Jumaat, 27 Februari 2009

LAPORAN KURSUS LINTAH KALI KE 10




Alhamdulillah dah mencecah angka kali ke-10 kursus ternakan lintah ini berlangsung ,Ini bererti telah 10 bulan atau 10 kali perbincangan yang sama di sampaikan berulang kali ,Walaupun begitu masih tidak terbit perasaan jemu atau bosan bagi Man_jb yang menyampaikanya ,Ini dapat dilihat dari perbincangan yang bertenaga dan penerangan yang bersungguh-sungguh setiap kali kursus ternakan disampaikan , Man_jb hanya mengharapkan setiap penternak yang telah melalui kursus ini berjaya dalam usaha mereka ,Kejayaan ini sahaja yang mampu mengubat segala kepenatan dan keringat yang menitis sepanjang kursus berlangsung.Gambar diatas dapat memaparkan wajah ceria peserta kursus kali ke sepuluh yang lalu dan gambar kolam ternakan yang mempuyai media ternakan yang sesuai dengan habitat ini.

Rabu, 25 Februari 2009

KOSMO ,LINTAH SAMBUNG TANGAN PELUNCUR


Kosmo Rabu 25 Feb 2009 (ms 49 ) memaparkan kisah seorang peluncur ,Glenn Orgias dari Sydney yang di rawat oleh Doktor bedah dengan mengunakan Lintah bagi mencantumkan semula tangan peluncur air Australia yang hampir putus kerana cedera diserang seekor ikan jerung putih sepanjang 2.5 meter di Pantai Bondi pada 12 feb yang lalu,Dr Kevin Ho Seorang pakar bedah plastik berkata Orgias mungkin mampunyai harapan untuk sembuh walaupun tanganya tinggal 3 sentimeter untuk putus ,Beliau memuji rawatan mengunakan Lintah ini sebagai suatu keajaiban kecil walau hanya beberapa ekor Lintah sahaja di gunakan pengaliran darah Orgias kembali pulih seperti sedia kala.

Ahad, 22 Februari 2009

KAEDAH TANGANI KRISIS EKONOMI USAHAWAN LINTAH


Perpatah Melayu ada mengatakan " Jika tiada angin manakan pohon boleh bergoyang " ini membuktikan tiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab musababnya,Sepertimana Krisis ekonomi yang merundum hari ini, Krisis ini pasti ada kaitan langsung dengan sikap dan tingkah laku kita yang pincang dan tersasar dari pelaksanaan aktiviti ekonomi yang syarie ,Jelas dari pandangan mata kita di mana setiap hari amalan ekonomi kapitalis yang batil dan langsung tidak bersandar kitabullah menjadi pandangan hidup serta rujukan umat islam ,Ini dapat di perjelaskan dari Hadis Rasullulah saw yang bersabda " Jika zina dan riba telah berlaku di suatu kampung maka sesungguhnya mereka telah menghalalkan diri mereka dari azab Allah swt " (HR ath-Thabrari dan al-Hakim),Dari peringatan Nabi yang kita rindui ini jelas baginda telah memperingatkan umatnya agar meninggalkan zina & riba ,Tetapi apa yang berlaku kini umatnya sendiri telah memalingkan muka dari teguran dan amanatnya, Mereka lebih berminat menuruti seruan para pemimpin dan penguasa mereka yang jihil lagi zalim yang berdiri hasil lantikanya ,Amalan zina telah menjadi santapan harian bagi mereka dan riba juga telah menjadi hidangan yang lazat untuk diratah setiap saat tampa timbul rasa berdosa disisi Allah swt.Untuk mengatasi krisis ini marilah kita bersama kembali kepangkal jalan dan hidup di bawah cahaya ilahi dengan dengan melaksanakan beberapa perkara diantaranya :1) Tegakkan Negara Khilafah kerana negara ini akan memelihara segala keperluan rakyat samaada muslim atau non muslim. 2) Kuat kuasakan pengharaman riba kerana riba adalah pemusnah segala harta dan hasil usaha. 3) Tubuhkan dewan di Baitul Mal yang menguruskan pinjaman tampa riba. 4) Kuat kuasakan tiap harta yang masih belum dimiliki ianya tidak boleh diedarkan dan setiap barang yang belum menjadi milik sesaorang di larang menjualnya di pasaran,5) Mata wang mesti bersandarkan Emas & Perak wang kertas boleh mewakilinya,6) Tidak dibenar sebarang spekulasi kerana ia akan merangsang nilai barangan,7)Sumber alam seperti Minyak ,Gas ,Balak adalah milik umum dan perlu dikembalikan kepada rakyat ,pehak swasta dan individu dilarang memilikinya.8) Para pegawai pemerintah di awasi ketat agar kedudukan mereka bukan menjadi punca kekayaan ( hasil rasuah ).Inilah beberapa perkara pokok yang perlu dilakukan sebagai langkah awal untuk mengatasi krisis ekonomi umat hari ini.

Jumaat, 13 Februari 2009

Kip Mart Tampoi Ada Rawatan Lintah











Sebagaimana yang telah dijangkakan sebelum ini ,Rawatan bekam lintah benar-benar semakin mendapat kepercayaan sebahagian besar umat Islam dan bukan Islam di Malaysia ,Keyakinan yang lahir dari kesan rawatan yang mujarab itu telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan khidmat rawatan ini di ruang-ruang legar dan lot-lot pamiran di pasaraya utama sekitar bandaraya Johor Baharu,Terbaru man_jb sempat berkenalan dengan seorang yang berpengalaman 5 tahun dalam rawatan bekam AKUPUNTUR tetapi kini beliau ingin berkongsi pengalaman dan memberi khimatnya dalam rawatan bekam lintah di Kip Mart Tampoi,Beliau boleh dihubunggi di talian 019 7689090 dengan panggilan Master Imran ,Beliau akan memulai rawatannya pada 19 FEB 2009 - 18 MAC 2009,Antara rawatan yang ditawarkan adalah Bekam Lintah,Urutan Reflaksi ( akupuntur point ),Herba Khas Anugerah Alam,Bio Salt serta segelas air ( titisan syifa ) ,Kos rawatan dari beberapa pakej yang ditawarkan dari harga perkidmatan serendah RM 10,00 sehingga RM 70 ,00,Pakej rawatan ini difahamkan boleh membantu menyelesaikan beberapa masalah penyakit seperti Darah Tinggi,Kencing Manis,Gaut,Buasir,Batu Karang,Resdung,Salah Urat,Angin Huluran dan Angin Ahmar dan sebagainya,Kepada yang ingin mencuba rawatan ini boleh menghubungi beliau sebagaimana talian yang tertera diatas.

Jumaat, 6 Februari 2009

DALIL HADIS BEKAM RAWATAN ISLAMI

DA


Berbekam membawa maksud mengeluarkan darah dari mana-mana anggota tubuh badan dengan makanisma tertentu agar darah menjadi bersih dan kesihatan tubuh badan dapat dikembalikan,Rawatan bekam bukanlah sesuatu yang baru dalam perubatan Islam ,Ini dapat dibuktikan dari riwayat hadis oleh Imam,Bukhari,Muslim dan Nasai dari Jabir ibnu Abdillah r.a. yang bermaksud "jika ada sesuatu dari perubatan kamu yang lebih baik ,maka ia adalah dalam penetapan syarat Berbekam atau meminum minuman madu atau membakar dengan api yang sesuai dengan perubatan dan tiadalah aku menyukai membakar dengan besi panas ( ditempat yang sakit ), Dari Sababul wurud jelas mengambarkan maksud berbekam tidak pada tujuan yang lain melainkan membawa maksud teknik perubatan mengeluarkan darah-darah kotor dari tubuh badan pesakit ,Kini teknik berbekam menggunakan lintah begitu popular dan di yakini ramai keberkesaanya ,Lintah yang suatu ketika dahulu dilihat tidak bernilai kini menjadi bahan yang bernilai tinggi untuk di perdagangkan oleh para usahawan tempatan,Di Johor Baharu sahaja perkidmatan rawatan ini boleh di dapati beberapa tempat antaranya di Maydin , Bandar Baru Uda ,Pasar Peladang ,Skudai ,Pusat Bandar Pasir Gudang ,Tebrau,Pasar Borong Pandan ,Todays Market, Bandar Sri Alam Masai Dan beberapa tempat lain lagi,Semoga teknik rawatan ini terus mendapat sambutan & keyakinan dikalangan masyarakat Malaysia.

BANGKITLAH UMAT ISLAM




Umat Islam kini terus terposok ke lembah kehinaan dalam semua perkara,Kehinaan yang membelengu ini juga hadir dari sikap umat Islam yang tidak mahu yakin akan jalan keluar dari penghinaan ini ada ditangan-tangan mereka ,Kekalahan umat ini dengan umat yang lain bukan kekalahan dari bidang teknologi, Masih segar dalam ingatan kita bagaimana Iraq yang merupakan sebuah negara merdeka dan menguasai teknologi tinggi seperti nuklear dan senjata kimia lainya akhirnya dapat dihancurkan oleh negara Amerika dan kuncu-kuncunya.Mengapa ? Ini disebabkan umat Islam dan para pemimpin mereka mahu tunduk kepada hukum-hukum kufur internasional ,Hukum-hukum kufur yang menjadi amalan,sanjungan dan pujaan umat Islam para pemimpin kaum muslimin ini telah menjadi racun yang berbisa kepada kesedaran Aqidah islam yang diwarisi mereka selama ini,Hukum yang dicipta dengan sengaja oleh orang-orang kafir ini dipergunakan untuk memperbodohkan umat Islam dan para pemimpin mereka agar mereka ini terus tidak berupaya bangkit seperti kebangkitan umat islam yang dipimpin pemikiran ,perasaan dan hukum-hukum mereka sejak zaman kerasulan hingga keruntuhan Daulah Khilafah, Kini kegelapan sinar kebenaran benar-benar telah menjadi senjata yang mujarab untuk mengalahkan ekonomi,politik,pendidikan dan ketenteraan umat Islam keseluruhanya.Tiada jalan keluar yang hakiki yang mampu di lakukan umat Islam melainkan hanya kembali membersihkan pemikiran mereka dari karat-karat pemikiran kufur dan bersatu dibawah naungan Daulah Khilafah yang seruannya kini telah bergema di seluruh penjuru dunia .

Khamis, 5 Februari 2009

KEHILANGAN NAMA PESERTA KURSUS-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada peserta kursus Ternakan Lintah anjuran Usamayu Ent kali ke-7,Pehak penganjur memohon kemaafan kerana sehingga kini masih gagal menghantar Sijil kursus Ternakan Lintah kepada para peserta sebagaimana yang dijanjikan ,Kegagalan penghantaran ini disebabkan kehilangan maklumat yang diperlukan untuk pencetakan sijil .Harapan kami agar perserta kursus menghantar semula nama ,no kad pengenalan baru serta alamat pos ,Segala kesulitan dan kelewatan harap maaf.