BLOG PERKHIDMATAN PINDAH RUMAH,PEJABAT,BARANG PRODUK KILANG DI JB KE SELURUH SEMENANJUNG DENGAN LORI 1, 3 DAN 5 TON .
Sabtu, 20 September 2008
UPAH PEKERJA LINTAH
Para Majikan perlu terlebih dahula menjelaskan kadar upah tiap pekerja agar tidak ada rasa ragu dan ketidak puasan hati para pekerja dengan majikanya,Kerana Nabi saw bersabda "Apabila salah seorang diantara kalian mengambil seorang pekerja maka hendaklah dia memberitahu upahnya kepada pekerjanya"
Upah yang dijanjikan boleh berbentuk harta(wang),jasa,tenaga,makanan atau pakaian,Sebagaimana ALLAH swt berfirman "Dan kewajiban bagi ayah untuk memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang maruf"(AL-Baqarah 233),Maka jelas kadar upah perlu dimaklumkan sejelas-jelasnya agar tidak lahir kekaburan dan permusuhan antara kedua pihak dan makruh hukumnya apabila mengupah pekerja sebelum terjadi kesepakatan tentang gaji bagi pekerjanya,Setelah pekerja melakukan kerjanya maka ia berhak mendapatkan gajinya atau apabila pekerjaanya telah selesai melakukan kerjanya wajib segera dibayar upahnya ,Rasullullah bersabda "Tiga orang yang aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah orang yang bersumpah kerana aku lalu berkianat dan orang yang menjual orang merdeka lalu ia makan lebihan harganya serta orang yang mengupah pekerja kemudian pekerja itu menunaikan pekerjaanya sedangkan upahnya tidak diberikan"(h.r Imam Bukhari dari Abu Hurairah)
Moga perbincangan ringkas ini mampu meningkatan ketaqwan dan rasa tanggongjawab kita wahai para majikan agar tiap perkatan dan perbuatan kita terpelihara dari di azab oleh ALLAH swt diakhirat kelak,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Salam,
saya baru je buat blog utk ushawan ternak lintah dan minat saya. Jemput le ke blog saya, terima kasih juga atas maklumat sdr kat sini ...Nnt akan dtg baru saya cite pesal lintah, tapi saya baru lg menternaknyer... harap dapat bantu saya ...
saya dari KL.. tapi dengan usaha ayah angkat saya. saya berminat untuk join ternakan lintah ni. Try nak naikkan semangat sendiri. setakat ni kolam dah naik. (kolam lintah ayah angkat di Perak)..
wslm azrul,tahniah atas kegigihan saudara,semoga saudara berjaya menjadi usahawan lintah suatu hari nanti,wslm
Catat Ulasan