Saat ini lahir berbagai jenama pati politik samaada di bumi kaum muslimin atau bumi orang-orang kufur,Pati-pati Islam yang tumbuh bak cendawan busut umumnya tidak mahu menawarkan sistem Islam secara kaffah baik dalam pemerintahan ,perekonomian, perundangan dan sebagainya, Mereka di percayai diselubungi ketakutan hilang undi berbagai lapisan masyarakat dalam pilihanraya akan datang,Walaupun begitu pati-pati politik Islam ini terus di kalahkan oleh pati politik sekular dengan aipnya, Apakah sebenarnya yang di kehendaki umat Islam pada hari ini ? Adakah mereka masih menyayangi dan berkehendak dengan Islam atau mereka memang ingin menukar pemahaman Islam kepada pemahaman sekular ?,Yakinlah sebenarnya umat islam sejati menunggu-nunggu kepimpinan dari pati politik berasas Islam yang benar-benar murni memperjuangkan inspirasi Islam, Untuk apa mereka menyokong pati politik Islam jika pati tersebut tiada bezanya dengan pati sekular atau berkawin dengan pati politik kufur,Oleh itu perlulah pati politik Islam ini memuhasabah ideologi pati yang mereka usung selama ini samaada ideologi tersebut sesuai dengan hukum syarak atau tidak, Ummat tidak boleh di persalahkan jika kibaran bendara pati politik sekular terus kekal dan meluas di bumi ini. Lebih-lebih lagi sudah menjadi tabiat sistem demokrasi untuk menghalang syariah Islam diterapkan kepada ummat Islam,Sejarah juga telah membuktikan dengan jelas bahawa perjuangan Islam melalui pati-pati politik Islam yang bergelumang dengan hiruk-pikuk demokrasi tidak membolehkan sistem Islam itu di terap secara kaffah, inilah persoalan yang perlu di fikirkan bersama agar tiap aktiviti dan keputusan yang kita ambil mendapat keredhaan yang maha esa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan