3 mac hadir lagi ,Itu lah tanggal hitam yang menjadi sejarah yang tidak mungkin dapat di lupakan oleh pejuang kebenaran ,Pada tarikh itu sekitar 85 tahun yang lalu telah berlaku satu malapetaka kemaksiatan oleh segerombongan umat islam yang sanggup bersekongkol dengan orang2 kufur laknatullah meruntuhkan Ibu Segala Kefarduan iaitu satu sistem pemerintahan islam yang memayungi darah dan nyawa umat islam sepanjang 1300 tahun lamanya,Satu sistem yang membebaskan manusia dari kezaliman ideologi di hampir 75 % muka bumi ini ,Itulah sistem yang diwahyu yang esa iaitu sistem Khilafah ,Keruntuhan ini telah mengheret kita yang hidup selepas tarikh itu memikul satu kewajiban fardu ain untuk mengembalikanya sebagaimana yang telah di fardukan keatas Rasullullah saw dan para sahabatnya, Ia meningkatnya kehinaan dan laknat ilahi kepada kaum muslimin atas kegagalan mereka menyegerakan usaha mengembalinya khilafah dan hukum-hukum syarak dalam kehidupan ,Walaupun umat islam memang disebut ALLAH Swt sebagai khayru ummah ( umat terbaik ) yang dilahirkan di tengah-tengah manusia ,Namun secara realitinya siapa pun tahu umat islam ketika ini bukan umat yang terbaik samaada di dalam bidang politik,ekonomi,pendidikan,sosial mahu pun budaya,Banyak faktor penyebabnya ,namum salah satu yang jelas dilihat adalah kerana Nasionalisme,Kini seramai 1.4 bilion umat islam hidup berpecah kepada 57 buah negara bangsa yang ditanam pemahaman sesat nasionalisme rekaan barat laknatullah.Kedudukan ini menyababkan umat islam semakin lemah hingga gagal menjaga izz al-islam wa al-muslimin,Sehingga mereka dan para pemimpinnya gagal menggekang setiap ideologi kufur yang datang dari luar,di antaranya ,
1) Mengukuhnya penjajahan dalam semua segi seperti bidang ekonomi ( riba jadi amalan ),bidang politik ( demokrasi yang menghancur ikatan persaudaraan sesama muslim ).
2)Terjadi pertelagahan antara negeri umat islam yang menguntung negara kufur seperti antara Iran dan Irak ,Indonesia dan Malaysia atau Irak dan Kuwait,( perang merebut kekuasan dan mempertahankanya )
3)Lemahnya kekuatan umat islam dalam menghadapi musuh,Nasionalisme membuat negeri umat islam sulit bersatu hingga tidak upaya menghadapi musuh yang nyata seperti pencerobohan Israel ke atas Gaza atau penjajahan Amerika keatas Iraq,( takut kepada tentera kufur lebih dari takut pada Allah Swt )
Kesombongan para pemimpin muslimin kini yang hidup mewah hasil merampas hak-hak umat akan menengelamkan mereka dalam kehinaan hidup didunia dan mereka saling berganti menanti azab akhirat yang dijanji ALLAH Swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan