Isnin, 10 November 2008

MEDIA TERNAKAN LINTAH



Dewasa kini industri ternakan lintah telah menjadi perbualan disana sini,Ramai dikalangan mereka terpaut dengan desas desus keuntungan luar biasa hasil ternakan ini,Tetapi tahukah mereka siapakah dikalangan penternak ini yang telah benar-benar berjaya mendapatkan hasil ternakan ini ? Atau pernahkah kita melihat dari pandangan mata kita sendiri yang hasil ternakan itu dituai sebagaimana nelaya menjual hasil tangkapan mereka dipasar atau seperti para pesawah membanting padi hasil tanaman mereka atau hasil yang diperkatakan hanya desas desus dari pengiraan diatas kertas kerja sahaja,Jika diperhatikan ada dikalangan kita berkesempatan mencari ruang menambah pendapatan dengan menyediakan perkhimatan menternak lintah dangan menyediakan ruang ternakan dan tenaga kerja bagi melayan serta penyedian peralatan dan media ternakan, Dengan tiada pengalaman serta kejayaan dalam ternakan ini ,Meraka berani mengambil deposit dari para pelabur dengan menjanjikan keuntungan yang tidak pasti,Kesilapan yang paling besar para penternak ini adalah kesalahan penyedian MEDIA ternakan ,Kerana media ini perlu sesuai dengan kehidupan habitat ini,Jika suasana kehidupanya tidak bersesuaian mana mungkin hidupan ini boleh membiak dan membesar sebagaimana yang diimpikan oleh penternak dan para pelabur.

Tiada ulasan: