Ahad, 8 November 2009

SEWA LORI NEGARA ATAU PROJEK POKET PEMERINTAH?


Pembentangan belanjawan negara yang di tunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia sudah pun berlalu beberapa minggu yang lalu,Dengan pembentangan yang bersemangat itu tentu menjanjikan seribu satu kesenangan kepada penduduk di Malaysia ,Sehingga ke hari ini tiada siapa yang merasakan perubahan perbezaan kesempitan hidup yang di alami samaada sebelum belanjawan di bentang atau selepas ianya di bentangkan,Walau apa pun yang pastinya harta kekayaan itu tetap berlegar di tangan orang-orang berkuasa atau orang-orang kaya di kalangan mereka dan yang miskin tetap dengan kemiskinanya dan yang papa akan terus merempat di bumi kelahiranya,

Pemimpin melihat rakyatnya seperti ia melihat para pelanggan yang dahagakan perkhidmatan hasil dari syarat-syarat yang di adakan, Rakyat di jadikan alat untuk sumber kekayaan negara,Segala keperluan rakyat di sediakan negara dengan bayaran tertentu ,Bagaimana si miskin dan si papa ingin mendapatkan haknya untuk memenuhi keperluan hidup samaada dalam Kesihatan,Pendidikan atau Keselamatan,Perbuatan pemimpin negara ini benar-benar bertentangan dengan syariat Islam dan sunnah rasul, Adakah mereka ini tidak membaca sirah rasullulah saw memberi syarat membabasan tawanan perang badar dengan mengajar ilmu mereka atau mereka lupa akan kisah Khalifah Umar memberi gaji kepada tiga orang guru sebesar 15 dinar setiap bulan yang bersamaan 63.75 gram emas yang semua ini untuk memenuhi kewajiban negara terhadap hak warganegaranya, Berbeza benar dengan apa yang kita lalui di hari ini dimana pendidikan yang sepatutnya menjadi hak rakyat secara percuma telah di jadikan barang daganggan dimana rakyat dijadikan pelanggan dan negara menjadi tauke yang rakus merampas kekayaan rakyat untuk memperolehi pendidikan,Begitu juga dalam urusan kesihatan rakyat juga tidak di urus sebagaimana yang di tetapkan dalam sistem pemerintahan Islam (khilafah),Apa yang pasti sehingga bilakah penindasan dan kezaliman ini hendak di biar berterusan bermaharajalela ? tidakkah kita bercita-cita untuk membuat sedikit jasa untuk menegakkan keadilan sebagaimana keadilan Islam yang pernah di nikmati datuk nenek moyang kita di suatu masa dahulu ? mudah-mudahan dengan jasa membantu menegakkan agama Allah kita di bantu yang esa di hari pengadilanya kelak.

Tiada ulasan: