Isnin, 18 Februari 2008

Kolam-kolam Baru Sudah Siap....

Kolam Belud


Esok belut dari Selama Perak sampai sebanyak 30kg naik bas (pandai betul belut ni naik bas sendiri datang JB). Kolam diorang pun dah siap cuma tunggu penghuninya.





Jaring Aluminium

Jaring Aluminium digunakan untuk mengelakkan nyamuk, katak, dan bermacam-macam binatang pemangsa daripada menggangu kolam lintah. Budak-budak pun sama juga, tak boleh usik tapi tengok boleh.







Kolam Pembenihan

Kat sinilah tempat lintah tiram dewasa akan di 'kahwinkan'. Harap-harap jumlah benih yang keluar menggalakkan. Kalau banyak nanti aku dermakan sikit kepada pasukan bola Malaysia, diorang tu banyak sengal, jadi lintah-lintah tu boleh sedut sengal diorang.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, Tuan. Maka akan jadi byk le lintah2 di JB ye. apa guna lintah ni kpd umat sejagat?
Apakah hukum perniagaan ini? Meniaga Khinzir haram sbb khinzir tu haram. Meniaga anggur halal sbb anggur tu halal dimakan. tapi anggur yg diperam jadi arak, haram sbb arak tu haram.
Siapakah pengguna akhir bagi lintah ni?

man JB berkata...

Waalaikusalam

terima kasih sebab sudi tinggalkan komen, saya rasa kalau saudara nak tahu kebaikan/kegunaan lintah dan contoh-contoh pengguna akhir, saudara boleh cuba lihat di link http://warisanagroresources.blogspot.com/.
Hukum jual beli lintah adalah dibolehkan, ini berdasarkan kepada kaedah syara' yang menyatakan hukum jual beli barang/perkhidmatan adalah halal sehingga tiada dalil yang mengharamkan barang atau perkhidmatan tersebut. Saya rasa contoh yang tuan beri tu dah menjelaskan kaedah syara' tersebut wassalam