Rabu, 5 November 2008

DOKTOR RAWATAN LINTAH INDIA & TERNAKANYA




Kini ternakan lintah tidak lagi asing bagi masyarakat INDIA di Malaysia,Ramai dikalangan mereka telah terdedeh dengan industri ternakan lintah sejak pertengahan tahun ini,Mereka juga telah menghadiri berbagai kursus membina yang dianjurkan oleh para penganjur kursus swasta dari tatacara ternakan,pemprosesan hingga ke rawatan bekam,Sikap didikasi dan jatidiri mereka yang berusaha ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan dari bangsa lain yang lebih dibantu perlu dicontohi,Sikap buruk para pemimpin kini yang menyangjung idea kebangsaan serta memuja dan mengagong-agongkan sistem kufur yang membeza-bezakan layanan dan bantuan kepada mereka jelas bertentangan dengan aqidah ISLAM sebagaimana sabda rasulullah saw yang diriwayatkan oleh YAHYA BIN ADAM dalam kitab al-kharaj dengan maksud "Sesiapa sahaja yang telah menganiaya mu'ahid (kafir yang terikat perjanjian dengan negara islam) atau membebaninya dengan tidak sesuai dengan kemampuanya maka akulah yang menjadi pelindungnya hingga hari kiamat" Dalam hadis yang lain diriwayat oleh YAHYA BIN ADAM sabdanya "Aku mewasiatkan khalifah sepeningalan ku agar tetap menjaga ahli dzimmah semasa Rasulullah dengan baik agar mereka diberi sesuai dengan janji mereka,Mereka wajib dilindungi dan tidak boleh dibebani melebihi kemampuanya" Dari kedua hadis ini jelas hak kafir dzimmah tidak boleh dibeza-bezakan dalam warganegara DAULAH ISLAM haknya dengan hak kaum muslimin ,Darah ,nyawa dan Harta mereka dijamin keselamatan dan kesejahteraannya oleh para khalifah (kepimpinan umum umat islam)sebagaimana jaminan keselamatan dan kesejahteran yang dinikmati oleh warga muslim,Mereka juga terikat dengan hukum-hukam islam sebagaimana kaum muslimin dalam perkara UQUBAT dam MUAMMALLAT.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seandainya,
seorang daripada pelanggan
yang pernah dihisap darah
oleh lintah rawatan ini
berjangkit HIV kemudian
menghisap pelanggan seterusnya
adakah ini akan mengakibatkan
HIV dijangkiti pesakit ini?

man JB berkata...

Terima kasih pada yang bertanya,mengikut mana 2 tatacara perubatan ,setiap barang yang telah digunakan untuk rawatan tidak boleh digunakan semula ini termasuk jarum suntikan atau juga lintah,maka kejujuran menjadi teras utama dalam industri ini,wslm