Jumaat, 6 Februari 2009

DALIL HADIS BEKAM RAWATAN ISLAMI

DA


Berbekam membawa maksud mengeluarkan darah dari mana-mana anggota tubuh badan dengan makanisma tertentu agar darah menjadi bersih dan kesihatan tubuh badan dapat dikembalikan,Rawatan bekam bukanlah sesuatu yang baru dalam perubatan Islam ,Ini dapat dibuktikan dari riwayat hadis oleh Imam,Bukhari,Muslim dan Nasai dari Jabir ibnu Abdillah r.a. yang bermaksud "jika ada sesuatu dari perubatan kamu yang lebih baik ,maka ia adalah dalam penetapan syarat Berbekam atau meminum minuman madu atau membakar dengan api yang sesuai dengan perubatan dan tiadalah aku menyukai membakar dengan besi panas ( ditempat yang sakit ), Dari Sababul wurud jelas mengambarkan maksud berbekam tidak pada tujuan yang lain melainkan membawa maksud teknik perubatan mengeluarkan darah-darah kotor dari tubuh badan pesakit ,Kini teknik berbekam menggunakan lintah begitu popular dan di yakini ramai keberkesaanya ,Lintah yang suatu ketika dahulu dilihat tidak bernilai kini menjadi bahan yang bernilai tinggi untuk di perdagangkan oleh para usahawan tempatan,Di Johor Baharu sahaja perkidmatan rawatan ini boleh di dapati beberapa tempat antaranya di Maydin , Bandar Baru Uda ,Pasar Peladang ,Skudai ,Pusat Bandar Pasir Gudang ,Tebrau,Pasar Borong Pandan ,Todays Market, Bandar Sri Alam Masai Dan beberapa tempat lain lagi,Semoga teknik rawatan ini terus mendapat sambutan & keyakinan dikalangan masyarakat Malaysia.

Tiada ulasan: