Selasa, 24 Mac 2009

POLITIK EKONOMI ISLAM



Politik Ekonomi Islam menjelaskan adanya jaminan tercapai pemenuhan semua keperluan primer ( makanan,pakaian dan kediaman ) tiap-tiap orang secara menyeluruh. Islam memandang setiap orang secara peribadi bukan secara kolektif sebagai komuniti yang hidup dalam sesebuah negara. Oleh itu politik ekonomi islam bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan dalam sesebuah negara semata-mata atau untuk mengadakan kemakmuran dan kemudahan awam seperti mana yang diusahakan oleh pemimpin kaum muslimin kini tetapi politik ekonomi islam bertujuan untuk memecahkan masaalah utama yang dihadapi setiap individu manusia untuk peningkatan taraf hidupnya serta berupaya memakmurkan diri di dalam kehidupan tertentu. Justeru itu hanya penerapan hukum-hukum syara' sahaja yang menjamin terpenuhi seluruh keperluan primer di setiap warganegara secara menyeluruh dengan berusaha mencarinya. Banyak hadis mendorong umat mencari keperluan hidup , dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda "Tidaklah seseorang makan sesuap saja yang lebih baik selain ia makan dari hasil kerja tangannya sendiri ", Rasulullah saw juga pernah mencium tangan Saat bin Muadz yang kesat kerana mencari nafkah keluarganya dengan menghayun skop dan kapak dengan sabda baginda "Inilah dua telapak tangan yang disukai oleh Allah swt". Justeru itu jika ada harapan di hati kita untuk meraih keredhadaanya maka perlulah kita berusaha berkerja pada yang di syariatkanya.

1 ulasan:

ISKANDAR581 berkata...

Wahhhh...masuk gmbr dlm paper skrg ni.