Perpatah Melayu ada mengatakan " Jika tiada angin manakan pohon boleh bergoyang " ini membuktikan tiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab musababnya,Sepertimana Krisis ekonomi yang merundum hari ini, Krisis ini pasti ada kaitan langsung dengan sikap dan tingkah laku kita yang pincang dan tersasar dari pelaksanaan aktiviti ekonomi yang syarie ,Jelas dari pandangan mata kita di mana setiap hari amalan ekonomi kapitalis yang batil dan langsung tidak bersandar kitabullah menjadi pandangan hidup serta rujukan umat islam ,Ini dapat di perjelaskan dari Hadis Rasullulah saw yang bersabda " Jika zina dan riba telah berlaku di suatu kampung maka sesungguhnya mereka telah menghalalkan diri mereka dari azab Allah swt " (HR ath-Thabrari dan al-Hakim),Dari peringatan Nabi yang kita rindui ini jelas baginda telah memperingatkan umatnya agar meninggalkan zina & riba ,Tetapi apa yang berlaku kini umatnya sendiri telah memalingkan muka dari teguran dan amanatnya, Mereka lebih berminat menuruti seruan para pemimpin dan penguasa mereka yang jihil lagi zalim yang berdiri hasil lantikanya ,Amalan zina telah menjadi santapan harian bagi mereka dan riba juga telah menjadi hidangan yang lazat untuk diratah setiap saat tampa timbul rasa berdosa disisi Allah swt.Untuk mengatasi krisis ini marilah kita bersama kembali kepangkal jalan dan hidup di bawah cahaya ilahi dengan dengan melaksanakan beberapa perkara diantaranya :1) Tegakkan Negara Khilafah kerana negara ini akan memelihara segala keperluan rakyat samaada muslim atau non muslim. 2) Kuat kuasakan pengharaman riba kerana riba adalah pemusnah segala harta dan hasil usaha. 3) Tubuhkan dewan di Baitul Mal yang menguruskan pinjaman tampa riba. 4) Kuat kuasakan tiap harta yang masih belum dimiliki ianya tidak boleh diedarkan dan setiap barang yang belum menjadi milik sesaorang di larang menjualnya di pasaran,5) Mata wang mesti bersandarkan Emas & Perak wang kertas boleh mewakilinya,6) Tidak dibenar sebarang spekulasi kerana ia akan merangsang nilai barangan,7)Sumber alam seperti Minyak ,Gas ,Balak adalah milik umum dan perlu dikembalikan kepada rakyat ,pehak swasta dan individu dilarang memilikinya.8) Para pegawai pemerintah di awasi ketat agar kedudukan mereka bukan menjadi punca kekayaan ( hasil rasuah ).Inilah beberapa perkara pokok yang perlu dilakukan sebagai langkah awal untuk mengatasi krisis ekonomi umat hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan