Selasa, 3 November 2009

SEWA LORI & ULAMAK SU'


Sehari dua ini kita disajikan pergelutan beberapa orang agamawan yang menzahirkan sikap dan pemikiran buruk mereka di dada2 akbar utama tempatan,Sikap seperti ini bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem sekular yang melahir pemikiran, perasaan serta hukum yang mengikat sesama mereka berdasar akal yang lemah lagi terbatas, Ini adalah kerana punca maklumat dan pendidikan agama yang mereka miliki bukanlah berpunca dari sesaorang yang boleh menghantar kepada aqidah Islam yang jernih lagi benar,Sikap dan ucapan mereka selama ini lebih menguatkan fakta ,Ini dapat di buktikan dari kesan kehadiran mereka di tengah2 masyarakat tidak mampu mempengaruhi sedikitpun tingkah laku buruk rakyat berubah menjadi luhur ,Dengan pertambahan ustaz2 yang di restui pemerintah serta sijil2 tauliah yang menjadi punca kekayaan agamawan telah mengheret mereka pada teguran nabi yang mereka sanjunggi selama ini ,Dari Anas bin Malik ra dengan sabdanya "Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su' : mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan (gaji,ganjaran dan kemudahan hidup) bagi diri mereka sendiri, Allah tidak akan memberi keuntungan dalam perniagaan mereka itu .(HR al- Hakim)

Apa yang di peringatkan baginda rasul benar2 tidak dapat di terima para Ulamak di hari ini ,Hadis ini benar-benar di benci mereka kerana ia mengancam kemewahan dan keselasaan hidup yang mereka nikmati ,Para ulamak kini juga terpengaruh dengan gaya hidup yang exacutive dan mengizinkan jiwa raga mereka dibeli dan di buli para pemimpin mereka ,Ulamak ini lebih rela menjadi hamba kepada sesama manusia yang hina berbanding menjadi hamba Allah yang mulia sebagaimana hadis dari Anas meriwayatkan " Ulamak adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia,Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul,kerana itu jauhilah mereka "

Justeru itu bolehlah disimpulkan bahawa mereka ini bergelar ulama bukan kerana keiklasan mereka dalam syahadah kepada Allah Swt tetapi kerana bayaran dan habuan kesenangan serta kemuliaan hidup di dunia yang mereka impikan selama ini, Perbuatan mereka akan dibalas Allah Swt sebagaiman hadis yang di tutur Abu Hurairah ra " Siapa yang makan dengan (memperalatkan) ilmu ,Allah membutakan kedua matanya dan neraka lebih layak untuknya. (HR Abu Nu'aim dan ad-Dailami)

Na'uzu billah min syarr al-ulama as-su.

Tiada ulasan: