Isnin, 27 April 2009

LORI SEWA & KELUHAN PENTERNAK LINTAH




Apa yang selama ini di fikirkan man_jb tentang masa depen para pelabur dalam industri ternakan lintah telah mula kedengaran keluhan mereka,Keluhan-keluhan ini di luahkan dari berbagai kaedah teknologi masa kini dan ianya datang dari berbagai negeri dari seluruh Malaysia,Walaupun man_jb telah menjelaskan sebelum ini akan kesan-kesan yang akan berlaku dengan di sertakan bukti-bukti logik dari realiti pengusaha kontrak farming namum masih ramai pelabur yang terpedaya dengan janji-janji manis mereka dan tidak mahu berhati-hati dan mempertimbangkan nasihat serta pandangan yang diberikan,

'TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA" inilah satu-satunya peribahasa melayu yang sesuai digunakan didalam fitrah kemanusian ,Walaupun yang terlajak bukan segunung harta yang berkilauan atau sekapal wang ringgit yang lebur di kaut oleh pengusaha kontrak farming namum wang ringgit yang rugi dari pelaburan Lintah ini masih boleh di kumpulkan kembali tidak pula pada taburan kata-kata dan janji-janji manis dari para pengusaha kontrak farming kepada para pelabur mereka, Bagaimanakah mereka ingin menepis ribuan pertanyaan tentang kegagalan mereka memikul amanah dan harapan pelabur mereka selama ini ?
Man_jb berani mengatakan kegagalan yang di alamai mereka banyak berpunca dari teknik ternakan yang tidak sesuai dengan habitat hidupan ini, Justeru itu man_jb ingin menasihatkan kepada para pelabur yang berminat dalam industri ini agar perhalusi niat dan buat sedikit kajian jual beli dan untung rugi mana-mana syarikat yang menawarkan pelaburan ,Ini adalah kerana budaya individualistik telah menjadi darah daging pada setiap individu kita sama ada mereka itu pemimpin yang kita sanjunggi atau sahabat taulan yang kita harapkan,Sejak sistem pemerintahan Islam runtuh sejak tahun 1924 ,Sistem pemerintahan kufur (kapitalis) di terapkan dalam kehidupan umat Islam yang menyerahkan seluruh resiko kehidupan di bebankan keatas bahu rakyat dan para pemimpin tidak akan bertanggongjawab dan tidak akan menjamin sebarang kerugian hasil kepincangan pentadbiran sistem yang mereka terapkan.Berbeza dengan sistem pemerintahan Khilafah yang di wahyu Allah Swt.Dalam sistem ekonominya terdapat lembaga-lembaga dilantik untuk menjamin perlaksanaan sistem ekonomi berjalan menurut arahan yang telah di jelaskan dalam hukum syariah,Lembaga dalam sistem ekonomi Islam dapat di ringkaskan seperti berikut:
1) KEKUASAAN AL-HISBAH,
Al-muhtasib (hakim hisbah) melakukan pemantauan terhadap pasar,timbangan,takaran dan penipuan di pasar dan tempat-tempat umum serta memantau berbagai pelanggaranya.
2)KEKUASAAN PERADILAN,
Peradilan menyelesaikan semua perselisihan termasuk perselisihan pinjaman ,ekonomi yang hadir dalam aktiviti harian rakyat daulah.
3)BIRO KAWALAN HARTA,
Biro berfungsi menggawal dan mengaudit aliran harta di Baitul Mal yang terkait dengan harta zakat,harta negara dan harta-harta pemilikan umum dalam perbelanjaanya.
4)KEKUASAAN MAZHALIM,
Mahkamah Mazhalim menangani pengaduan yang diajukan rakyat terhadap kezaliman penguasa terhadapnya ,Ianya termasuk dalam segala bidang termasuk pinjaman dan ekonomi.
Inilah secara ringkas politik ekonomi Islam yang di wahyukan,Sesungguhnya penerapan sistem ini dalam negara khilafah tidak akan berubah sehingga hari kiamat dan ianya mampu menjamin kehidupan ekonomi yang aman,adil dan bebas dari krisis warga daulah.

Rabu, 22 April 2009

PENIPUAN KONTRAK FARMING TERBONGKAR




Puluhan ribu ringgit duit tunai umat telah ditipu oleh Penyanggak Kapitalis tanpa pembelaan oleh pemimpin dan penguasa yang mereka sanjungi, Ribuan Ringgit wang simpanan yang di kumpul puluhan tahun hilang dalam sekelip mata sahaja. Apa yang dah terjadi keatas umat Islam dewasa kini yang negara berbangga dengan pendidikan tinggi mereka perolehi tetapi masih mengekori cara berfikir dan bertindak seperti generasi terdahulu yang mudah di tipu oleh para penjajah dan bangsa seagama mereka sendiri.

Apa kurangnya sistem persekolahan kita, apa pincangnya tenaga pengajar kita, Ribuan Juta Ringgit wang rampasan hasil keringat rakyat di belanjakan setiap tahun habis musnah dengan bayaran gaji guru-guru yang mahal serta kos yang tinggi dibelanjakan untuk pembinaan bangunan bagi melancarkan sistem pendidikan yang gagal ini. Apakah yang di peroleh rakyat dari pengorbanan mereka yang selama ini serta kesetian mereka menyokong sistem pendidikan yang gagal melahirkan insan bertaqwa yang mampu memelihara diri dari azab Allah SWT di akhirat kelak. Sistem pendidikan yang gagal membentuk hubunggan tiap jiwa rakyat dengan penciptanya. Sistem pendidikan yang terbukti melahirkan insan-insan yang berpotensi menjadi penyangak, penipu, perasuah dan penjenayah. Satu sistem yang menjadikan tiap jiwa rakyat hidup dalam ketakutan dimana diri mereka sentiasa terdedah dan di kelilingi insan-insan yang berpotensi menjadi pejenayah atau pun penipu walaupun mereka itu terdiri dari keluarga rapat seperti isteri-isteri atau suami atau mereka itu anak-anak sendiri. Bilakah tiba masanya untuk kita sama-sama bangkit mengubah kepincangan ini menjadi luhur dan diredhai yang maha berkuasa?


Rasulullah saw bersabda melalui Abu Hurairah RA "Bukanlah termasuk ummatku orang yang melakukan penipuan ".


Harta yang di kumpul dengan cara penipuan tidak boleh di miliki dan di mafaatkan, bahkan harta yang di perolehi dengan cara tersebut adalah harta yang haram. Ia merupakan harta SUHT, Nabi saw bersabda " Tidak akan masuk surga daging yang tumbuh dari hasil harta SUHT (haram) sebab nerakalah yang lebih layak baginya".
(H.R Imam Ahmad dari jabir bin Abdullah)

Ahad, 19 April 2009

SIAPAKAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH ?


Ahlus sunnah wal jamaah secara harfiah bererti orang yang berpegang dan mengikuti tuntutan dan kelompok Nabi Saw ,Sebab harfiah sunnah bererti thariqah (tuntutan),Kerana itu Si Fulan disebut Ahlus Sunnah kerana beliau orang yang menjadi pengikut tuntutan yang terpuji dan lurus,Mereka ini juga di panggil ahl al-haq (pengikut kebenaran) lawan dari ahl al-ahwa (pengikut hawa nafsu) Ahlul sunnah juga membawa maksud orang yang mengikuti sunnah nabi saw lawan dari ahl al-bid'ah.

Oleh itu Ahlus sunnah wal jamaah itu tidak ada kaitan dengan mazhab tertentu ,Tetapi siapa sahaja yang memenuhi maksud Qadhi Iyadh yang meyakini mazhab ahli hadis ,Menurut ibn Abd al-Barr mereka adalah para ahli hadis dan fikih bahkan menurut ibn Hajar mereka adalah semua ahli ilmu syariah ,An-Nawawi juga menyatakan bahawa kelompok ini bertaburan di antara berbagai ragam kaum mukmin dimana ada menjadi pejuang perang dan ada dalam ahli fikih ,ahli hadis,ahli zuhud serta pemimpin dan parti politik yang menyeru kepada kemakrufan serta mencegah kemungkaran, Tiada siapa yang boleh mengistiharkan hanya kumpulan mereka sahaja yang yang benar-benar dalam golongan Ahlus sunnah wal jamaah.


Jumaat, 17 April 2009

GADIS KITA TABARRUJ !


Erti tabarruj ialah membuka sesuatu dan menampakkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain.Ia juga bererti memaksa diri untuk membuka sesuatu yang wajib disembunyikan.Namun begitu ia memberi maksud yang khusus ,iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki lain yang bukan mahramnya.Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat ,maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat.

Firman Allah Swt :

" Dan janganlah kamu berhias (depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang2 jahiliyyah yang terdahulu." (Al-Ahzab ayat 33)

Rasullullah saw sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai suatu perkara yang mesti dipatuhi.

Rasulullah saw juga bersabda:

" Aku telah melihat di dalam neraka ,aku melihat kebanyakan penghuninya wanita .sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya,kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek."

daripada dalil-dalil di atas jelaslah bahawa bersolek untuk tujuan mempamirkan kecantikan dihadapan bukan mahram adalah dilarang kecuali hanya untuk suami mereka sahaja ,tetapi adakah pesanan Rasulullah yang disayangi itu di ambil kira oleh kaum muslimah kita di hari ini tak kala mereka berada dalam kehidupan umum sebagaimana gambar diatas ?

Rabu, 15 April 2009

LAPORAN MESYUARAT AJK PELINTAH KE 3


Mesyuarat yang dicadang pada tanggal 11 april 09 jam 8 malam bertempat di Agrotek Resort ,Hulu Langat ,Selangor telah berlangsung agak lewat sekitar jam 9 30 pm dan berakhir jam 3 30am ,Man_jb yang telah tiba seawal jam 7 pm setelah memandu ratusan kilometer dari selatan Malaysia begitu hampa dengan kelewatan yang tidak sepatutnya berlaku oleh sesetengah AJK sehinggakan menggangu perancangan masa ahli AJK yang lain, Harapan man_jb agar perkara seperti ini jangan di ulang lagi dan marilah kita bersama-sama belajar menghormati masa dan hak rakan2 yang lain dan hadirkan diri tepat pada waktu yang dirancang.

Banyak keputusan mesyuarat telah dapat diputuskan diantaranya,

1) Rancangan pelancaran website pelintah untuk tujuan bulitin dan borang ke ahlian.

2)Pembentukan Biro2 yang berfungsi dalan Teknikal,Kebajikan dan Komersil.

3)Mengarahkan AJK negeri mengadakan aktiviti untuk ahli di setiap negeri.

4)Memilih universiti tertentu sebagai penasihat dalam industri ini.

Serta berbagai isu2 semasa dan permasaalahan harga di perbincangkan ,Moga komitmen yang sekecil ini serta kerjasama dari AJK dan Para Ahli Pelintah dapat menjayakan industri ini walau ianya di perlekah oleh sesetengah pihak.

Jumaat, 10 April 2009

PANDANGAN ULAMA SILAM TENTANG DEMOKRASI


Para ulama yang halus pandangan serta ijtihatnya dalam perbincangan demokrasi tentu akan memutuskan bahawa demokrasi bukan hanya tiada kaitan dengan Islam bahkan bertentangan denganya, antara ulama yang mengkritik dan memberi pandangan negatif terhadap demokrasi adalah seperti berikut :

1) Adnan ali Ridha an-Nahwi dalam kitabnya Syura La ad-Dimuqrathiyah halaman 103. Ia menyatakan "Dalam kehidupan dunia kebenaran pendapat didaklah diukur dan di tetapkan oleh sedikit atau banyaknya jumlah orang yang melakukanya. Kebenaran itu wajib di ukur dan ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip dan minhaj rabbani yang diturunkan dari langit".

2) Sheikh Abul A'la al-Maududi dalam kitabnya Al-Islam wa al-Madaniyah al-Haditsah halaman 36. Ia mengatakan "Telah saya katakan sebelumnya bahawa pengertian demokrasi dalam peradapan moden adalah memberi kekuasaan membuat hukum kepada majoriti rakyat.Maka dari itu kita menentang sistem sekular yang nasionalis-demokrasi baik yang di tegakan oleh orang barat atau pun timur, Muslim atau non Muslim".

3) Muhammad Yusuf Musa dalam kitabnya Nizham al-Hukm fi al-Islam halaman 245, ia berkata "Sesungguhnya sistem pemerintahan Islam bukanlah sistem demokrasi baik dalam pengertianya menurut kaum yunani kuno mahupun dalam pengertian yang moden".

4) Anwar al-Jundi dalam kitabnya Sumum al-Istisyraq wa al-Mustasyriqun fi al-Ulum al-Islamiyah halaman 96. Ia mengatakan "Pemikiran politik Islam berbeza dengan pemikiran demokrasi barat, diantaranya kerana kedaulatan dalam sistem politik Islam bukanlah di tangan umat seperti sistem demokrasi juga bukan di tangan para pemimpin seperti dalam sistem diktaktor, melainkan ada dalam penerapan syariah Islam, dengen demikian sistem politik Islam sangat jauh berbeza dengan sistem apa pun yang menyimpang itu ".
5) Sheikh Muhammad al-Ghazali beliau mengkritik demokrasi dalam kitabnya Min Huna Na'lam halaman 93, Beliau membantah Khalid Muhammad Khalid yang membenarkan pemerintahan demokrasi ,katanya " Adalah perkara yang haq bahawa orang2 yang menerapkan demokrasi sebagai sesuatu yang ideal, Hakikatnya ia adalah orang2 yang rendah moralnya dan lebih buruk pengaruhnya dibandingkan dengan orang2 yang menyalah gunakan agama, Pada saat mereka menerapkan hukum2 yang zalim , Mari kita lihat sekilas sistem demokrasi ketika diterapkan di negeri Mesir,Mesir berada di tangan tuan-tuanya dari penduduk Eropah yang menjadi utusan Eropah atau yang menjajah kita.
6) Sheikh Abdul Qadim Zallum dalam kitabnya Ad-Dimuqrathiyah Nizham Kufr : Yahrumu Akhdzuha aw Tathbiquha aw ad- Da'wata ilayha, Beliau menyatakan " Demokrasi yang di jaja barat yang kafir ke negeri2 muslimin sesungguhnya merupakan sistem kufur ,Tidak ada hubungganya dengan Islam sama sekali ,Baik secara langsung mahu pun tidak langsung ,Demokrasi sangat bertentangan dengan hukum2 Islam baik secara global atau pun secara sebahagian ,Oleh kerana itu kaum Muslimin di haramkan secara mutlak untuk penggambilnya,menerapkanya atau menyebarluaskanya.

Selasa, 7 April 2009

EX-YDP PELINTAH MALAYSIA




Pada hujung minggu yang lalu ,Man_jb bersaman seorang syabab hizbut tahrir berkesempatan membuat kunjungan ke kediaman mantan YDP PELINTAH ,Kediaman beliau di tengah2 pekan Sungai Besi lama memang mudah di cari ,Kehadiran man_jb di sambut mesra dengan hidangan kopi o yang merangsang perbualan diselangi ramah mesra anak dan isteri beliau,Banyak juga pangilan yang diterima perlu dilayanya hingga man_jb merasa kesuntukan masa untuk menyambung perbincangan,Sebelum berangkat pulang man_jb sempat di bawa melawat kolam ternakan lintah beliau yang berada di belakang kediamanya,Man_jb cukup terharu dengan kajian yang di buat dalam pembiakan lintah serta pasrahnya beliau menempuh dan menerima ketentuan ilahi atas ketetapanya.Kepada rakan penternak yang ingin mendapatkan khimat nasihat dalam ternakan lintah bolehlah hubunggi Beliau di talian 012 6921721,Semoga beliau dapat meraih kejayaan didalam apa jua bidang yang di ceburinya di masa-masa mendatang.