Jumaat, 8 Mei 2009

LORI SEWA & WANITA JUGA HAMBA ALLAH


Dewasa ini berbagai aktiviti2 liar yang pastinya tidak boleh di terima akal telah menjadi gaya hidup anak2 gadis dan wanita kita ,Gaya hidup mereka yang liar lagi hina itu bagaikan di persetujui oleh para pemimpin kaum muslimin sehingga ada yang rela memfilemkan untuk tontonan seluruh rakyat jelata dengan penuh kebanggaan, Lebih-lebih lagi tindakan pencegahan yang bersungguh-sungguh tidak dilakukan pemerintah bagi mengatasi dan membenteras masaalah sosial ini.Dengan peningkatan kadar jenayah yang mengerunkan setiap negeri di bumi ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kebimbangan dan rasa tidak percaya rakyat kepada kemampuan pemimpin dan pehak berkuasa dalam tugas yang di amanahkan,Tugas untuk mengatasi malapetaka kemanusian dari timbunan jenayah yang menghambat dan mengancam kehidupan rakyat jelata.Ini terbukti dengan tangisan ribuan keluarga mangsa ragut masih tergiau-giau segar di corong telinga ini ,adakah kes kematian mereka serta anak-anak yatim yang hidup tampa ibu tersayang itu dapat membelaan yang sewajar dari para pemimpin yang menjadi penyumbang terjadinya malapetaka ini ? atau hanya kes-kes kematian individu tertentu sahaja yang keturunanya akan dibela dan dijamin kehidupanya seperti balu dan anak-anak yatim kakitangan kerajaan ,Dasar pilih kasih pemerintah di antara warganegara atau sikap talam dua muka ini tidak dapat di nafikan ,Ianya telah berdarah daging dari zaman penjajahan dan di warisi Malangnya dasar tidak perikemanusian ini terus di sanjung dan di amal sehingga ke hari ini, Bilakah tiba masanya nilai-nilai dan hak-hak kewanitaan ini akan di kecapi dan dimuliakan semula seperti mana yang pernah di nikmati wanita dan rakyat jelata keseluruhan seperti di zaman Daulah Khilafah dahulu.

Tiada ulasan: