Rabu, 26 November 2008

LAPORAN KURSUS LINTAH KALI KE 7


Alhamdulillah,Walaupun dihimpit berbagai masaalah kewangan yang lahir dari penerapan sistem ekonomi kapitalis yang rakus lagi zalim ini,Kehidupan ini perlu terus dibena dan dirancang sebaiknya agar kita tidak terus terpinggir dan jurang kekayaan akan terus melebar.Kursus Lintah kali ke 7 dihadiri 2 bangsa yang berlainan agama mengisi ruang dewan kursus anjuran USAMAYU ENTERPRISE,Kedua bangsa dan agama ini diikat dengan ikatan mafaat yang jelas terjalin sejak dibangku sekolah lagi,Selagi mafaat itu dapat dikongsi bersama selagi itu ikatan ini akan terus kukuh.Bagaimana sekiranya disuatu hari nanti apabila telah hilang mafaat ini ?

Sabtu, 22 November 2008

PRODUK LINTAH


Dewasa kini berbagai produk siap dari industri kecil dan sederhana telah beredar dipasaran Malaysia ,Produk ini telah berjaya menguasai sebahagian besar iklan-iklan dimedia cetak dan media eletronik,Produk perhiasan dan barangan kecantikan telah mendapat tempat dihati kaum hawa adalah yang paling laris kerana kaum ini semestinya mengutamakan kecantikan diri dari segalanya ,Bagi mereka wang bukan lagi menjadi masaalah utama ,Kejayaan pemasaran ini sepatutnya menjadi contoh kepada pengusaha produk lintah untuk mengikutinya,Jika diperhatikan adalah terlalu jarang produk-produk lintah diiklankan samaada di media cetak atau eletronik, Ini yang mejadi hambatan kepada para pengusaha untuk maju dalam industri ini ,Sedangkan pasaran yang luas dari kaum adam tersedia menanti,Kegagalan memperkenal dan mempromosi barangan keperluan ini perlu diperbaiki agar industi penternakan lintah dan pengeluaran produk siapnya dapat terus bertahan di Malaysia.
Produk MINYAK KHAZANAH ALAM ( Bekas bulat berwarna putih )ini dikeluarkan berkhasiat untuk menegangkan payu dara dan kecantikan kulit,Menyelesaikan masalah berkaitan pengaliran darah.Antaranya untuk salah urat,kebas anggota badan,seliuh,lebam,lenguh-lenguh,sakit sendi,sakit pinggang,masalah angin dan gatal-gatal.
Produk ( Bekas ungu tinggi ) ini berkhasiat untuk pengaliran darah bagi tenaga batin,salah urat,kebas anggota badan,seliuh,lebam,lenguh-lenguh,sakit sendi,sakit pinggang,masalah angin dan gatal-gatal.

Rabu, 19 November 2008

PAMIRAN & RAWATAN LINTAH



Sepanjang minggu ini ,PELINTAH telah diberi peluang oleh jabatan pertanian Negeri Sembilan mempamirkan produk hasil ternakan dan teknik rawatan lintah.Pamiran yang julung kali diadakan di MALAYSIA telah diadakan di Paroi,Negeri Sembilan.Pamiran ini telah berjaya menyuntik semangat ramai penternak lintah MALAYSIA yang selama ini diselubunggi kebimbangan akan pengiktirafanya oleh Jabatan Perikanan Malaysia.Kehadiran ribuan para pengunjung yang sanggup bersesak-sesak untuk melihat binatang ternakan ini dari dekat dan mafaatnya dalam kehidupan manusia sungguh diluar jangkaan.Selain aktiviti jualan produk dan pamiran berbagai peringkat umur lintah ,Para pengunjung juga boleh mendapatkan rawatan lintah yang turut diadakan disitu,Semoga industri ini mampu memberi mafaat kepada pengguna dan bersaing dipersada antarabangsa.

Isnin, 10 November 2008

MEDIA TERNAKAN LINTAH



Dewasa kini industri ternakan lintah telah menjadi perbualan disana sini,Ramai dikalangan mereka terpaut dengan desas desus keuntungan luar biasa hasil ternakan ini,Tetapi tahukah mereka siapakah dikalangan penternak ini yang telah benar-benar berjaya mendapatkan hasil ternakan ini ? Atau pernahkah kita melihat dari pandangan mata kita sendiri yang hasil ternakan itu dituai sebagaimana nelaya menjual hasil tangkapan mereka dipasar atau seperti para pesawah membanting padi hasil tanaman mereka atau hasil yang diperkatakan hanya desas desus dari pengiraan diatas kertas kerja sahaja,Jika diperhatikan ada dikalangan kita berkesempatan mencari ruang menambah pendapatan dengan menyediakan perkhimatan menternak lintah dangan menyediakan ruang ternakan dan tenaga kerja bagi melayan serta penyedian peralatan dan media ternakan, Dengan tiada pengalaman serta kejayaan dalam ternakan ini ,Meraka berani mengambil deposit dari para pelabur dengan menjanjikan keuntungan yang tidak pasti,Kesilapan yang paling besar para penternak ini adalah kesalahan penyedian MEDIA ternakan ,Kerana media ini perlu sesuai dengan kehidupan habitat ini,Jika suasana kehidupanya tidak bersesuaian mana mungkin hidupan ini boleh membiak dan membesar sebagaimana yang diimpikan oleh penternak dan para pelabur.

Rabu, 5 November 2008

DOKTOR RAWATAN LINTAH INDIA & TERNAKANYA




Kini ternakan lintah tidak lagi asing bagi masyarakat INDIA di Malaysia,Ramai dikalangan mereka telah terdedeh dengan industri ternakan lintah sejak pertengahan tahun ini,Mereka juga telah menghadiri berbagai kursus membina yang dianjurkan oleh para penganjur kursus swasta dari tatacara ternakan,pemprosesan hingga ke rawatan bekam,Sikap didikasi dan jatidiri mereka yang berusaha ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan dari bangsa lain yang lebih dibantu perlu dicontohi,Sikap buruk para pemimpin kini yang menyangjung idea kebangsaan serta memuja dan mengagong-agongkan sistem kufur yang membeza-bezakan layanan dan bantuan kepada mereka jelas bertentangan dengan aqidah ISLAM sebagaimana sabda rasulullah saw yang diriwayatkan oleh YAHYA BIN ADAM dalam kitab al-kharaj dengan maksud "Sesiapa sahaja yang telah menganiaya mu'ahid (kafir yang terikat perjanjian dengan negara islam) atau membebaninya dengan tidak sesuai dengan kemampuanya maka akulah yang menjadi pelindungnya hingga hari kiamat" Dalam hadis yang lain diriwayat oleh YAHYA BIN ADAM sabdanya "Aku mewasiatkan khalifah sepeningalan ku agar tetap menjaga ahli dzimmah semasa Rasulullah dengan baik agar mereka diberi sesuai dengan janji mereka,Mereka wajib dilindungi dan tidak boleh dibebani melebihi kemampuanya" Dari kedua hadis ini jelas hak kafir dzimmah tidak boleh dibeza-bezakan dalam warganegara DAULAH ISLAM haknya dengan hak kaum muslimin ,Darah ,nyawa dan Harta mereka dijamin keselamatan dan kesejahteraannya oleh para khalifah (kepimpinan umum umat islam)sebagaimana jaminan keselamatan dan kesejahteran yang dinikmati oleh warga muslim,Mereka juga terikat dengan hukum-hukam islam sebagaimana kaum muslimin dalam perkara UQUBAT dam MUAMMALLAT.

PELAWAK @ PENTERNAK LINTAH



Hari ini aku diperkenalkan dengan seorang pelawak terkenal di MALAYSIA,Pertemuan dan perbincangan singkat ini telah menyentuh pemikiran ku kerana luahan dan kelohan untung nasib rakan2 mereka sebagai seorang artis yang tiada jaminan dihari tua sebagaimana rakan-rakan mereka yang merintih simpati untuk meneruskan kehidupan ini,Ialah hidup dibawah sistem kufur kapitalis yang jelas menyisihkan sistem yang lahir dari kitabullah dan hadis rasullullah serta bersikap zalim terutama pada mereka yang tiada sanggup berkhidmat dibawah pemerintah yang tidak syarie ini,Sungguh jauh kesedaran dan ilmu ISLAM para pemimpin kaum muslimin kini dibanding zaman para KHALIFAH yang mentakbir dunia selama 13 abad dengan penuh keberkatan ilahi,Mereka hanya tahu merampas ,memaksa ,merompak,samaada dengan rela atau terpaksa harta2 rakyat yang lemah dan tiada pembelaan serta menafikan hak-hak mereka yang berhak menikmati limpahan rezeki yang ditentukan ilahi dikehidupan dunia ini,mereka diibarat bagaikan HABIS MADU SEPAH DIBUANG ,Justeru itu PELAWAK ini telah mengambil langkah awal terjun kedunia ternakan lintah untuk menampung keperluan hidupnya dihari tua kelak,Gambar diatas menunjukan saudara Abon sedang diberi taklimat dari pengusaha lintahtiram serta diiringi para pembantunya ditapak kolam lintah miliknya dan gambar ke-2 diambil ketika beliau melawat kolam lintah persendirian milik pengusaha lintahtiram di Sg Tiram ,Johor.