BLOG PERKHIDMATAN PINDAH RUMAH,PEJABAT,BARANG PRODUK KILANG DI JB KE SELURUH SEMENANJUNG DENGAN LORI 1, 3 DAN 5 TON .
Jumaat, 5 Disember 2008
RAWATAN AIR KOLAM LINTAH
Sebulan yang lalu aku terkejut dengan kematian induk2 Lintah didalam kolam,Kematian sebegini banyak memang tidak pernah aku temui sebelum ini,Melihat suasana sebegini fikiran ku menjadi semakin runsing ialah kepada siapa ianya ingin diadukan ?,Lalu aku mengambil tindakan bertanya kepada para penternak lintah yang lebih berpengalaman dan telah berjaya dalan industri ini,Alhamdulillah mereka sanggup berkongsi maklumat dan pengetahuan dan memberi fomula yang berkesan untuk menangganinya,"Terima kasih daun keladi ada masaalah ku tanya lagi" Aku dimaklumkan agar mencampurkan cecair EM di dalam kolam ,Puas juga mencari tetapi tak berjaya lalu aku diperkenalkan produk BMO keluaran Koperasi Institut Pertanian Ayer Hitam oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor iaitu sejenis cecair yang sama fungsinya seperti EM,BMO yang mempuyai kandungan Bakteria fotosintetik,Bakteria laktik asid ,yis,actinomycen dan fungi penapaianya mampu menambah baik kesihatan binatang ternakan(lintah dsb)dan menghilang bau pada air kolam,BMO dijual pada harga RM 20,00 sahaja untuk tiap 1 liter dan nisbah pengunaan(1:1000)Dibubuh 2 kali sebulan,Hingga ke hari ini lintah2 yang kelihatan sugul telah kembali cergas seperti biasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan