Sabtu, 13 September 2008

LINTAH DARAT @ PENTERNAK LINTAH


Dewasa kini telah lahir syarikat2 bagai cendawan busut yang menawarkan perkhimatan menternak lintah kepada para peserta kursus yang dianjurkan dikenali
(kontrak farming)atau kepada rakan taulan yang mampu mereka pengaruhi untuk melakukan pelaburan.
Perkongsian Perniagan yang dilakukan berkonsep MUDHARABAH ini jelas syarie disisi ISLAM kerana ada pehak yang menjadi memilik modal(melabur duit) dan ada pehak yang menjadi pengusaha (mencurahkan jasa @ tenaga) kemudian kedua-dua pihak telah bersetuju dengan jumlah pembahagian keuntungan seperti 50% pemodal dan 50% pengusaha atau 30% pemodal dan 70% pengusaha yang penting ia dipersetujui bersama kedua pihak,
Dari Abu Hurairah yang meriwayatkan Nabi saw bersabda "Allah swt berfirman 'Aku adalah pihak ketiga dari dua orang yang melakukan perkongsian selama salah seorang diantara mereka tidak mengkhianati temanya,Apabila salah seorang diantara mereka telah mengkianati temanya maka Aku keluar dari keduanya"
Tetapi kenapa lahir suara-suara keluhan kerana rasa tidak puas hati para pemodal diadukan kepada man_jb ,Dimanakah pincangnya dan apakah ada kekurangan dalam akad persetujuan yang mereka laksanakan atau adakah pemodal tidak berpengalaman dalam ternakan ini hingga mereka mudah ditipu pengusaha dengan janji-janji manis yang tak pasti kebenaranya atau adakah pemodal tidak memberi garis panduan yang jelas kepada pengusaha agar wang yang dilabur dibelanja pada hal-hal yang dipersetujui bersama agar tidak berlaku bayaran berlebihan pada barang yang dibeli atau pemodal sendiri yang perlu dipersalahkan kerana tiada ilmu dalam perniagaan perkongsian yang ingin dijalankan ,
Segala-gala permasaalah ini lahir berpunca dari kegagalan sistem pendidikan hari ini yang gagal melahirkan insan yang bertaqwa ,insan yang mempunyai hubungan dengan ALLAH SWT tak kala ia menuturkan kata2 atau ketika ia melakukan sesuatu perbuatan yang ia sedar akan ada pehak yang menghisabnya diakhirat kelak,Inilah buasnya sistem kapitalis yang bertuhankan hawa nafsu dan mengejar mafaat duniawi semata-mata,yang melahirkan manusia yang berperaturan haiwani yang rakus ,tamak,moga akan lahir seorang pemimpin seperti para KHALIFAH yang pelindunggi tiap darah dan harta rakyatnya dari dirampas dan ditipu oleh manusia yang tidak bertanggongjawab ini.

Tiada ulasan: