Rabu, 24 Disember 2008

LAPORAN KURSUS LINTAH KALI KE 8







kursus kali kelapan yang dijangka berlangsung pada 21 dec telah dibatalkan oleh penganjur ,Ini adalah kerana tiada seorang pun yang membuat tempahan hingga ke saat akhir,Apakah punca hilangnya sambutan dari para usahawan ini ? Adakah kegawatan ekonomi global membuat kita mengubah pesepsi menjadi seorang yang tunggu dan lihat atau kesibukan persediaan anak-anak ke sekolah menghambat waktu kita mengurusinya atau telah hilang keyakinan rakyat Malaysia akan potensi habuan untuk para usahawan Lintah ?Walauapapun alasan yang di ke utarakan akhirnya kita akan dapat lihat bahawa sistem perekonomian yang menjadi hambatan kepada segala malapetaka ekonomi yang menghimpit kita di hari ini, Sistem ekonomi yang langsung tidak berpandukan ALQUARAN & SUNNAH menjadi duri dalam daging pada segala usaha yang kita lakukan.Selagi kita mendiamkan diri selagi itu sistem ini terus mencengkam setiap rezeki yang dianuggerahkan yang esa .Kita dijadikan alat mencari duit oleh pehak yang memerintah tampa kita sedari ,Setiap keringgat yang menitis ke bumi ada insan berkuasa yang merampasnya untuk di jadikan pendapatan bulanan bagi sajian kemewahan untuk anak dan isteri mereka,Bilakah tiba masanya untuk kita sedar dan ingin beruah cara hidup dan pemikiran kita didunia ini ?Berapa lamakah masa kita yang kita benarkan ia bergelumang dengan sistem kufur ini ? Begitu lah kitaran hidup kita yang di perhambakan oleh sesama manusia dengan teknik yang halus sehingga akhirnya kita sama-sama akan disemadikan tampa harta dan tampa kasih dan tampa cinta terhadap yang maha esa.

Tiada ulasan: