Salahaddin al-Ayyubi
Biografi Salahuddin Al-Ayyubi
Petikan dari Abul Hassan Ali Nadwi
Judul asli : Saviors of Islamic Spirit.
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak bangsa Kurdi biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.
Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang gabenor yang memilliki kelebihan berbanding orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.
Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar
pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi
pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo
(Syria), ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh
sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin
Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat
dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke
tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).
Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)
Detik Merubah Hidup Salahuddin al Ayubi
Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah.
Ia yakin bahwa Allah telah mempertanggung jawabkan kepadanya satu tugas yang
amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh.
Bahauddin telah menulis dalam catatannya bahwa sebaik sahaja Salahaddin menjadi
pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya.
Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan dunia
dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).
Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menulis bahwa Salahuddin
mengubah cara hidupnya kepada yang lebih lasak. Ia bertambah wara' dan
menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak
hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada
tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina
kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari wilayah umat
Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi
Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia
memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya
untuk jalan jihad. Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan
Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang
berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi
tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh
tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata
untuk tujuan berjihad.
Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan
sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang
daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang
menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya
akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia
akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan
semangat tenteranya.
Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak
tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung
medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya
benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh
pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit
membela Islam. Ketika ia mengepung Acre
ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor
itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari
Jumaat hingga senin kerena ia tidak mau perhatiannya kepada peperangan
terganggu. (Bahauddin, 1234) Peperangan
Hittin (dlm movie tu perang ni selepas insiden kat Karek Castle, perang yg cuma
tunjuk yg Kristian dah kalah)
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin
dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24
Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja
Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald
dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari
Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga
tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole
menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera
Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun
seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan
kaki dan kepala-kepala manusia berguling. Diperkirakan 30,000 tentera Kristian
telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang
dapat dilihat memutih dari jauh. Kecintaan
Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam.
Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan
semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan
diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja
Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja
duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun
pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah
untuk membunuh nya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci
dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela
Muhammad saw atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala
Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah. Raja Palestin melihat adiknya dipancung, ia mengeletar
kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya
sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain,
tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang
telah terjadi". Tindakan Salahuddin
adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad saw. Bahauddin
bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari
Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara
tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan,
"Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelamatkan kamu".
Ketika ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya
sendiri apabila ia dapat menangkapnya. Menawan
Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin
untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat
berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari
bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu
pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw.
naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin
ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangang. Ramai orang yang terdiri dari
ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan
gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan
hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah
kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan
"Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah
memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini
sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang
terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini
tidak dapat digambarkan. Hanya Allah saja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat
jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun
mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah
mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah
menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.
Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan,
mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang
Kristian diperlakukan tidak baik. Semua
jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah
dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang
Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah
mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun
telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya
mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar
tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu
St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada
orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera
Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah
tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di
jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat,
orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak
dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi
yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah
mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa
diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka
dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole
juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai
Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling
penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman. Perang Salib Ketiga Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin
kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah
dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di
mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan.
Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan
dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin .
Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick
Barbossa raja Jerman, Richard The Lion Heart raja England, Philips Augustus
raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders
telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesar
nya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam.
Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu
yang besar itu. Peperangan ini
berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu
dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla
pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin
seluruhnya kecuali bandar Acre diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka
berakhirlah peperangan Salib ketiga. Lane-Poole
telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah
berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai,
1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam.
Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhanya menjadi
milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada
rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin
masih di tangan orang-orang Kristian. Atas
seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England,
Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus
lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin
untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau
bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar
Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam
tangan Salahuddin. Selanjutnya
Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kristian yang telah ditumpukan
dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin.
Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi
mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan
Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan
tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah
bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf,
tenteranya dari Mosul (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang
hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan
kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah
Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana saja. Walaupun mereka
berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di
atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah
berakhirnya pada tahun 1192. Lane-Poole
juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai
majlis syura (musyawarah) yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan.
Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis
ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih
mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada
adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya,
pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai
sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang
dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam
majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.
Wafatnya Salahuddin
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas
berhempas puas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad,
penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir
Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi
sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani
Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan
kepadanya. Memang pada malam itu telah
nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk
di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini
Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan
ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib
dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum,
mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang
benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke
rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin
tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat.
Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkan
nya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk ongkos
pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung ongkos
pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Salahuddin yang Wara'
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan
berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak
pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika
sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang
adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan
sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang
mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa
sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia
telah tersangat lemah dan selalu pingsan.
Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah
membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat
murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan
kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham
wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin
tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila
dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah
doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan
hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan
menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah. Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan
Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah
berkesempatan. Pada tahun kewafatannya, keinginannya menunaikan haji telah
menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an.
Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal
yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh
hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya.
Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan
orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang
ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri
membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti
di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan
kepadanya. Salahuddin sangat yakin dan
percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapan nya kepada
Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem
yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera
bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk
meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin
mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis
kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia
berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak".
Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang
membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang
subuh aku berkata kepadanya, "Kau kenapa munajat kepada Allah memohon
pertolongan-Nya?". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku
lakukan?" Aku menjawab, Hari ini
hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan
sembunyi2. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di
tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah
membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajad
lah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala
bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku
yakin hanya Engkau saja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting
ini"
Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan
doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di
sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya
mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang
didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu
berakhir. Kekalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menyampaikan berita baik
bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan
berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"
Perangai Salahuddin Siapa yang rapat
dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat
peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin
Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk
rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia
disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh
berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan
mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan
terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang
meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang
sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.
Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendengarkan dengan teliti dan
kemudian memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan
berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak
saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat
tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun
tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu
sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.
Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan
sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan
pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang
memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air
muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa
sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu
berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang
dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.
Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak
lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak
dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia
belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada
khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam
itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.
Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat
pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun
diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar
'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya
untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam
beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah.
Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki uang
simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.
Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis.
Salahuddin pernah mengatakan baginya
uang dan debu sama saja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia
mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya
meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan,
walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah menemui Salahuddin dan ia
menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil
kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan
buah-buahan kepada Richard the Lion Heart, musuh ketatnya, ketika Raja inggris
itu sakit. Hatinya memang sangat lembut
hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan.
Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya.
Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya
dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah umumkan
hanya Salahuddin saja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya
tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera
memerintah kan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak
lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira
mendoakan kesejahteraan Salahuddin. Bahauddin
juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila
ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi
penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan
anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang
kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia
bertemu dengan orang sedemikian.
Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahwa Salahuddin
mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun
demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya.
Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka
Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang
kuda". Dalam ketika yang lain ia
sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang
malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan
bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi
apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia
menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain
berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda
sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke
khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu
malam".
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh
menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera
musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika
berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang
mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan
memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan
satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu
bahwa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang.
Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis
dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang
untuk menentangnya. Dalam beberapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga
600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih
sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh banyak musuh dan membawa banyak
tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera
musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa
gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan
ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam
kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan
telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin
bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia
berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah telak dan berundur
meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa
besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya,
"Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan
seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah
kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu
ku ucapkan selamat tinggal.
Salahuddin sebagai ulama
Salahuddin memiliki asas
pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan
adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia
sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari
kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke
satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa
Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi
bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya,
syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an.
1 ulasan:
Terima kasih tolong share kan info ini.
Catat Ulasan