Kursus asas terapi lintah akan diadakan pada hari ahad 09 05 2009 di Lakin ,Johor Baharu dari jam 8 45 am hingga 5 pm dengan yuran RM 350.00 Termasuk sijil dan makan minum,Berminat sms nama penoh ,no kad pengenalan dan no tel ke talian 019 7710101 sebelum 07 05 2009 ,selian maklumat terkini ,wslm.
BLOG PERKHIDMATAN PINDAH RUMAH,PEJABAT,BARANG PRODUK KILANG DI JB KE SELURUH SEMENANJUNG DENGAN LORI 1, 3 DAN 5 TON .
Isnin, 30 Mac 2009
Selasa, 24 Mac 2009
POLITIK EKONOMI ISLAM
Politik Ekonomi Islam menjelaskan adanya jaminan tercapai pemenuhan semua keperluan primer ( makanan,pakaian dan kediaman ) tiap-tiap orang secara menyeluruh. Islam memandang setiap orang secara peribadi bukan secara kolektif sebagai komuniti yang hidup dalam sesebuah negara. Oleh itu politik ekonomi islam bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan dalam sesebuah negara semata-mata atau untuk mengadakan kemakmuran dan kemudahan awam seperti mana yang diusahakan oleh pemimpin kaum muslimin kini tetapi politik ekonomi islam bertujuan untuk memecahkan masaalah utama yang dihadapi setiap individu manusia untuk peningkatan taraf hidupnya serta berupaya memakmurkan diri di dalam kehidupan tertentu. Justeru itu hanya penerapan hukum-hukum syara' sahaja yang menjamin terpenuhi seluruh keperluan primer di setiap warganegara secara menyeluruh dengan berusaha mencarinya. Banyak hadis mendorong umat mencari keperluan hidup , dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda "Tidaklah seseorang makan sesuap saja yang lebih baik selain ia makan dari hasil kerja tangannya sendiri ", Rasulullah saw juga pernah mencium tangan Saat bin Muadz yang kesat kerana mencari nafkah keluarganya dengan menghayun skop dan kapak dengan sabda baginda "Inilah dua telapak tangan yang disukai oleh Allah swt". Justeru itu jika ada harapan di hati kita untuk meraih keredhadaanya maka perlulah kita berusaha berkerja pada yang di syariatkanya.
Ahad, 22 Mac 2009
LAPORAN KURSUS LINTAH KALI KE 11
Kegawatan ekonomi dunia yang berpunca dari penerapan sistem ekonomi kufur yang di izinkan oleh para pemimpin kaum muslimin benar-benar menimbulkan ke tidak tentuan dalam kehidupan ini.Dengan kerakusan dan kebuasan para pemimpin muslimin meragut kekayaan umat islam melahirkan jurang kekayaan dan kemiskinan yang tidak terkawal ,Hasilnya rakyat jelata yang menjadi punca kemewahan hidup para pemimpin mereka yang tidak berhenti menindas ,Lihatlah wajah-wajah mereka yang terpapar diatas,Jelas kesucian terpancar dari raub wajah untuk menimba ilmu untuk memenuhi keperluan hidup mereka ,Malangnya ada pemimpin mereka yang menunggu hasil usaha mereka untuk di rampas bagi memenuhi hawa nafsu mereka yang bermewah itu,Perlantikan mereka benar-benar dilimpahi laknat Allah Swt kerana dosa yang kita kepakati melakukanya,Kita telah diasuh dengan sistem yang yang bertentangan dengan wahyu ,Satu sistem yang memisahkan peraturan kehidupan dengan sistem yang berlandas kepada panduan ilahi iaitu sistem Sekular.Walhal memilih pemimpin untuk menjalankan sistem sekular ini merupakan satu usaha mengkhianati peraturan Allah dan Rasullullah,Mempertahan keburukan sistem ini juga membawa kepada hukum yang haram apa lagi ada yang berani menerapkanya,Ke enganan kita untuk bertukar dan menyokong penerapan sistem yang di wahyu Allah Swt iaitu sistem khilafah mengundang kehinaan hidup di dunia dan di akhirat dijanji azab yang bersangatan azab dari Allah Swt.
Rabu, 18 Mac 2009
SEJARAH PERUBATAN & KHASIAT LINTAH
Rekod dokumentasi yang pertama pengunaan Hirudo Medicinalis bermula seawal zaman Hippokrat, Menurut penulisan sanskrit, Dhavantari ( bapa perubatan India ) mengatakan "Pegang madu disebelah tangan dan lintah di sebelah tangan lagi " .Selain itu terapi lintah juga di gunakan dalam perubatan kuno cina, Lukisan lintah perubatan telah di jumpai dalam makam dukun-dukun kuno mereka, Dalam perubatan Greek kuno pula pengiktirafan rawatan terapi lintah boleh di temui dalam puisi Alexipharmacia karya Nicondros, Pakar perubatan roman, Galan menjelaskan bahawa terapi lintah sebagai kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan dalam organ tubuh badan manusia ,Di negara Eropah pada abad yang ke 18 dan 19 mereka telah mengimport lebih 10 juta ekor lintah setahun untuk memenuhi permintaan di dalam industri perubatan mereka. Walaupun terdapat 650 jenis spesis lintah di seluruh dunia, Hanya satu jenis di gunakan dalam industri farmaseutikal (perubatan) iaitu lintah dari jenis hirudo medicinalis atau di beri nama lintah sawah. Lintah ini mudah di kenali dengan memerhatikan satu jalur kuning di bahagian perutnya dan bahagian bawah berwarna coklat atau hijau. Lintah ini mempunya bahan kimia yang di panggil Anti Koaqulan iaitu pencair darah yang mampu merawat kesan luka ,darah beku atau penyambungan ogen2 kecil seperti telinga,tangan dan urat2 anggota badan. Ekstrak Hirudin dari spesis lintah ini mampu menggurangkan pembentukan pembekuan darah serta melancarkanya ,Ia mampu merawat penyakit sejuk anggota badan,sakit2 otot dan sengal2 badan. Ekstrak Pheromone merupakan hormone yang mengeluarkan bau yang menarik perhatian pasangan dalam hubungan seksual. ekstrak Histamin merupakan histamine yang berfungsi membesarkan saluran darah dan mecergaskan aliranya ianya mampu menyelesaikan penyakit lemah tenaga batin dan Ekstrak Nitrik Oxide pula mampu mempercepatkan peredaran darah pada wanita ianya mampu membantu meningkatkan hubungan seksual wanita.
Khamis, 12 Mac 2009
NASIONALISME : PENYEBAB KEHANCURAN KHILAFAH
3 mac hadir lagi ,Itu lah tanggal hitam yang menjadi sejarah yang tidak mungkin dapat di lupakan oleh pejuang kebenaran ,Pada tarikh itu sekitar 85 tahun yang lalu telah berlaku satu malapetaka kemaksiatan oleh segerombongan umat islam yang sanggup bersekongkol dengan orang2 kufur laknatullah meruntuhkan Ibu Segala Kefarduan iaitu satu sistem pemerintahan islam yang memayungi darah dan nyawa umat islam sepanjang 1300 tahun lamanya,Satu sistem yang membebaskan manusia dari kezaliman ideologi di hampir 75 % muka bumi ini ,Itulah sistem yang diwahyu yang esa iaitu sistem Khilafah ,Keruntuhan ini telah mengheret kita yang hidup selepas tarikh itu memikul satu kewajiban fardu ain untuk mengembalikanya sebagaimana yang telah di fardukan keatas Rasullullah saw dan para sahabatnya, Ia meningkatnya kehinaan dan laknat ilahi kepada kaum muslimin atas kegagalan mereka menyegerakan usaha mengembalinya khilafah dan hukum-hukum syarak dalam kehidupan ,Walaupun umat islam memang disebut ALLAH Swt sebagai khayru ummah ( umat terbaik ) yang dilahirkan di tengah-tengah manusia ,Namun secara realitinya siapa pun tahu umat islam ketika ini bukan umat yang terbaik samaada di dalam bidang politik,ekonomi,pendidikan,sosial mahu pun budaya,Banyak faktor penyebabnya ,namum salah satu yang jelas dilihat adalah kerana Nasionalisme,Kini seramai 1.4 bilion umat islam hidup berpecah kepada 57 buah negara bangsa yang ditanam pemahaman sesat nasionalisme rekaan barat laknatullah.Kedudukan ini menyababkan umat islam semakin lemah hingga gagal menjaga izz al-islam wa al-muslimin,Sehingga mereka dan para pemimpinnya gagal menggekang setiap ideologi kufur yang datang dari luar,di antaranya ,
1) Mengukuhnya penjajahan dalam semua segi seperti bidang ekonomi ( riba jadi amalan ),bidang politik ( demokrasi yang menghancur ikatan persaudaraan sesama muslim ).
2)Terjadi pertelagahan antara negeri umat islam yang menguntung negara kufur seperti antara Iran dan Irak ,Indonesia dan Malaysia atau Irak dan Kuwait,( perang merebut kekuasan dan mempertahankanya )
3)Lemahnya kekuatan umat islam dalam menghadapi musuh,Nasionalisme membuat negeri umat islam sulit bersatu hingga tidak upaya menghadapi musuh yang nyata seperti pencerobohan Israel ke atas Gaza atau penjajahan Amerika keatas Iraq,( takut kepada tentera kufur lebih dari takut pada Allah Swt )
Kesombongan para pemimpin muslimin kini yang hidup mewah hasil merampas hak-hak umat akan menengelamkan mereka dalam kehinaan hidup didunia dan mereka saling berganti menanti azab akhirat yang dijanji ALLAH Swt.
Rabu, 11 Mac 2009
SPA LINTAH DI TODAY'S SRI ALAM ,MASAI
Dalam budaya masyarakat melayu ,terapi kecantikan yang selalu dilakukan meliputi pengunaan bahan semulajadi seperti skrub tumbuh-tumbuhan ,terapi batu panas,mandi susu dan mandi bunga,namun kini terdapat pendekatan baru yang di tawarkan oleh pekej spa perkhawinan iaitu rawatan bekam lintah, Rawatan ini adalah langkah bijak bagi memperkenalkanya kepada umum kerana ia secara langsung berfungsi sebagai rawatan kesihatan,Ia di percayai mampu merawat pesakit resdung,membuang angin dalam badan,mengurangkan sakit kepala ,sakit sendi dan sebagainya,Sebelum ini ramai yang takut-takut atau geli mencuba kaedah ini,namun impak yang positif dari tetismoni para perawatnya telah menjadikan rawatan bekam lintah bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia di Johor khususnya serta masyarakat melayu di Singapura dan Indonisia amnya,Bagi penduduk Masai ,Plantong dan Pasir Gudang yang mahu mencuba kaedah rawatan ini bolehlah mendapat khidmat rawatan dari puan zainon (013:7886938) di Today Market , Sri Alam ,Masai, Johor.
Selasa, 3 Mac 2009
BUKU ANTARA KEBENARAN & FITNAH
Tuduhan sesat merupakan satu langkah paling mudah di jadikan senjata oleh sesetengah pihak untuk mempertahankan diri atau mengangkat dirinya lebih baik dari yang lain,Walhal penuduh tahu tuduhan sesat tampa ilmu serta bukti dari perbuatan dan percakapan dari yang di tuduh boleh mengundang kemurkaan Allah swt,Persoalannya mengapa perkara ini berlaku sesama aqidah Islam ? sedangkan penuduh mendakwa dirinya berada dalam kebenaran tetapi melakukan fitnah sesama muslim tampa mengkaji kebenaran dari tuduhannya ? Siapakah penuduh menuduh didalam buku Al-Hidayah tulisan Mukhlas Al-Syarkuni seperti mana gambar di atas ? Saudara seaqidah ini telah menulis dan menuduh saudara seislam mereka di dalam pati politik HIZBUT TAHRIR tidak mempuyai takwin,Pembinaan dan pembentukan fasa dakwah seperti Rasullullah saw selama 13 tahun di Mekkah ,Walhal jika di perhatikan fasa dakwah HIZBUT TAHRIR adalah bertepatan dengan thoriqoh dakwah rasullullah dan berjaya berkembang keseluruh penjuru dunia tidak seperti pati politik penuduh ,Penuduh mendakwa HIZBUT TAHRIR tidak mempeduli ibadah dan amal ,Sedangkan jika di teliti syabab HIZBUT TAHRIR mengisi waktu hidupnya dengan beribadah ,berdakwah dan bila-bila masa boleh memberi ceramah baik di surau atau di masjid ,HIZBUT TAHRIR juga di tuduh menjauhkan diri dari melakukan amar makruf nahyi mungkar ,Sedangkan jika lihat di dada akbar tempatan dan luar negara saban hari ada sahaja berita yang memaklumkan seruan ,masiroh ,bantahan tiap kemaksiatan yang dilakukan para penguasa muslim dan non muslim di seluruh dunia oleh syabab HIZBUT TAHRIR berbanding pati politik penuduh ,Apakah erti semua tuduhan ini ? Adakah ini hasil kerja dari pengaruh pemimpin kufur untuk memusuhi sesama muslim ? Bertaubatlah wahai saudara ku dan ingatlah bahawa Abu Hurairah dan ibn Umar mengatakan bahawa rasulullah saw pernah bersabda " Sesiapa saja yang berkata kepada saudaranya (yang muslim) "hai kafir !" maka sesungguhnya tuduhan itu berlaku kepada salah seorang dari keduanya ,jika memang tuduhan itu benar,jika tidak tuduhan itu kembali ke pihak penuduh"(HR al- BUKHARI ,MUSLIM DAN AHMAD)
Langgan:
Catatan (Atom)