Alhamdulillah minggu lepas aku berjaya mendapatkan 1800 ekor lintah daripada Terengganu, aku ambil sendiri naik bas, supply daripada Selama terpaksa ditangguhkan sebab tokey dia masih terlalu sayangkan lintah-lintah dia...hehe...Walaubagaimanapun, semua itu aku anggap sebagai asam garam perniagaan, satu benda yang perlu kita ada dalam berniaga ialah 'cepat berfikir dan cepat bertindak', tapi kena hati-hati ketika berfikir jangan sampai nafsu menguasai keputusan dan tindakan kita. Susah juga nak keluarkan lintah daripada bekas dia, dia sedut kuat betul pada dinding dalam bekas plastik tu (lihat gambar dibawah). Tapi aku pujuk dia dengan belut.
Kelihatan beberapa ekor lintah sedang menyesuaikan diri di penjuru kolam, setakat ni berdasarkan pemerhatian aku tiada seekor pun lintah yang mampu melepasi 'frame' kayu warna biru yang aku buat untuk kolam lintah.