Isnin, 27 April 2009

LORI SEWA & KELUHAN PENTERNAK LINTAH




Apa yang selama ini di fikirkan man_jb tentang masa depen para pelabur dalam industri ternakan lintah telah mula kedengaran keluhan mereka,Keluhan-keluhan ini di luahkan dari berbagai kaedah teknologi masa kini dan ianya datang dari berbagai negeri dari seluruh Malaysia,Walaupun man_jb telah menjelaskan sebelum ini akan kesan-kesan yang akan berlaku dengan di sertakan bukti-bukti logik dari realiti pengusaha kontrak farming namum masih ramai pelabur yang terpedaya dengan janji-janji manis mereka dan tidak mahu berhati-hati dan mempertimbangkan nasihat serta pandangan yang diberikan,

'TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA" inilah satu-satunya peribahasa melayu yang sesuai digunakan didalam fitrah kemanusian ,Walaupun yang terlajak bukan segunung harta yang berkilauan atau sekapal wang ringgit yang lebur di kaut oleh pengusaha kontrak farming namum wang ringgit yang rugi dari pelaburan Lintah ini masih boleh di kumpulkan kembali tidak pula pada taburan kata-kata dan janji-janji manis dari para pengusaha kontrak farming kepada para pelabur mereka, Bagaimanakah mereka ingin menepis ribuan pertanyaan tentang kegagalan mereka memikul amanah dan harapan pelabur mereka selama ini ?
Man_jb berani mengatakan kegagalan yang di alamai mereka banyak berpunca dari teknik ternakan yang tidak sesuai dengan habitat hidupan ini, Justeru itu man_jb ingin menasihatkan kepada para pelabur yang berminat dalam industri ini agar perhalusi niat dan buat sedikit kajian jual beli dan untung rugi mana-mana syarikat yang menawarkan pelaburan ,Ini adalah kerana budaya individualistik telah menjadi darah daging pada setiap individu kita sama ada mereka itu pemimpin yang kita sanjunggi atau sahabat taulan yang kita harapkan,Sejak sistem pemerintahan Islam runtuh sejak tahun 1924 ,Sistem pemerintahan kufur (kapitalis) di terapkan dalam kehidupan umat Islam yang menyerahkan seluruh resiko kehidupan di bebankan keatas bahu rakyat dan para pemimpin tidak akan bertanggongjawab dan tidak akan menjamin sebarang kerugian hasil kepincangan pentadbiran sistem yang mereka terapkan.Berbeza dengan sistem pemerintahan Khilafah yang di wahyu Allah Swt.Dalam sistem ekonominya terdapat lembaga-lembaga dilantik untuk menjamin perlaksanaan sistem ekonomi berjalan menurut arahan yang telah di jelaskan dalam hukum syariah,Lembaga dalam sistem ekonomi Islam dapat di ringkaskan seperti berikut:
1) KEKUASAAN AL-HISBAH,
Al-muhtasib (hakim hisbah) melakukan pemantauan terhadap pasar,timbangan,takaran dan penipuan di pasar dan tempat-tempat umum serta memantau berbagai pelanggaranya.
2)KEKUASAAN PERADILAN,
Peradilan menyelesaikan semua perselisihan termasuk perselisihan pinjaman ,ekonomi yang hadir dalam aktiviti harian rakyat daulah.
3)BIRO KAWALAN HARTA,
Biro berfungsi menggawal dan mengaudit aliran harta di Baitul Mal yang terkait dengan harta zakat,harta negara dan harta-harta pemilikan umum dalam perbelanjaanya.
4)KEKUASAAN MAZHALIM,
Mahkamah Mazhalim menangani pengaduan yang diajukan rakyat terhadap kezaliman penguasa terhadapnya ,Ianya termasuk dalam segala bidang termasuk pinjaman dan ekonomi.
Inilah secara ringkas politik ekonomi Islam yang di wahyukan,Sesungguhnya penerapan sistem ini dalam negara khilafah tidak akan berubah sehingga hari kiamat dan ianya mampu menjamin kehidupan ekonomi yang aman,adil dan bebas dari krisis warga daulah.

1 ulasan:

wuzara berkata...

Mana ada mahkamah hisbah sekarang... Qadhi bohong dan merosakkan Islam ada la!