Rabu, 22 April 2009

PENIPUAN KONTRAK FARMING TERBONGKAR




Puluhan ribu ringgit duit tunai umat telah ditipu oleh Penyanggak Kapitalis tanpa pembelaan oleh pemimpin dan penguasa yang mereka sanjungi, Ribuan Ringgit wang simpanan yang di kumpul puluhan tahun hilang dalam sekelip mata sahaja. Apa yang dah terjadi keatas umat Islam dewasa kini yang negara berbangga dengan pendidikan tinggi mereka perolehi tetapi masih mengekori cara berfikir dan bertindak seperti generasi terdahulu yang mudah di tipu oleh para penjajah dan bangsa seagama mereka sendiri.

Apa kurangnya sistem persekolahan kita, apa pincangnya tenaga pengajar kita, Ribuan Juta Ringgit wang rampasan hasil keringat rakyat di belanjakan setiap tahun habis musnah dengan bayaran gaji guru-guru yang mahal serta kos yang tinggi dibelanjakan untuk pembinaan bangunan bagi melancarkan sistem pendidikan yang gagal ini. Apakah yang di peroleh rakyat dari pengorbanan mereka yang selama ini serta kesetian mereka menyokong sistem pendidikan yang gagal melahirkan insan bertaqwa yang mampu memelihara diri dari azab Allah SWT di akhirat kelak. Sistem pendidikan yang gagal membentuk hubunggan tiap jiwa rakyat dengan penciptanya. Sistem pendidikan yang terbukti melahirkan insan-insan yang berpotensi menjadi penyangak, penipu, perasuah dan penjenayah. Satu sistem yang menjadikan tiap jiwa rakyat hidup dalam ketakutan dimana diri mereka sentiasa terdedah dan di kelilingi insan-insan yang berpotensi menjadi pejenayah atau pun penipu walaupun mereka itu terdiri dari keluarga rapat seperti isteri-isteri atau suami atau mereka itu anak-anak sendiri. Bilakah tiba masanya untuk kita sama-sama bangkit mengubah kepincangan ini menjadi luhur dan diredhai yang maha berkuasa?


Rasulullah saw bersabda melalui Abu Hurairah RA "Bukanlah termasuk ummatku orang yang melakukan penipuan ".


Harta yang di kumpul dengan cara penipuan tidak boleh di miliki dan di mafaatkan, bahkan harta yang di perolehi dengan cara tersebut adalah harta yang haram. Ia merupakan harta SUHT, Nabi saw bersabda " Tidak akan masuk surga daging yang tumbuh dari hasil harta SUHT (haram) sebab nerakalah yang lebih layak baginya".
(H.R Imam Ahmad dari jabir bin Abdullah)

Tiada ulasan: