mereka ini juga di panggil ahl al-haq (pengikut kebenaran) lawan dari ahl al-ahwa (pengikut hawa nafsu) Ahlul sunnah juga membawa maksud orang yang mengikuti sunnah nabi saw lawan dari ahl al-bid'ah.

Oleh itu Ahlus sunnah wal jamaah itu tidak ada kaitan dengan mazhab tertentu ,Tetapi siapa sahaja yang memenuhi maksud Qadhi Iyadh yang meyakini mazhab ahli hadis ,Menurut ibn Abd al-Barr mereka adalah para ahli hadis dan fikih bahkan menurut ibn Hajar mereka adalah semua ahli ilmu syariah ,An-Nawawi juga menyatakan bahawa kelompok ini bertaburan di antara berbagai ragam kaum mukmin dimana ada menjadi pejuang perang dan ada dalam ahli fikih ,ahli hadis,ahli zuhud serta pemimpin dan parti politik yang menyeru kepada kemakrufan serta mencegah kemungkaran, Tiada siapa yang boleh mengistiharkan hanya kumpulan mereka sahaja yang yang benar-benar dalam golongan Ahlus sunnah wal jamaah.


Jumaat, 17 April 2009

GADIS KITA TABARRUJ !


Erti tabarruj ialah membuka sesuatu dan menampakkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain.Ia juga bererti memaksa diri untuk membuka sesuatu yang wajib disembunyikan.Namun begitu ia memberi maksud yang khusus ,iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki lain yang bukan mahramnya.Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat ,maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat.

Firman Allah Swt :

" Dan janganlah kamu berhias (depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang2 jahiliyyah yang terdahulu." (Al-Ahzab ayat 33)

Rasullullah saw sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai suatu perkara yang mesti dipatuhi.

Rasulullah saw juga bersabda:

" Aku telah melihat di dalam neraka ,aku melihat kebanyakan penghuninya wanita .sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya,kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek."

daripada dalil-dalil di atas jelaslah bahawa bersolek untuk tujuan mempamirkan kecantikan dihadapan bukan mahram adalah dilarang kecuali hanya untuk suami mereka sahaja ,tetapi adakah pesanan Rasulullah yang disayangi itu di ambil kira oleh kaum muslimah kita di hari ini tak kala mereka berada dalam kehidupan umum sebagaimana gambar diatas ?

Rabu, 15 April 2009

LAPORAN MESYUARAT AJK PELINTAH KE 3


Mesyuarat yang dicadang pada tanggal 11 april 09 jam 8 malam bertempat di Agrotek Resort ,Hulu Langat ,Selangor telah berlangsung agak lewat sekitar jam 9 30 pm dan berakhir jam 3 30am ,Man_jb yang telah tiba seawal jam 7 pm setelah memandu ratusan kilometer dari selatan Malaysia begitu hampa dengan kelewatan yang tidak sepatutnya berlaku oleh sesetengah AJK sehinggakan menggangu perancangan masa ahli AJK yang lain, Harapan man_jb agar perkara seperti ini jangan di ulang lagi dan marilah kita bersama-sama belajar menghormati masa dan hak rakan2 yang lain dan hadirkan diri tepat pada waktu yang dirancang.

Banyak keputusan mesyuarat telah dapat diputuskan diantaranya,

1) Rancangan pelancaran website pelintah untuk tujuan bulitin dan borang ke ahlian.

2)Pembentukan Biro2 yang berfungsi dalan Teknikal,Kebajikan dan Komersil.

3)Mengarahkan AJK negeri mengadakan aktiviti untuk ahli di setiap negeri.

4)Memilih universiti tertentu sebagai penasihat dalam industri ini.

Serta berbagai isu2 semasa dan permasaalahan harga di perbincangkan ,Moga komitmen yang sekecil ini serta kerjasama dari AJK dan Para Ahli Pelintah dapat menjayakan industri ini walau ianya di perlekah oleh sesetengah pihak.

Jumaat, 10 April 2009

PANDANGAN ULAMA SILAM TENTANG DEMOKRASI


Para ulama yang halus pandangan serta ijtihatnya dalam perbincangan demokrasi tentu akan memutuskan bahawa demokrasi bukan hanya tiada kaitan dengan Islam bahkan bertentangan denganya, antara ulama yang mengkritik dan memberi pandangan negatif terhadap demokrasi adalah seperti berikut :

1) Adnan ali Ridha an-Nahwi dalam kitabnya Syura La ad-Dimuqrathiyah halaman 103. Ia menyatakan "Dalam kehidupan dunia kebenaran pendapat didaklah diukur dan di tetapkan oleh sedikit atau banyaknya jumlah orang yang melakukanya. Kebenaran itu wajib di ukur dan ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip dan minhaj rabbani yang diturunkan dari langit".

2) Sheikh Abul A'la al-Maududi dalam kitabnya Al-Islam wa al-Madaniyah al-Haditsah halaman 36. Ia mengatakan "Telah saya katakan sebelumnya bahawa pengertian demokrasi dalam peradapan moden adalah memberi kekuasaan membuat hukum kepada majoriti rakyat.Maka dari itu kita menentang sistem sekular yang nasionalis-demokrasi baik yang di tegakan oleh orang barat atau pun timur, Muslim atau non Muslim".

3) Muhammad Yusuf Musa dalam kitabnya Nizham al-Hukm fi al-Islam halaman 245, ia berkata "Sesungguhnya sistem pemerintahan Islam bukanlah sistem demokrasi baik dalam pengertianya menurut kaum yunani kuno mahupun dalam pengertian yang moden".

4) Anwar al-Jundi dalam kitabnya Sumum al-Istisyraq wa al-Mustasyriqun fi al-Ulum al-Islamiyah halaman 96. Ia mengatakan "Pemikiran politik Islam berbeza dengan pemikiran demokrasi barat, diantaranya kerana kedaulatan dalam sistem politik Islam bukanlah di tangan umat seperti sistem demokrasi juga bukan di tangan para pemimpin seperti dalam sistem diktaktor, melainkan ada dalam penerapan syariah Islam, dengen demikian sistem politik Islam sangat jauh berbeza dengan sistem apa pun yang menyimpang itu ".
5) Sheikh Muhammad al-Ghazali beliau mengkritik demokrasi dalam kitabnya Min Huna Na'lam halaman 93, Beliau membantah Khalid Muhammad Khalid yang membenarkan pemerintahan demokrasi ,katanya " Adalah perkara yang haq bahawa orang2 yang menerapkan demokrasi sebagai sesuatu yang ideal, Hakikatnya ia adalah orang2 yang rendah moralnya dan lebih buruk pengaruhnya dibandingkan dengan orang2 yang menyalah gunakan agama, Pada saat mereka menerapkan hukum2 yang zalim , Mari kita lihat sekilas sistem demokrasi ketika diterapkan di negeri Mesir,Mesir berada di tangan tuan-tuanya dari penduduk Eropah yang menjadi utusan Eropah atau yang menjajah kita.
6) Sheikh Abdul Qadim Zallum dalam kitabnya Ad-Dimuqrathiyah Nizham Kufr : Yahrumu Akhdzuha aw Tathbiquha aw ad- Da'wata ilayha, Beliau menyatakan " Demokrasi yang di jaja barat yang kafir ke negeri2 muslimin sesungguhnya merupakan sistem kufur ,Tidak ada hubungganya dengan Islam sama sekali ,Baik secara langsung mahu pun tidak langsung ,Demokrasi sangat bertentangan dengan hukum2 Islam baik secara global atau pun secara sebahagian ,Oleh kerana itu kaum Muslimin di haramkan secara mutlak untuk penggambilnya,menerapkanya atau menyebarluaskanya.

Selasa, 7 April 2009

EX-YDP PELINTAH MALAYSIA




Pada hujung minggu yang lalu ,Man_jb bersaman seorang syabab hizbut tahrir berkesempatan membuat kunjungan ke kediaman mantan YDP PELINTAH ,Kediaman beliau di tengah2 pekan Sungai Besi lama memang mudah di cari ,Kehadiran man_jb di sambut mesra dengan hidangan kopi o yang merangsang perbualan diselangi ramah mesra anak dan isteri beliau,Banyak juga pangilan yang diterima perlu dilayanya hingga man_jb merasa kesuntukan masa untuk menyambung perbincangan,Sebelum berangkat pulang man_jb sempat di bawa melawat kolam ternakan lintah beliau yang berada di belakang kediamanya,Man_jb cukup terharu dengan kajian yang di buat dalam pembiakan lintah serta pasrahnya beliau menempuh dan menerima ketentuan ilahi atas ketetapanya.Kepada rakan penternak yang ingin mendapatkan khimat nasihat dalam ternakan lintah bolehlah hubunggi Beliau di talian 012 6921721,Semoga beliau dapat meraih kejayaan didalam apa jua bidang yang di ceburinya di masa-masa mendatang.

Isnin, 30 Mac 2009

09 05 2009 ( SABTU )KURSUS ASAS JURUTERAPI LINTAH KE-3


Kursus asas terapi lintah akan diadakan pada hari ahad 09 05 2009 di Lakin ,Johor Baharu dari jam 8 45 am hingga 5 pm dengan yuran RM 350.00 Termasuk sijil dan makan minum,Berminat sms nama penoh ,no kad pengenalan dan no tel ke talian 019 7710101 sebelum 07 05 2009 ,selian maklumat terkini ,wslm.

Selasa, 24 Mac 2009

POLITIK EKONOMI ISLAM



Politik Ekonomi Islam menjelaskan adanya jaminan tercapai pemenuhan semua keperluan primer ( makanan,pakaian dan kediaman ) tiap-tiap orang secara menyeluruh. Islam memandang setiap orang secara peribadi bukan secara kolektif sebagai komuniti yang hidup dalam sesebuah negara. Oleh itu politik ekonomi islam bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan dalam sesebuah negara semata-mata atau untuk mengadakan kemakmuran dan kemudahan awam seperti mana yang diusahakan oleh pemimpin kaum muslimin kini tetapi politik ekonomi islam bertujuan untuk memecahkan masaalah utama yang dihadapi setiap individu manusia untuk peningkatan taraf hidupnya serta berupaya memakmurkan diri di dalam kehidupan tertentu. Justeru itu hanya penerapan hukum-hukum syara' sahaja yang menjamin terpenuhi seluruh keperluan primer di setiap warganegara secara menyeluruh dengan berusaha mencarinya. Banyak hadis mendorong umat mencari keperluan hidup , dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda "Tidaklah seseorang makan sesuap saja yang lebih baik selain ia makan dari hasil kerja tangannya sendiri ", Rasulullah saw juga pernah mencium tangan Saat bin Muadz yang kesat kerana mencari nafkah keluarganya dengan menghayun skop dan kapak dengan sabda baginda "Inilah dua telapak tangan yang disukai oleh Allah swt". Justeru itu jika ada harapan di hati kita untuk meraih keredhadaanya maka perlulah kita berusaha berkerja pada yang di syariatkanya.

Ahad, 22 Mac 2009

LAPORAN KURSUS LINTAH KALI KE 11


Kegawatan ekonomi dunia yang berpunca dari penerapan sistem ekonomi kufur yang di izinkan oleh para pemimpin kaum muslimin benar-benar menimbulkan ke tidak tentuan dalam kehidupan ini.Dengan kerakusan dan kebuasan para pemimpin muslimin meragut kekayaan umat islam melahirkan jurang kekayaan dan kemiskinan yang tidak terkawal ,Hasilnya rakyat jelata yang menjadi punca kemewahan hidup para pemimpin mereka yang tidak berhenti menindas ,Lihatlah wajah-wajah mereka yang terpapar diatas,Jelas kesucian terpancar dari raub wajah untuk menimba ilmu untuk memenuhi keperluan hidup mereka ,Malangnya ada pemimpin mereka yang menunggu hasil usaha mereka untuk di rampas bagi memenuhi hawa nafsu mereka yang bermewah itu,Perlantikan mereka benar-benar dilimpahi laknat Allah Swt kerana dosa yang kita kepakati melakukanya,Kita telah diasuh dengan sistem yang yang bertentangan dengan wahyu ,Satu sistem yang memisahkan peraturan kehidupan dengan sistem yang berlandas kepada panduan ilahi iaitu sistem Sekular.Walhal memilih pemimpin untuk menjalankan sistem sekular ini merupakan satu usaha mengkhianati peraturan Allah dan Rasullullah,Mempertahan keburukan sistem ini juga membawa kepada hukum yang haram apa lagi ada yang berani menerapkanya,Ke enganan kita untuk bertukar dan menyokong penerapan sistem yang di wahyu Allah Swt iaitu sistem khilafah mengundang kehinaan hidup di dunia dan di akhirat dijanji azab yang bersangatan azab dari Allah Swt.

Rabu, 18 Mac 2009

SEJARAH PERUBATAN & KHASIAT LINTAH


Rekod dokumentasi yang pertama pengunaan Hirudo Medicinalis bermula seawal zaman Hippokrat, Menurut penulisan sanskrit, Dhavantari ( bapa perubatan India ) mengatakan "Pegang madu disebelah tangan dan lintah di sebelah tangan lagi " .Selain itu terapi lintah juga di gunakan dalam perubatan kuno cina, Lukisan lintah perubatan telah di jumpai dalam makam dukun-dukun kuno mereka, Dalam perubatan Greek kuno pula pengiktirafan rawatan terapi lintah boleh di temui dalam puisi Alexipharmacia karya Nicondros, Pakar perubatan roman, Galan menjelaskan bahawa terapi lintah sebagai kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan dalam organ tubuh badan manusia ,Di negara Eropah pada abad yang ke 18 dan 19 mereka telah mengimport lebih 10 juta ekor lintah setahun untuk memenuhi permintaan di dalam industri perubatan mereka. Walaupun terdapat 650 jenis spesis lintah di seluruh dunia, Hanya satu jenis di gunakan dalam industri farmaseutikal (perubatan) iaitu lintah dari jenis hirudo medicinalis atau di beri nama lintah sawah. Lintah ini mudah di kenali dengan memerhatikan satu jalur kuning di bahagian perutnya dan bahagian bawah berwarna coklat atau hijau. Lintah ini mempunya bahan kimia yang di panggil Anti Koaqulan iaitu pencair darah yang mampu merawat kesan luka ,darah beku atau penyambungan ogen2 kecil seperti telinga,tangan dan urat2 anggota badan. Ekstrak Hirudin dari spesis lintah ini mampu menggurangkan pembentukan pembekuan darah serta melancarkanya ,Ia mampu merawat penyakit sejuk anggota badan,sakit2 otot dan sengal2 badan. Ekstrak Pheromone merupakan hormone yang mengeluarkan bau yang menarik perhatian pasangan dalam hubungan seksual. ekstrak Histamin merupakan histamine yang berfungsi membesarkan saluran darah dan mecergaskan aliranya ianya mampu menyelesaikan penyakit lemah tenaga batin dan Ekstrak Nitrik Oxide pula mampu mempercepatkan peredaran darah pada wanita ianya mampu membantu meningkatkan hubungan seksual wanita.

Khamis, 12 Mac 2009

NASIONALISME : PENYEBAB KEHANCURAN KHILAFAH


3 mac hadir lagi ,Itu lah tanggal hitam yang menjadi sejarah yang tidak mungkin dapat di lupakan oleh pejuang kebenaran ,Pada tarikh itu sekitar 85 tahun yang lalu telah berlaku satu malapetaka kemaksiatan oleh segerombongan umat islam yang sanggup bersekongkol dengan orang2 kufur laknatullah meruntuhkan Ibu Segala Kefarduan iaitu satu sistem pemerintahan islam yang memayungi darah dan nyawa umat islam sepanjang 1300 tahun lamanya,Satu sistem yang membebaskan manusia dari kezaliman ideologi di hampir 75 % muka bumi ini ,Itulah sistem yang diwahyu yang esa iaitu sistem Khilafah ,Keruntuhan ini telah mengheret kita yang hidup selepas tarikh itu memikul satu kewajiban fardu ain untuk mengembalikanya sebagaimana yang telah di fardukan keatas Rasullullah saw dan para sahabatnya, Ia meningkatnya kehinaan dan laknat ilahi kepada kaum muslimin atas kegagalan mereka menyegerakan usaha mengembalinya khilafah dan hukum-hukum syarak dalam kehidupan ,Walaupun umat islam memang disebut ALLAH Swt sebagai khayru ummah ( umat terbaik ) yang dilahirkan di tengah-tengah manusia ,Namun secara realitinya siapa pun tahu umat islam ketika ini bukan umat yang terbaik samaada di dalam bidang politik,ekonomi,pendidikan,sosial mahu pun budaya,Banyak faktor penyebabnya ,namum salah satu yang jelas dilihat adalah kerana Nasionalisme,Kini seramai 1.4 bilion umat islam hidup berpecah kepada 57 buah negara bangsa yang ditanam pemahaman sesat nasionalisme rekaan barat laknatullah.Kedudukan ini menyababkan umat islam semakin lemah hingga gagal menjaga izz al-islam wa al-muslimin,Sehingga mereka dan para pemimpinnya gagal menggekang setiap ideologi kufur yang datang dari luar,di antaranya ,


1) Mengukuhnya penjajahan dalam semua segi seperti bidang ekonomi ( riba jadi amalan ),bidang politik ( demokrasi yang menghancur ikatan persaudaraan sesama muslim ).


2)Terjadi pertelagahan antara negeri umat islam yang menguntung negara kufur seperti antara Iran dan Irak ,Indonesia dan Malaysia atau Irak dan Kuwait,( perang merebut kekuasan dan mempertahankanya )


3)Lemahnya kekuatan umat islam dalam menghadapi musuh,Nasionalisme membuat negeri umat islam sulit bersatu hingga tidak upaya menghadapi musuh yang nyata seperti pencerobohan Israel ke atas Gaza atau penjajahan Amerika keatas Iraq,( takut kepada tentera kufur lebih dari takut pada Allah Swt )


Kesombongan para pemimpin muslimin kini yang hidup mewah hasil merampas hak-hak umat akan menengelamkan mereka dalam kehinaan hidup didunia dan mereka saling berganti menanti azab akhirat yang dijanji ALLAH Swt.

Rabu, 11 Mac 2009

SPA LINTAH DI TODAY'S SRI ALAM ,MASAI


Dalam budaya masyarakat melayu ,terapi kecantikan yang selalu dilakukan meliputi pengunaan bahan semulajadi seperti skrub tumbuh-tumbuhan ,terapi batu panas,mandi susu dan mandi bunga,namun kini terdapat pendekatan baru yang di tawarkan oleh pekej spa perkhawinan iaitu rawatan bekam lintah, Rawatan ini adalah langkah bijak bagi memperkenalkanya kepada umum kerana ia secara langsung berfungsi sebagai rawatan kesihatan,Ia di percayai mampu merawat pesakit resdung,membuang angin dalam badan,mengurangkan sakit kepala ,sakit sendi dan sebagainya,Sebelum ini ramai yang takut-takut atau geli mencuba kaedah ini,namun impak yang positif dari tetismoni para perawatnya telah menjadikan rawatan bekam lintah bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia di Johor khususnya serta masyarakat melayu di Singapura dan Indonisia amnya,Bagi penduduk Masai ,Plantong dan Pasir Gudang yang mahu mencuba kaedah rawatan ini bolehlah mendapat khidmat rawatan dari puan zainon (013:7886938) di Today Market , Sri Alam ,Masai, Johor.

Selasa, 3 Mac 2009

BUKU ANTARA KEBENARAN & FITNAH






Tuduhan sesat merupakan satu langkah paling mudah di jadikan senjata oleh sesetengah pihak untuk mempertahankan diri atau mengangkat dirinya lebih baik dari yang lain,Walhal penuduh tahu tuduhan sesat tampa ilmu serta bukti dari perbuatan dan percakapan dari yang di tuduh boleh mengundang kemurkaan Allah swt,Persoalannya mengapa perkara ini berlaku sesama aqidah Islam ? sedangkan penuduh mendakwa dirinya berada dalam kebenaran tetapi melakukan fitnah sesama muslim tampa mengkaji kebenaran dari tuduhannya ? Siapakah penuduh menuduh didalam buku Al-Hidayah tulisan Mukhlas Al-Syarkuni seperti mana gambar di atas ? Saudara seaqidah ini telah menulis dan menuduh saudara seislam mereka di dalam pati politik HIZBUT TAHRIR tidak mempuyai takwin,Pembinaan dan pembentukan fasa dakwah seperti Rasullullah saw selama 13 tahun di Mekkah ,Walhal jika di perhatikan fasa dakwah HIZBUT TAHRIR adalah bertepatan dengan thoriqoh dakwah rasullullah dan berjaya berkembang keseluruh penjuru dunia tidak seperti pati politik penuduh ,Penuduh mendakwa HIZBUT TAHRIR tidak mempeduli ibadah dan amal ,Sedangkan jika di teliti syabab HIZBUT TAHRIR mengisi waktu hidupnya dengan beribadah ,berdakwah dan bila-bila masa boleh memberi ceramah baik di surau atau di masjid ,HIZBUT TAHRIR juga di tuduh menjauhkan diri dari melakukan amar makruf nahyi mungkar ,Sedangkan jika lihat di dada akbar tempatan dan luar negara saban hari ada sahaja berita yang memaklumkan seruan ,masiroh ,bantahan tiap kemaksiatan yang dilakukan para penguasa muslim dan non muslim di seluruh dunia oleh syabab HIZBUT TAHRIR berbanding pati politik penuduh ,Apakah erti semua tuduhan ini ? Adakah ini hasil kerja dari pengaruh pemimpin kufur untuk memusuhi sesama muslim ? Bertaubatlah wahai saudara ku dan ingatlah bahawa Abu Hurairah dan ibn Umar mengatakan bahawa rasulullah saw pernah bersabda " Sesiapa saja yang berkata kepada saudaranya (yang muslim) "hai kafir !" maka sesungguhnya tuduhan itu berlaku kepada salah seorang dari keduanya ,jika memang tuduhan itu benar,jika tidak tuduhan itu kembali ke pihak penuduh"(HR al- BUKHARI ,MUSLIM DAN AHMAD)

Jumaat, 27 Februari 2009

LAPORAN KURSUS LINTAH KALI KE 10




Alhamdulillah dah mencecah angka kali ke-10 kursus ternakan lintah ini berlangsung ,Ini bererti telah 10 bulan atau 10 kali perbincangan yang sama di sampaikan berulang kali ,Walaupun begitu masih tidak terbit perasaan jemu atau bosan bagi Man_jb yang menyampaikanya ,Ini dapat dilihat dari perbincangan yang bertenaga dan penerangan yang bersungguh-sungguh setiap kali kursus ternakan disampaikan , Man_jb hanya mengharapkan setiap penternak yang telah melalui kursus ini berjaya dalam usaha mereka ,Kejayaan ini sahaja yang mampu mengubat segala kepenatan dan keringat yang menitis sepanjang kursus berlangsung.Gambar diatas dapat memaparkan wajah ceria peserta kursus kali ke sepuluh yang lalu dan gambar kolam ternakan yang mempuyai media ternakan yang sesuai dengan habitat ini.

Rabu, 25 Februari 2009

KOSMO ,LINTAH SAMBUNG TANGAN PELUNCUR


Kosmo Rabu 25 Feb 2009 (ms 49 ) memaparkan kisah seorang peluncur ,Glenn Orgias dari Sydney yang di rawat oleh Doktor bedah dengan mengunakan Lintah bagi mencantumkan semula tangan peluncur air Australia yang hampir putus kerana cedera diserang seekor ikan jerung putih sepanjang 2.5 meter di Pantai Bondi pada 12 feb yang lalu,Dr Kevin Ho Seorang pakar bedah plastik berkata Orgias mungkin mampunyai harapan untuk sembuh walaupun tanganya tinggal 3 sentimeter untuk putus ,Beliau memuji rawatan mengunakan Lintah ini sebagai suatu keajaiban kecil walau hanya beberapa ekor Lintah sahaja di gunakan pengaliran darah Orgias kembali pulih seperti sedia kala.