BLOG PERKHIDMATAN PINDAH RUMAH,PEJABAT,BARANG PRODUK KILANG DI JB KE SELURUH SEMENANJUNG DENGAN LORI 1, 3 DAN 5 TON .
Rabu, 10 September 2008
RAMADHAN DATANG DAN PERGI
Wahai manusia!
Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatanya yaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,Bulan yang ALLAH telah jadikan puasanya satu kefarduan dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu,
sesiapa sahaja yang mendekatkan diri kepada ALLAH dengan satu amalan kebaikan didalamnya samalah dengan amalan orang yang menunaikan suatu kefarduan didalam bulan yang lain,
Ramadhan itu adalah bulan kesabaran,Sedangkan balasan sabar adalah syurga,Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan dilimpahkan rezeki mukmin didalamnya,Sesiapa sahaja yang memberi makanan berbuka kepada sesaorang yang berpuasa dibalas ALLAH pengampunan dosa2nya dan memerdekakan dirinya dari azab neraka dan ganjaran pahala sebesar orang yang berbuka puasa,
Dialah bulan yang permulaanya rahmat,pertengahanya keampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.Rebutlah peluang ini wahai kaum muslimin,Moga masih ada kesempatan untuk meraihnya,WSLM.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan