Ahad, 19 April 2009

SIAPAKAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH ?


Ahlus sunnah wal jamaah secara harfiah bererti orang yang berpegang dan mengikuti tuntutan dan kelompok Nabi Saw ,Sebab harfiah sunnah bererti thariqah (tuntutan),Kerana itu Si Fulan disebut Ahlus Sunnah kerana beliau orang yang menjadi pengikut tuntutan yang terpuji dan lurus,Mereka ini juga di panggil ahl al-haq (pengikut kebenaran) lawan dari ahl al-ahwa (pengikut hawa nafsu) Ahlul sunnah juga membawa maksud orang yang mengikuti sunnah nabi saw lawan dari ahl al-bid'ah.

Oleh itu Ahlus sunnah wal jamaah itu tidak ada kaitan dengan mazhab tertentu ,Tetapi siapa sahaja yang memenuhi maksud Qadhi Iyadh yang meyakini mazhab ahli hadis ,Menurut ibn Abd al-Barr mereka adalah para ahli hadis dan fikih bahkan menurut ibn Hajar mereka adalah semua ahli ilmu syariah ,An-Nawawi juga menyatakan bahawa kelompok ini bertaburan di antara berbagai ragam kaum mukmin dimana ada menjadi pejuang perang dan ada dalam ahli fikih ,ahli hadis,ahli zuhud serta pemimpin dan parti politik yang menyeru kepada kemakrufan serta mencegah kemungkaran, Tiada siapa yang boleh mengistiharkan hanya kumpulan mereka sahaja yang yang benar-benar dalam golongan Ahlus sunnah wal jamaah.


Tiada ulasan: