Rabu, 27 Januari 2016



Faktor-faktor Yang Memperlemahkan Khilafah

Khilafah berdiri di atas mabda’ (ideologi) Islam. Di dalam ideologi itulah kekuatannya. Dengan ideologi itu pula Negara Islam kukuh, dan mencapai ketinggian martabatnya. Bererti ideologi Islam adalah penopang utama kewujudan negara Islam.

Sarana-sarana yang mereka gunakan jumlahnya banyak. Di antaranya berkaitan dengan nas-nas Islam, bahasa yang dipakai, dan yang berkaitan dengan penyelesaian fakta-fakta kehidupan. Sasaran yang mereka tuju adalah hadis-hadis Nabi. Caranya dengan menyusupkan hadis-hadis palsu ke dalam hadis-hadis sahih yang asli. Hadis-hadis yang disusupkan tidak pernah dikatakan oleh Nabi tetapi mereka memalsukannya dan menyusupkan makna-makna yang tidak Islami dan pemahaman-pemahaman yang bertentangan dengan Islam ke dalam hadis-hadis sahih yang asli hingga umat Islam mengambil dan mengamalkannya. Akhirnya mereka terpesong dari Islam. Mereka membuat dusta atas nama Rasulullah saw dengan cara memalsukan hadis-hadis di antara hadis-hadis yang asli, lalu menyebarkannya di tengah-tengah manusia. Namun umat Islam yang memahami Islam akhirnya mampu mengggagalkan tipu daya orang-orang zindiq itu.

612M (1215M) – Ibnu Arabi berada di Anatolia.

54-87H (674-706M) – John dari Damsyiq, yang dikatakan pemungut cukai untuk khalifah, dan pada masa itu menjadi ‘Melkite monk’ memulakan ‘polemik Damsyiq’ terhadap Islam dan diteruskan oleh paderi ‘Melkite’ dari Harran, Theodora Abu Qurra (740-820). Paderi kristian berdebat dengan ulama dan cendekiawan Islam menggunakan falsafah Yunani. Ulama dan cendekiawan Islam mendapati mereka tidak mempunyai ilmu tentang falsafah Yunani untuk berdebat dengan paderi tersebut. Mereka mempelajarinya dengan tekun dan ada di antaranya yang terpengaruh dengan falsafah Yunani.

80H (699-700M) – Kematian Ma’bad al-Juhani, pengasas aliran Murjiah. Mengikut aliran ini, orang-orang yang berdosa tidak sepatutnya dihukum kerana keimanan boleh mengatasi dosa. Aliran ini muncul sebagai tindakbalas terhadap aliran Khawarij.

Sekitar 80H (700M) – Idea tentang ‘occultation’ (ghayba) dan kembali (raj’a) merebak secara berleluasa dalam eschatologi Muslim berdasarkan konsep mahdi. Sesetengah pengikut Syiah pula memberi sifat-sifat ketuhanan kepada Ali dan imam-imam yang lain.

Di luar semua itu, Negara Islam juga melakukan penjagaan dengan menghukum kaum zindiq dengan tangan besi.

125H (742M) – Golongan zindiq dihukum kerana pelbagai kepercayaan sesat yang mereka yakini. Kebanyakan mereka berada di Iraq dan Iran.

194-256H (810-870M) – Imam Bukhari.

Bahkan di antara kaum ‘ajam (orang-orang bukan Arab), terdapat imam mujtahid seperti Abu Hanifah, juga ada penyair-penyair yang handal dan pintar seperti Basyar bin Bard dan ada pula penulis yang sangat piawai seperti Ibnu al-Muqaffa’.

* Imam Abu Hanifah (80-150H). Beliau menolak untuk menjadi qadi dan akibatnya Khalifah Ja’far al-Mansur memenjarakannya dan beliau meninggal dunia dalam penjara.
* Ibnu al-Muqaffa (berbangsa Farsi) menghasilkan karya yang terkenal iaitu ‘Kalila wa Dimna” yang dianggap karya syair yang paling hebat dalam karya Arab silam. “Kalila wa Dimna” adalah kumpulan cerita-cerita dongeng tentang haiwan-haiwan yang boleh bercakap.

Ini yang berkaitan dengan sisi lemahnya pemahaman Islam. Sedangkan sisi penerapannya, ada beberapa faktor yang saling berkait yang menjadikan penerapan Islam rosak. …Muncul juga kelompok Fatimiyin.

  • Fatimiyin memerintah dari 909 – 1171 di Afrika Utara dan Mesir. Mereka adalah dari aliran Syiah Ismailiyah dan mereka mendakwa merekalah khilafah yang sebenar.
  • The Fatimid empire reached its greatest expansion when the Turk general Arslan al-Basasiri defected at Mosul in 1057 and even took Baghdad for a year; but the Seljuqs drove him out of Baghdad in 1059.

Pihak yang menyebabkan parti-parti politik mengambil cara ini adalah para khalifah bani Amawi. Dalam mendelegasikan jabatan khalifah, mereka melakukannya dengan kaedah pewarisan kekuasaan.

  • Dalam tahun 58H (678M), Muawiyah berkeras mahukan anak sulungnya menggantikannya sebagai khalifah. Dalam tahun 61H (680M), Yazid menjadi khalifah.

Ini keadaan yang terjadi di wilayah Barat (Daulah Andalus). Di wilayah Timur, pemerintahan daerah banyak diberikan kepada para gabenor secara umum. Wilayah-wilayah yang memiliki kuasa otonomi menjadikannya seperti negara-negara persekutuan sebagaimana yang terjadi antara penguasa bani Saljuq dan Hamdani. Hal ini juga menyebabkan Negara Islam melemah.
* Setelah mengalahkan musuh-musuhnya, Zanj, Saffarid, dan Qaramitah, serta menstabilkan semula Iraq, Khilafah Abbasiyah menjadi lesu. Ini bermula pada abad ke10.  Khalifah terasing dalam istananya dan menjadi boneka amir-amir.
* Emiriah Hamdani didirikan di Jazirah dan diketuai oleh Nasir ad-Daulah pada 322H (934M).
* The Seljuqs are named after a chief of the Ghuzz Turks who led his tribe down from the steppes of Turkistan. Seljuq's grandsons Tughril-Beg and Chaghri-Beg led the conquest of Khurasan in 1037, defeating the Ghaznavid Mas'ud in 1040. They claimed power as Sunni Muslims, and they respected Sufi pirs. Ibn al-Muslima, acting as the declining Abbasid caliph's vizier, invited Tughril-Beg into Baghdad in 1055, and the next year Caliph al-Qa'im crowned Tughril-Beg king; but ibn al-Muslima's attempts to gain money for his intrigues resulted in his being killed by Tughril-Beg's rival al-Basasiri in 1059. Al-Basasiri occupied Baghdad for forty weeks, favoring the Fatimids; but Tughril-Beg brought the Abbasid caliph back to Baghdad, defeating and killing al-Basasiri near Kufa.
Kemudian muncul perang pemikiran yang dilancarkan Barat terhadap negara umat Islam.

  • Khilafah Usmaniyah membawa masuk undang-undang Barat seperti Qanun al-Jaza al-Usmani (Undang-undang pemerintahan Usmaniyah) – 1857, Qanun al-huquq wat Tijarah (Undang-undang Kewangan dan Perdagangan) – 1858. 1870 – Mahkamah dibahagi 2: Mahkamah Syariah dan Mahkamal Nizamiyah (Civil).
  • Ulama mengeluarkan fatwa tentang boleh memasukkan undang-undang Barat ke dalam sistem Daulah Islam kerana menurut ilmu mereka, hal itu tidak apa-apa kerana terdapat kemiripan antara undang-undang Islam dengan Barat. Selain itu mereka merasa kehilangan kemampuan untuk menggali Syariat Islam kerana kemunduran berfikir yang dialami (h. 165, Muhammad Hawari)
  • 1863 – Bank Imperial Ottoman didirikan.

Semua persoalan di atas menjadi sebab yang menyebabkan lemahnya Negara Islam. Keadaan ini terus berlangsung hingga Daulah Utsmani datang dan menguasai Khilafah.

  • Utsmani muncul pada tahun 1281 dan mereka adalah bangsa Turki yang datang dari barat utara Anatolia. Mereka memegang teraju Khilafah sejak 1571.
  • 1834 – Khilafah Usmaniyah mendirikan akademi tentera yang mengikut model St. Cyr dan bahasa Perancis menjadi bahasa akademi itu.
  • 3 November 1839 – Pembacaan Hatt-i Sharif (imperial decree) Gulhane di khalayak ramai. Ia dirangka oleh Rashid Pasha dan ia mengumumkan tanzimat (reformasi) dan tujuan utama ia dibuat ialah untuk memuaskan hati negara-negara Eropah dan menunjukkan kepada Eropah bahawa Khilafah Utsmaniyah adalah sekutu yang sesuai untuk Eropah.
  • Februari 1840 – Sistem cukai direformasi. Pentadbiran wilayah disusun semula mengikut model Perancis.
  • 1865 – Gerakan Turki Muda (yang pro Barat) ditubuhkan sebagai gerakan pembangkang.
  • 1875 – Kewangan Khilafah hancur setelah 16 pinjaman asing diambil antara 1854-1877. Khilafah terpaksa membelanjakan 15 juta pound daripada belanjawannya berjumlah 18 juta pound untuk membayar pinjaman.
  • 6 Oktober 1875 – Khilafah mengumumkan ia akan mengeluarkan bon-bon baru untuk melunaskan hutang.
  • 23 Disember 1876 – Pemerintahan berparlimen didirikan berdasarkan perlembagaan Belgium.
  • 20 Disember 1881 – Pentadbiran Hutang Awam Usmaniyah ditubuhkan oleh Britain, Perancis dan Jerman.

Selasa, 26 Januari 2016

Kapal Perang Khilafah Usmaniyah

 Kapal perang ghali Khilafah Usmaniyah abad ke 17 yang menggunakan layar dan pengayuh.


 Kapal perang ghali (galley) Khilafah Usmaniyah. Kapal ini juga dikenali sebagai kadirgasi.



Seorang sarjan tentera laut Khilafah Uthmaniyah abad ke17.


Sebuah kapal perang jenis kaylon dalam armada Salim III. Kapal ini mula dipakai oleh tentera laut Usmaniyah ketika era Bayazid II. Ketika itu, kaylon Usmaniyah berukuran antara 43 dan 64 zira panjang dan beratnya antara 1,500 hingga 2,000 tan. Ketika Salim III memerintah, keupayaan tentera laut Usmaniyah meningkat berlipat ganda dan mampu menandingi kapal perang terbaik yang dihasilkan oleh Eropah.



Statistik Kapal-kapal Ghali yang dibina ketika zaman Salim III

Nama kapal
Kekuatan krew
Bilangan meriam
Tahun dibina
Nama limbungan kapal
1. SELIMIYE
1200
62
1796
Istanbul
2. SEHBAZ-I BAHRI
(Falkon Laut)
850
74
1793
Bodrum
3. SAYYAD-I BAHRI
(Pemburu Laut)
850
74
1793
Çanakkale
4. SEDDÜLBAHIR
(Sea Rampart)
856
76
Tidak diketahui
Istanbul
5. TAVUSUBAHRI
(Burung Merak Laut)
900
82
1789
Istanbul
6. HEYBETENDAZ
(Hebat)
850
76
1796
Bodrum
7. BEŞARETNUMA
(Berita Baik)
850
76
1797
Bodrum
8. BADI-I NUSRET
(Angin Kemenangan)
900
82
1797
Istanbul
9. ASLAN-I BAHRI
(Singa Laut)
850
76
1794
Istanbul
10. EJDERIBAHRI
(Naga Laut)
850
74
1793
Gemlik
11. ZIVERIBAHRI
(Hiasan Laut)
700
68
1796
Midilli
12. PERTEV-I NUSRET
(Cahaya Kemenangan)
700
68
1793
Sinop
13. ASAR-I NUSRET
(Tanda Kemenangan)
800
74
1793
Istanbul
14. KAPLAN-I BAHRI
(Harimau Laut)
700
76
1799
Rhodes
15. FATIH-I BAHRI
(Penakluk Laut)
550
60
1791
Sinop
16. BAHRIZAFER
(Kemenangan di Laut)
750
72
1789
Istanbul
17. FEVZIHUDA (Licik)
650
66
1790
Bodrum




Angkatan Laut Khilafah Uthmaniyah Di Era Kemerosotan

Akibat Perjanjian Sevres, tentera laut Khilafah Uthmaniyah dipaksa mengurangkan kekuatannya untuk hanya menjadi tentera pertahanan pantai sahaja. Selepas Perang Dunia 1, Khilafah Uthmaniyah tidak dapat membesarkan angkatan lautnya kerana barat mengapikan pemberontakan yang menyebabkan Khilafah menjadi tidak stabil.



Kapal penghantaran Fuat (Fuad) - 1897. 



Kapal milik Sultan bernama Stambul dalam tahun 1897. Kapal ini digerakkan oleh roda. Beratnya 900 tan. Dibina di England pada tahun 1865 dan digunakan oleh keluarga Sultan. Foto menunjukkan ia berlabuh di Istana Dolmabahcheh di Selat Bosforus.



 Askar marin Khilafah Uthmaniyah lazimnya digunakan untuk berbaris di pangkalan tentera laut. gambar menunjukkan mereka berbaris sebagai tanda hormat kepada sultan di Masjid Yildiz ketika upacara selamlik dalam tahun 1897.



 Laksamana Hassan Pasha, wazir marin Khilafah pada 1897.



Sebuah kapal Khilafah Uhtmaniyah menggunakan kuasa stim.




Kapal-kapal Perang Khilafah Uthmaniyah
Kapal-kapal Perang Khilafah Uthmaniyah
Nama Kapal
Tarikh Dilancarkan
Nasibnya
Klas Osmaniye
Osmanieh
2 September 1864
Rosak dalam tahun 1913 dan dikopak untuk dijadikan besi buruk
Mahmudieh
13 Disember 1864
Rosak dalam tahun 1913 dan dikopak untuk dijadikan besi buruk
Orkanieh
26 Jun 1865
Rosak dalam tahun 1913 dan dikopak untuk dijadikan besi buruk
Abdul Aziz
Januari 1865
Rosak dalam tahun 1913 dan dikopak untuk dijadikan besi buruk
Klas Assari Tevfik
Assari Tevfik
30 November 1868
Ambil bahagian dalam Perang Dardanelles pada 18/1/1913. Rosak akibat tembakan meriam. Kemudian rosaknya bertambah terkena meriam Bulgaria. Ia musnah pada 25/1/1913.
Klas Assari Shevket
Assari Shevket
1868
Pada awalnya ia adalah kapal Mesir yang dikenali dengan nama Kaherah dan kemudian dimiliki oleh Khilafah. Rosak dalam tahun 1910 dan dijadikan besi buruk.
Nijimi Sevket
1868
Pada awalnya ia adalah kapal Mesir yang dikenali dengan nama Musafir dan kemudian dimiliki oleh Khilafah. Ia beroperasi ketika Perang Dunia 1. Kemudian menjadi kapal depoh sebelum dijadikan besi buruk dalam tahun 1929.
Klas Avni Illah
Avni Illah
21 April 1869
Diperbaiki antara 1903-07. Ditenggelamkan oleh cruiser Itali Giuseppe Garibaldi dan Varese pada 24 February 1912.
Muin-I-Zaffer
Jun 1869
Menjadi kapal latihan sejak 1913. Dijadikan besi buruk dalam tahun 1929.
Klas Idjalieh
Idjalieh
1878
Menjadi kapal latihan dalam tahun 1900. Menjadi kapal penumpang antara 1914-1918 ketika Perang Dunia 1. Jadi besi buruk dalam tahun 1922.
Klas Fethi Bulend
Fethi Bulend
1870
Karam pada 31/1/0/1912 oleh kapal torpedo Yunani di Salonika. 14 krew mati.
Mukaddami Khair
28 Oktober 1872
Kapal besi pertama dibina di Turki. Rosak pada 1910 dan dijadikan besi buruk.


Klas Messudieh
28 Oktober 1874
Menjadi kapal pengawal statik dekat Chanak di Dardanelles ketika permulaan perang. Karam pada 13/12/1914 akibat bedilan kapalselam Britain B11.
Klas Hamidieh Class
Januari 1885
Originally called Nusretiye she was renamed in 1881. Stricken in 1910 and broken up for scrap.
Klas Resadiye
Resadiye
3 Ogos 1913
Taken back by the British on 1st August 1914 and renamed HMS Erin. The rest of this class were never completed.
Yavuz Sultan Selim (Goeben)

Originally a German ship named Goeben. Renamed Yavuz in 1936 and was refitted in 1938 and 1941. Broken up and used for scrap in 1971.
Kurkürsk Friedrich Wilhelm

Renamed Heireddin Barbarossa after being bought
Kapal Pertahanan Pantai
Feth Ul Islam Gunboat
1864
Four sister ships were scrapped before 1900. Stricken in 1910 and broken up for scrap.
Turgut Reis (Torgud Reis)

Ex - Brandenburg Class German Battleship
Cruiser
Klas Mehmet Selim
Mehmet Selim
Ogos 1879
Broken up for scrap in 1913.
Klas Heibetnuma
Heibetnuma
30 Januari 1890
Stricken in 1909 and broken up for scrap.
Klas Lufti Humayun
Luft Humayun
16 Ogos 1892
Stricken in 1909 and broken up for scrap.
Klas Abdul Hamid Class
Abdul Hamid
25 September 1903
Renamed Hamidieh after the revolution in 1908. Torpedoed by a Bulgarian torpedo boat near Varna on 21st November 1912, but managed to limp to Constantinople. Took part in the bombardment at Odessa on 29th October 1914 and became a training ship from 1914-1918. Stricken in 1948 and broken up for scrap.

Abdul Hamid, renamed Hamidieh

Hamidieh



Hamidieh.

Abdul Mecid Class
Abdul Mecid (Medjidieh)
25th July 1903
Renamed Medjidieh in 1903. Mined off Odessa after taking part in the bombardment and sank. Salvaged by the Russians and commissioned as Prut on 29th October. Captured by the Germans at Sevastopol then returned to Turkey on 12th May 1918. Underwent a major refit in 1927. Stricken in 1948 and broken up for scrap.

Turkish cruiser Medjidieh
Kapal Pemusnah
Berk I Efsan
1892
Sold for scrapping in 1927. 
Tayyar
1893
Rosak 1913.
Samsoun
1907
Dilupuskan pada 1930an
Muvanet-I-Milet
1909
Dilupuskan pada 1920an
Kapal Torpedo
Timsah
1885
Rosak 1910.
Simir I Hidsum
1884
Rosak 1910.
Mecidiye
1885-1890
Rosak 1910.
Mahabet
1887
Rosak 1910.
Gilyom
1886
Rosak 1910.
Nasr
1888-1892
Rosak 1910.
Ejder
1890
Rosak 1910.
Younous
1902
Dilupuskan pada akhir 1920an
Drach
1905
Dilupuskan pada akhir 1920an
Sivrihisar
1906
Dilupuskan pada akhir 1930an dan dijadikan besi buruk

Sabtu, 16 Oktober 2010

Website Rasmi Perkhidmatan Penyewaan Lori Bumiputera Usamayu

Assalamualaikum

Syarikat Usamayu mengumumkan website terbaru yang lebih mesra pengguna untuk tempahan perkhidmatan sewalori. Sila layari link dibawah gambar.


http://www.sewalori.com.my/index.htm

NO TELEFON: 019-7710101

Jumaat, 14 Mei 2010

Dakwah Tanpa Kekerasan II



Masyarakat laksana air yang ada dalam gelas. Ketika gelas berisi air kotor, maka agar kita dapat menikmati air bersih, mestilah airnya diubah; bukan dengan memecahkan gelasnya, melainkan dengan mengganti airnya. Buang air yang kotor, lalu diganti dengan air yang bersih. Begitu juga ketika melakukan perubahan masyarakat.

Mengubah masyarakat bukanlah menghancurkan masyarakat, melainkan mengganti sistem kehidupan yang ada di tengah-tengah masyarakat. Pada zaman Nabi saw., rumah, pasar, maupun kebun pada masa Jahiliah sama dengan pada saat Islam diterapkan. Bahkan, orangnya pun tidak berbeza. Misalnya, Omar pada masa Jahiliah sama dengan Omar pada masa Islam, Abu Sufyan pada masa Jahiliah sama dengan dan tetaplah dirinya setelah memluk Islam. Yang berbeza hanyalah keyakinan dan tolok ukur kehidupannya. Berbagai suku di Jazirah Arab pada masa Islam sama dengan suku-suku pada waktu Islam masih lemah.

Bezanya, aturan yang diberlakukan pada berbagai suku dan bangsa tersebut pada masa Jahiliah adalah aturan buatan logika dan nafsu manusia, sedangkan pada saat Islam kuat mereka dihukumi oleh aturan Islam. Karena itu, mengubah masyarakat berarti mengubah isinya, iaini mengubah kepribadian anggota masyarakat, pemikiran masyarakat (baik terkait dengan akidah maupun syariat), perasaan masyarakat, dan sistem (nizhâm) yang mengatur berbagai interaksi sosial, politik, ekonomi, dan budaya masyarakat.

Pada saat perubahan masyarakat dimaknai sebagai perubahan seperti itu, maka yang harus diubah adalah pemikiran, perasaan, dan sistem masyarakat. Dulu, Nabi saw. dan para sahabat melakukan hal ini. Misalnya, masyarakat Arab yang tadinya meyakini Tuhan itu banyak diubah menjadi meyakini hanya satu Tuhan (tauhid); yang tadinya merasa bahagia ketika berhasil membunuh bayi perempuan diubah menjadi merasa berdosa ketika melakukan perbuatan tersebut; yang tadinya memaklumi adat mengurangi timbangan saat berjual-beli diubah menjadi meninggalkannya; ikatan kekabilahan kesukuann (ashobiyah) yang selama ini menjadi pengikat masyarakat diubah menjadi ikatan ideologi Islam; berbagai hukum buatan manusia yang diberlakukan di tengah-tengah mereka diganti dengan hukum Allah Swt.

Setelah semua ini berhasil, maka sistem lama dikalahkan oleh sistem yang baru. Jadilah sistem kehidupan Jahiliah berganti dengan sistem kehidupan Islam. Pemerintahan Islam berhasil didirikan di Madinah al-Munawwarah. Hukum Islam juga diterapkan secara total disana.
Perubahan dari masyarakat Jahiliah menjadi masyarakat Islam seperti ini menescayakan terwujudnya dua hal, yaitu:
1. Pembentukan public opinion yang didasari oleh iman pada Islam serta kesedaran kolektif atas wajibnya terikat dengan Islam; menerapkannya, mewujudkan negara yang menerapkannya, serta melindungnya.
2. Pewujudan kekuatan atau kekuasaan yang mampu menerapkan Islam, melindungi penerapannya, dan memungkinkannya untuk menyebarkan dakwah ke seluruh dunia.

Kedua hal tersebut merupakan fokus perjuangan Islam; merupakan fokus pertarungan dengan kekufuran, sistemnya, dan para penjaganya; juga merupakan penciptaan kesedaran kolektif, penerapan Islam, serta persiapan untuk menegakkannya. Tidak mungkin melakukan perubahan masyarakat kapitalis menjadi masyarakat Islam atau perubahan masyarakat Jahiliah apapun menjadi masyarakat Islam sebelum terwujud pandangan tentang itu sekaligus kehendak memperjuangkan dan mendukungnya. Mewujudkan semua itu menescayakan adanya pergolakan pemikiran (ash-shirâ' al-fikrî) dan perjuangan politik (al-kifâh as-siyâsî), bukan perjuangan fizik dan kekerasan. Sebab, kekuatan fizik akan menghasilkan penghancuran masyarakat, sedangkan pergolakan pemikiran dan perjuangan politik akan melahirkan perubahan masyarakat yang diinginkan.

Dari sini dapat dipahami betapa hebat langkah Rasulullah saw. yang menjadikan perjuangan dakwahnya tanpa kekerasan sebagai metode untuk mengubah masyarakat. Perjuangan atas dasar pergolakan pemikiran dan perjuangan politik itulah yang merupakan hakikat dakwah tanpa kekerasan.

Saat Islam telah memiliki kekuatan politik berupa pemerintahan, maka persoalan perubahan masyarakat dari Jahiliah menjadi masyarakat Islam telah selesai. Sebab, kini sudah terbentuk masyarakat Islam. Fasa berikutnya adalah menerapkan Islam. Pada fasa ini berbagai hambatan fizik menghadang. Untuk menghancurkan hambatan fizik tersebut diperlukan kekuatan fizik yang seimbang bahkan lebih besar. Di situlah perjuangan fizik diperlukan melalui jihad; bukan untuk mengubah masyarakat dan bukan pula dalam konteks perubahan masyarakat, melainkan untuk menghilangkan dan merobohkan berbagai hambatan fizik yang berupaya menghalang-halangi tegaknya sistem Islam, bahkan menghancurkannya.

Dalam kerangka itulah dapat dipahami, mengapa setelah memiliki negara di Madinah, Rasulullah saw. bukan hanya melakukan pergolakan pemikiran dan perjuangan politik, melainkan juga diizinkan bahkan diperintahkan menggunakan senjata, iaini berjihad.

Perubahan Masyarakat Tak Boleh dengan Kekerasan

Rasulullah saw. diutus untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan Jahiliah menuju cahaya Islam. Ketika itu beliau hidup di tengah-tengah masyarakat yang diatur oleh hukum kufur dan keamanannya ada pada tangan kaum kafir. Beliau dan para sahabatnya hidup di darul kufur. Metode perjuangan Nabi saw. dalam mengubah masyarakat saat itu menjadi masyarakat Islam di Madinah amatlah jelas. Beliau melakukannya dengan pertarungan pemikiran dan perjuangan politik sekaligus mensterilkan perjuangannya itu dari kekerasan fizik dan angkat senjata.

Apakah karena tidak ada tantangan bersifat fizik? Bukan.
Bagaimanapun beratnya seksaan kaum kafir terhadap para sahabatnya, betapapun jumudnya masyarakat terhadap dakwah yang beliau serukan, dan walaupun kadangkala sebagian sahabat menghendaki penggunaan kekuatan fizik, tetap saja hingga menjelang tegaknya pemerintahan Islam di Madinah beliau tidak melakukan tindakan kekerasan/angkat senjata/menumbuk atau sebagainya. Hal itu bukan karena tidak bisa, tidak mampu, ataupun tidak mau, melainkan karena Allah Swt. melarangnya. Nabi saw. tidak melakukannya karena saat itu memang belum Allah Swt. perintahkan.

Khamis, 13 Mei 2010

Dakwah Tanpa Kekerasan


Tatkala pada Baiat Aqabah II sebagian sahabat menyampaikan keinginannya untuk menggunakan kekuatan fizik, beliau mengatakan, "Lam nu'mar bi dzâlik (Kita belum diperintahkan demikian)." (Lihat: Sîrah Ibnu Hisyâm). Pernyataan ini menegaskan sikap beliau bahawa mengubah masyarakat tidak islami menjadi masyarakat islami harus dilakukan tanpa menggunakan kekerasan fizik. Bahkan, Allah Swt. melarang kaum Muslim di Makkah melakukan kekerasan fizik dalam mengubah masyarakat. Allah Swt. berfirman:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ قِيلَ لَهُمۡ كُفُّوٓاْ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ۬ مِّنۡہُمۡ يَخۡشَوۡنَ ٱلنَّاسَ كَخَشۡيَةِ ٱللَّهِ أَوۡ أَشَدَّ خَشۡيَةً۬ۚ

Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan kalian (dari berperang), dirikanlah shalat, dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih takut lagi dari itu. (QS an-Nisa' [4]: 77).

Imam Jalalain dalam tafsirnya menafsirkan ayat ini, bahwa ketika di Makkah, ada sebagian sahabat yang menginginkan perang karena mendapatkan tentangan berbentuk fizikal, namun Allah Swt. melarangnya (yang ertinya): "Tahanlah tangan kalian (dari berperang), dirikanlah shlat, dan tunaikanlah zakat!" Barulah ketika di Madinah Allah Swt. memerintahkan mereka menggunakan senjata/melakukan jihad. Hal senada dijelaskan juga oleh Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya.
Berdasarkan hal di atas, jelaslah bahwa metode perubahan masyarakat dari masyarakat Jahiliah menjadi masyarakat Islam dilakukan melalui pertarungan pemikiran dan perjuangan politik tanpa perlu kekuatan senjata. Ancaman-ancaman fizikal yang diterima beliau dan para sahabatnya tidak dihadapi dengan kekuatan senjata. Metode perlindungan terhadap ancaman tersebut hanyalah dengan thalab an-nushrah (menggalang dukungan/pertolongan).

Thalab an-nushrah dilakukan oleh Nabi saw. dalam rangka dua hal, iaini:
1. Untuk melindungi dan menangkal seksaan supaya beliau dan para sahabat bisa menyampaikan risalah dan menyeru manusia ke jalan Allah dalam suasana tenang.
2. Agar mereka menyerahkan kekuatan dan kedudukan yang mereka miliki untuk mewujudkan tegaknya Daulah Islamiyah.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam bukunya, Zâd al-Ma'âd, menyatakan bahwa sesungguhnya Nabi saw. tinggal selama sepuluh tahun mendatangi orang-orang di tempat peristirahatan mereka pada berbagai musim. Beliau juga menemui mereka di Pasar Ukadz. Beliau menyatakan, "Siapa saja yang melindungi aku dan menolongku hingga aku menyampaikan risalah Rabb-ku maka baginya adalah surga."
Untuk tujuan kedua, beliau mendatangi Bakar bin Wail saat ia menunaikan haji, Amir bin Sha'sha'ah, Bani Syaiban, juga para pemimpin Madinah sehingga ada riwayat menyatakan lebih dari 40 kabilah yang dijumpai mereka.

Perbuatan dan nash-nash di atas menunjukkan cara beliau mengubah
masyarakat. Pada waktu kekuasaan ada di tangan orang kafir dan para pengemban dakwah dalam keadaan lemah, Rasulullah saw. tetap berpegang pada pergolakan pemikiran dan perjuangan politik. Perubahan darul kufur menjadi Darul Islam beliau lakukan tanpa kekerasan. Kekerasan yang menghadang dihadapi hanya dengan thalab an-nushrah.
Pada saat ini keadaan umat Islam sama dengan keadaan saat Nabi saw. di Makkah. Sekalipun individunya majoriti Muslim, tetapi masyarakatnya bukan masyarakat Islam. Negeri-negeri Muslim saat ini merupakan darul kufur sekalipun penduduknya Muslim. Sebab, aturan dan keamanannya bukanlah berasal dari Islam. Aturannya berasal dari Kapitalisme-sekular, dan keamanannya berada dalam genggaman negara besar, khususnya Amerika. Pemikiran, perasaan, dan aturannya pun tidak lahir dari akidah dan syariat Islam. Karena itu, perubahan masyarakat dewasa ini haruslah meneladani apa yang dicontohkan Rasulullah saw. ketika beliau berdakwah di Makkah, iaitu melalui pergolakan pemikiran dan perjuangan politik tanpa kekerasan senjata (kekuatan fizik). Menyimpang dari metode ini berarti menyimpang dari metode Rasulullah saw. dalam menegakkan Daulah Islam, yang hanya akan bermuara pada kegagalan.

Kesan Kekerasan

Penggunaan kekerasan dalam menghadapi dan mengalahkan kekuatan bathil serta dalam mengubah masyarakat tidak islami menjadi masyarakat islami mengandung kesan yang tidak kecil. wang, senjata, pasukan, peralatan, dan berbagai lembaga-lembaga kemiliteran maaupun lainnya ada di tangan para penguasa yang tidak menghendaki Islam. Apa yang bisa dibangun sangatlah kecil dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh para penguasa dan negara yang menentang Islam.

Dakwah dengan kekerasan juga akan menimbulkan kesan negatif lainnya, iaini munculnya pandnagan busuk dan buruk yang sama sekali tidak pantas terhadap pendakwah, kerana apa yang ingin dibina adalah islam, dan sebuah pemerintahan yang islami, yang didalamnya terkait dengan hokum syara’ yang adil. Siapapun tidak ada yang dapat menghalangi sistem/rezim kufur mengebom berbagai kota dan menghancurkan penduduknya jika sistem/rezim itu merasakan bahaya Islam. Semua itu dilakukan dengan dorongan dan pengerahan seluruh sistem negara. Apa yang terjadi di Afganistan, misalnya, merupakan bukti kongkrit. Gagalnya sebuah perjuangan apabila tercantum dengan tindakan fizikal.

Penggunaan kekerasan fizikal akan mengalihkan konfrontasi pemikiran dan politik menjadi konfrontasi fizikal. Padahal hanya dengan fokus pada pertarunagan pemikiran dan politiklah akan tersingkap kesesatan negara kufur, para pembesarnya, kebohongannya, kezalimannya, pengkhianatannya, dan rencana-rencana jahatnya atas Islam dan kaum Muslim. Konsistensi hal ini melahirkan kesedaran dan kekuatan politik masyarakat. Inilah pintu gerbang perubahan menuju tegaknya syariat dan kekuasaan Islam.

Berbeza dengan itu, konfrontasi kekuatan fizikal sangat mungkin dimenangkan oleh negara kufur beserta para pengikutnya.Yang dimunculkan dan dipropagandakan mereka adalah sifat kekerasannya itu. DAN INI AKAN MENJADIKAN FITNAH BESAR MALAHAN TURNING POINT UNTUK MEREKA PARA PENGKHIANAT ATA MUSUH ISLAM GUNAKAN UNTUK KEMBALI MENYERANG ATAS DASAR "WAR ON TERRORISM".

Keadaan demikian akan menjadikan masyarakat makin jauh dari dakwah dan perjuangan Islam. Sekalipun Allah Swt. menjelaskan, sering golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang banyak (QS al-Baqarah [2]: 249), tidak bererti penggunaan kekerasan dalam perubahan masyarakat tidak mengapa. Sebab, Rasulullah saw. sendiri tidak mencontohkannya.

Ringkasnya, mengubah masyarakat tidak islami menjadi masyarakat yang menegakkan Islam secara kâffah haruslah dilakukan dalam wujud pertarungan pemikiran dan perjuangan politik, bukan dengan kekuatan fizikal. Inilah metode yang dicontohkan Nabi saw. Janganlah kaum Muslim terperosok ke dalam lembah yang hendak mengalihkan konfrontasi pemikiran dan politik menjadi konfrontasi kekuatan fizikal sungguh bukan itu yang di tunjukkan dan di taklifkan bagi kita Insan yang merindukan status al Ghuraba’ ini.