Selasa, 15 September 2009

TIADA KHALIFAH MAKA TIADA AMIL ZAKAT




Seorang mujtahid mutlak iaitu Imam at-Thabari menyatakan " Amil adalah para wali yang diangkat untuk mengambil zakat dari orang berkewajiban membayarnya dan memberikanya kepada yang berhak menerimanya, mereka ( amil ) diberi itu kerana tugasnya ,baik kaya ataupun miskin" . Imam al-Qurthubi (w 671h) dari mazhab Maliki menyatakan "Amil zakat adalah para wali dan pemungut zakat yang diutus oleh Imam/ Khalifah untuk mengumpulkan zakat dengan status wakalah" Banyak lagi pandangan2 dan ijtihat para mujtahid yang seirangan dan sependapat yang sama dan saling mengukuh dengan jelas membawa maksud hanya Khalifah sahaja yang mempuyai kuasa melantik AMIL zakat yang sah disisi Syarak ,Ia juga dijelaskan oleh pandapat Imam as-Sarakhsi dari mazhab Hanafi atau pandangan Imam as- Syaukani (w 1250h) dari mazhab Zaidiyah .


Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan Firman Allah swt dalam (QS at-Taubah<9>:103) "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka yang dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka " Dalam konteks perintah ayat ini jelas ia bersifat memaksa dan perintah tersebut ditujukan kepada Nabi saw dalam kapisiti baginda sebagai kepimpinan umum umat Islam di Madinah dan kefahaman ini dilanjutkan oleh para khalifah selepas beliau.


Kerana itu tiada pengertian Amir Zakat dalam khazanah fikih Islam kecuali untuk insan yang diangkat oleh IMAM/KHALIFAH bagi tugas2 yang terkait dengan zakat,


Hari ini siapakah yang berani mengesahkan dan siapakah yang diberi kuasa oleh ALLAH dan RASUL untuk melantik syarikat dan individu tertentu bagi melaksanakan tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh seorang Khalifah ? Bagaimana Ibadah Zakat yang kita lakukan tampa mengikut hukum syarak ? Benarkah zakat yang dibayar mengalir pada yang berhak menerimanya ? dan seribu satu persoalan akan timbul serta boleh dipertikaikan jika kita benar2 prihatin akan Ibadah kita diterima oleh ALLAH Swt atau pun tidak.

Tiada ulasan: