Rabu, 27 Januari 2016



Faktor-faktor Yang Memperlemahkan Khilafah

Khilafah berdiri di atas mabda’ (ideologi) Islam. Di dalam ideologi itulah kekuatannya. Dengan ideologi itu pula Negara Islam kukuh, dan mencapai ketinggian martabatnya. Bererti ideologi Islam adalah penopang utama kewujudan negara Islam.

Sarana-sarana yang mereka gunakan jumlahnya banyak. Di antaranya berkaitan dengan nas-nas Islam, bahasa yang dipakai, dan yang berkaitan dengan penyelesaian fakta-fakta kehidupan. Sasaran yang mereka tuju adalah hadis-hadis Nabi. Caranya dengan menyusupkan hadis-hadis palsu ke dalam hadis-hadis sahih yang asli. Hadis-hadis yang disusupkan tidak pernah dikatakan oleh Nabi tetapi mereka memalsukannya dan menyusupkan makna-makna yang tidak Islami dan pemahaman-pemahaman yang bertentangan dengan Islam ke dalam hadis-hadis sahih yang asli hingga umat Islam mengambil dan mengamalkannya. Akhirnya mereka terpesong dari Islam. Mereka membuat dusta atas nama Rasulullah saw dengan cara memalsukan hadis-hadis di antara hadis-hadis yang asli, lalu menyebarkannya di tengah-tengah manusia. Namun umat Islam yang memahami Islam akhirnya mampu mengggagalkan tipu daya orang-orang zindiq itu.

612M (1215M) – Ibnu Arabi berada di Anatolia.

54-87H (674-706M) – John dari Damsyiq, yang dikatakan pemungut cukai untuk khalifah, dan pada masa itu menjadi ‘Melkite monk’ memulakan ‘polemik Damsyiq’ terhadap Islam dan diteruskan oleh paderi ‘Melkite’ dari Harran, Theodora Abu Qurra (740-820). Paderi kristian berdebat dengan ulama dan cendekiawan Islam menggunakan falsafah Yunani. Ulama dan cendekiawan Islam mendapati mereka tidak mempunyai ilmu tentang falsafah Yunani untuk berdebat dengan paderi tersebut. Mereka mempelajarinya dengan tekun dan ada di antaranya yang terpengaruh dengan falsafah Yunani.

80H (699-700M) – Kematian Ma’bad al-Juhani, pengasas aliran Murjiah. Mengikut aliran ini, orang-orang yang berdosa tidak sepatutnya dihukum kerana keimanan boleh mengatasi dosa. Aliran ini muncul sebagai tindakbalas terhadap aliran Khawarij.

Sekitar 80H (700M) – Idea tentang ‘occultation’ (ghayba) dan kembali (raj’a) merebak secara berleluasa dalam eschatologi Muslim berdasarkan konsep mahdi. Sesetengah pengikut Syiah pula memberi sifat-sifat ketuhanan kepada Ali dan imam-imam yang lain.

Di luar semua itu, Negara Islam juga melakukan penjagaan dengan menghukum kaum zindiq dengan tangan besi.

125H (742M) – Golongan zindiq dihukum kerana pelbagai kepercayaan sesat yang mereka yakini. Kebanyakan mereka berada di Iraq dan Iran.

194-256H (810-870M) – Imam Bukhari.

Bahkan di antara kaum ‘ajam (orang-orang bukan Arab), terdapat imam mujtahid seperti Abu Hanifah, juga ada penyair-penyair yang handal dan pintar seperti Basyar bin Bard dan ada pula penulis yang sangat piawai seperti Ibnu al-Muqaffa’.

* Imam Abu Hanifah (80-150H). Beliau menolak untuk menjadi qadi dan akibatnya Khalifah Ja’far al-Mansur memenjarakannya dan beliau meninggal dunia dalam penjara.
* Ibnu al-Muqaffa (berbangsa Farsi) menghasilkan karya yang terkenal iaitu ‘Kalila wa Dimna” yang dianggap karya syair yang paling hebat dalam karya Arab silam. “Kalila wa Dimna” adalah kumpulan cerita-cerita dongeng tentang haiwan-haiwan yang boleh bercakap.

Ini yang berkaitan dengan sisi lemahnya pemahaman Islam. Sedangkan sisi penerapannya, ada beberapa faktor yang saling berkait yang menjadikan penerapan Islam rosak. …Muncul juga kelompok Fatimiyin.

  • Fatimiyin memerintah dari 909 – 1171 di Afrika Utara dan Mesir. Mereka adalah dari aliran Syiah Ismailiyah dan mereka mendakwa merekalah khilafah yang sebenar.
  • The Fatimid empire reached its greatest expansion when the Turk general Arslan al-Basasiri defected at Mosul in 1057 and even took Baghdad for a year; but the Seljuqs drove him out of Baghdad in 1059.

Pihak yang menyebabkan parti-parti politik mengambil cara ini adalah para khalifah bani Amawi. Dalam mendelegasikan jabatan khalifah, mereka melakukannya dengan kaedah pewarisan kekuasaan.

  • Dalam tahun 58H (678M), Muawiyah berkeras mahukan anak sulungnya menggantikannya sebagai khalifah. Dalam tahun 61H (680M), Yazid menjadi khalifah.

Ini keadaan yang terjadi di wilayah Barat (Daulah Andalus). Di wilayah Timur, pemerintahan daerah banyak diberikan kepada para gabenor secara umum. Wilayah-wilayah yang memiliki kuasa otonomi menjadikannya seperti negara-negara persekutuan sebagaimana yang terjadi antara penguasa bani Saljuq dan Hamdani. Hal ini juga menyebabkan Negara Islam melemah.
* Setelah mengalahkan musuh-musuhnya, Zanj, Saffarid, dan Qaramitah, serta menstabilkan semula Iraq, Khilafah Abbasiyah menjadi lesu. Ini bermula pada abad ke10.  Khalifah terasing dalam istananya dan menjadi boneka amir-amir.
* Emiriah Hamdani didirikan di Jazirah dan diketuai oleh Nasir ad-Daulah pada 322H (934M).
* The Seljuqs are named after a chief of the Ghuzz Turks who led his tribe down from the steppes of Turkistan. Seljuq's grandsons Tughril-Beg and Chaghri-Beg led the conquest of Khurasan in 1037, defeating the Ghaznavid Mas'ud in 1040. They claimed power as Sunni Muslims, and they respected Sufi pirs. Ibn al-Muslima, acting as the declining Abbasid caliph's vizier, invited Tughril-Beg into Baghdad in 1055, and the next year Caliph al-Qa'im crowned Tughril-Beg king; but ibn al-Muslima's attempts to gain money for his intrigues resulted in his being killed by Tughril-Beg's rival al-Basasiri in 1059. Al-Basasiri occupied Baghdad for forty weeks, favoring the Fatimids; but Tughril-Beg brought the Abbasid caliph back to Baghdad, defeating and killing al-Basasiri near Kufa.
Kemudian muncul perang pemikiran yang dilancarkan Barat terhadap negara umat Islam.

  • Khilafah Usmaniyah membawa masuk undang-undang Barat seperti Qanun al-Jaza al-Usmani (Undang-undang pemerintahan Usmaniyah) – 1857, Qanun al-huquq wat Tijarah (Undang-undang Kewangan dan Perdagangan) – 1858. 1870 – Mahkamah dibahagi 2: Mahkamah Syariah dan Mahkamal Nizamiyah (Civil).
  • Ulama mengeluarkan fatwa tentang boleh memasukkan undang-undang Barat ke dalam sistem Daulah Islam kerana menurut ilmu mereka, hal itu tidak apa-apa kerana terdapat kemiripan antara undang-undang Islam dengan Barat. Selain itu mereka merasa kehilangan kemampuan untuk menggali Syariat Islam kerana kemunduran berfikir yang dialami (h. 165, Muhammad Hawari)
  • 1863 – Bank Imperial Ottoman didirikan.

Semua persoalan di atas menjadi sebab yang menyebabkan lemahnya Negara Islam. Keadaan ini terus berlangsung hingga Daulah Utsmani datang dan menguasai Khilafah.

  • Utsmani muncul pada tahun 1281 dan mereka adalah bangsa Turki yang datang dari barat utara Anatolia. Mereka memegang teraju Khilafah sejak 1571.
  • 1834 – Khilafah Usmaniyah mendirikan akademi tentera yang mengikut model St. Cyr dan bahasa Perancis menjadi bahasa akademi itu.
  • 3 November 1839 – Pembacaan Hatt-i Sharif (imperial decree) Gulhane di khalayak ramai. Ia dirangka oleh Rashid Pasha dan ia mengumumkan tanzimat (reformasi) dan tujuan utama ia dibuat ialah untuk memuaskan hati negara-negara Eropah dan menunjukkan kepada Eropah bahawa Khilafah Utsmaniyah adalah sekutu yang sesuai untuk Eropah.
  • Februari 1840 – Sistem cukai direformasi. Pentadbiran wilayah disusun semula mengikut model Perancis.
  • 1865 – Gerakan Turki Muda (yang pro Barat) ditubuhkan sebagai gerakan pembangkang.
  • 1875 – Kewangan Khilafah hancur setelah 16 pinjaman asing diambil antara 1854-1877. Khilafah terpaksa membelanjakan 15 juta pound daripada belanjawannya berjumlah 18 juta pound untuk membayar pinjaman.
  • 6 Oktober 1875 – Khilafah mengumumkan ia akan mengeluarkan bon-bon baru untuk melunaskan hutang.
  • 23 Disember 1876 – Pemerintahan berparlimen didirikan berdasarkan perlembagaan Belgium.
  • 20 Disember 1881 – Pentadbiran Hutang Awam Usmaniyah ditubuhkan oleh Britain, Perancis dan Jerman.

Tiada ulasan: