Keterikatan Dengan
Hukum Syara’ /
Mentaati Islam
Mentaati Islam
Umat Islam hari ini sibuk
dengan rutin seharian sehingga mereka hilang tumpuan terhadap perkara yang
menjadi kewajiban ke atas mereka. Oleh kerana tidak memberikan tumpuan mereka
lupa bahawa pada 3 Mac 1924 dahulu, Khilafah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal
dengan bantuan musuh-musuh Islam dan akibatnya masalah umat Islam menjadi
semakin parah.
Kini pemikiran kapitalisme
menguasai pemikiran sebahagian besar umat Islam sama ada mereka sedar atau
tidak. Baru-baru ini kita didedahkan tentang penyanyi, model dan penyanyi
Shereen ditangkap kerana memiliki dadah. Beliau dilaporkan ingin hidup dalam
keseronokan dan glamour. Sebelum ini Jamal Abdillah juga telah ditangkap kerana
dadah juga tetapi tetap diberi penampilan yang meluas di TV dan radio walaupun
beliau mengaku telah menghisap dadah selama 30 tahun dan bercerai 2 kali.
Malangnya ramai yang memuja artis.
Kenapa umat Islam dirundung
malapetaka dan kerosakan? Kerana mereka menganut kapitalisme yang intipati utamanya
adalah faslud din anil hayat yakni memisahkan Islam dari kehidupan.
Antara ciri-ciri utama
kapitalisme ialah mengejar manafaat (benefit). Kalau mereka yang bekerja di
hospital, ini dilakukan misalnya
l Buat
sesuatu kalau menguntungkan sahaja
l Contoh:
l (1)
Pilih kasih
Beri layanan istimewa kepada pesakit VIP
atau saudara, kawan rapat, orang cantik / handsome.
l (2)
Tak mahu berdakwah kalau tak dapat duit
l (3)
Malas belajar Islam kerana tak dapat apa-apa. Tapi kalau buat MLM – no problem
Individualisme
- Pentingkan
diri sendiri
- Contoh:
PHD , dendam, sabotaj, fitnah, adu domba.
Materialistik
- Mementingkan
Kebendaan
- Kejar
harta, kenaikan pangkat, kereta mewah, rumah besar, membodek, rasuah dan
abaikan kewajiban
- Sombong,
garang, masam muka bila berhadapan dengan orang yang tak kaya
Pragmatik
l Cuba
ubahsuai Islam sesuka hati
l Halalkan
yang haram dan haramkan yang halal dengan pelbagai alasan
l Contoh:
Riba’, Bohong Sunat ?
Amaran Allah
l “Katakanlah:
Jika bapa-bapamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga-keluarga
kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri
kerugiannya dan rumah yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah
dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah akan
menurunkan keputusanNya.” Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
orang-orang fasik.”
(At-Taubah: 24)
Hedonisme
l Mengejar
Keseronokan
Contoh:
l Utamakan
tea break daripada kerja
l Curi
tulang
l Cakap
lucah, mengurat anak dara/isteri orang, bergayut dengan telefon
l Masa
lapang diisi dengan main/tengok bola, telenovela, memancing, modify kereta,
melepak, baca majalah hiburan/fesyen/gosip
Dunia = Sandiwara
l “Ketahuilah
bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang
melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga tentang
banyaknya harta dan anak….Di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah
serta keredaanNya. Dan kehidupan dunia ini tak lain hanyalah kesenangan yang
menipu.”
(Al-Hadid, 20)
Ubat kepada penyakit
masyarakat
l Semak semula tentang konsep kehidupan
l Tanya
apakah Matlamat Hidup?
l Rujuk
Kepada Islam
l Siasat
apakah yang diwajibkan Islam
l Kewajiban
jadi keutamaan (priority)
Keutamaan (Aulawiyat)
l Keredaan
Allah (Semua bidang kehidupan)
l Fardu
‘Ain
Fardu ‘Ain
l 5
Rukun Islam
l Da’wah
– Intipati Kehidupan Rasulullah saw
l Kehidupan
Rasulullah saw bukan Cuma cerita
l Dan
lain-lain yang ditetapkan Allah
Takrif Maksiat
- Melakukan
yang haram dan tinggalkan kewajiban
Da’wah = Kewajiban
l “Dan
hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang mengajak kepada kebajikan
(berdakwah kepada Islam), memerintah kepada yang makruf dan mencegah
kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Al-Imran: 104)
Tak takut mati?
l Kalau
takut ubah sikap.
l Jangan
tunggu saat akhir baru nak ubah
l Kematian
tak tunggu kita.
l Jangan
takut bila nampak orang mati tapi kemudian lupa
Jangan Menyesal
l “Katakanlah,
sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian
itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan (kepada Allah) yang
mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang
telah kamu kerjakan.”
(Al-Jumu’ah, 8)
Sudah siap untuk
diinterview Allah?
Hadis (Riwayat Tirmizi)
“2 tapak kaki manusia akan selalu tegak
(di hadapan Allah) hingga ditanya
(1)
tentang umurnya untuk apa ia habiskan, (2) tentang ilmunya untuk apa ia
gunakan,
(3) tentang hartanya dari mana ia dapat dan
untuk apa ia gunakan, dan
(4) tentang tubuhnya untuk apa ia korbankan”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan