Jumaat, 17 April 2009

GADIS KITA TABARRUJ !


Erti tabarruj ialah membuka sesuatu dan menampakkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain.Ia juga bererti memaksa diri untuk membuka sesuatu yang wajib disembunyikan.Namun begitu ia memberi maksud yang khusus ,iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki lain yang bukan mahramnya.Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat ,maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat.

Firman Allah Swt :

" Dan janganlah kamu berhias (depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang2 jahiliyyah yang terdahulu." (Al-Ahzab ayat 33)

Rasullullah saw sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai suatu perkara yang mesti dipatuhi.

Rasulullah saw juga bersabda:

" Aku telah melihat di dalam neraka ,aku melihat kebanyakan penghuninya wanita .sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya,kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek."

daripada dalil-dalil di atas jelaslah bahawa bersolek untuk tujuan mempamirkan kecantikan dihadapan bukan mahram adalah dilarang kecuali hanya untuk suami mereka sahaja ,tetapi adakah pesanan Rasulullah yang disayangi itu di ambil kira oleh kaum muslimah kita di hari ini tak kala mereka berada dalam kehidupan umum sebagaimana gambar diatas ?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net kini dilancarkan terus menerus ke screen komputer anda. Penyertaan andalah PERCUMA! Click HERE untuk sertai.