Ahad, 16 Mac 2008

Pelawat Yang Dihormati

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Sejak aku memulakan projek bulan lepas, aku menerima ramai pelawat dan aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelawat. Khamis lepas beberapa orang pelawat baru telah melawat kolam aku, antaranya adalah:

1.Tuan Mizlan b Juki (berbaju T-shirt round neck warna putih dan tunjuk gaya peace), Pegawai daripada Gempada (Gempur dadah: Bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan), Pasir Gudang.


2. Tuan Muhammad Yusof bin Hussain (pakai vest), Penyelia pusat aktiviti kanak-kanak JB, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah JB. Jangan main-main, dia ni OL: Orang Lama...


3. Tuan Haji Tamizi (Pakai T shirt warna merah, yeke, warna maroon kot), Pengetua Tadika Pintar Bistari, Pasir Gudang, Johor.


4. Dua orang pembantu dan pengiring Tuan Muhammad Yusof bin Hussain dan Tuan Haji Tamizi

Tujuan utama lawatan Tuan Mizlan adalah untuk mengkaji potensi penternakan lintah sebagai satu perusahaan untuk bekas penagih dadah di Pasir Gudang, semoga penternakan lintah ini menjadi sumber pendapatan kepada bekas penagih dadah.

Tuan Haji Tamizi pun sebenarnya berkesedaran untuk membantu bekas-bekas penagih dadah, itulah sebab dia turut serta dalam lawatan ini.

Manakala Tuan Muhammad Yusof merupakan pengurus program-program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah sekitar JB. Aku bagi cadangan supaya lepas sesi motivasi, para pelajar dibawa untuk melawat kolam lintah supaya semangat keusahawanan dalam diri mereka dapat dibentuk sambil memberi amaran kepada pelajar-pelajar jangan degil di sekolah, kalau tidak kena celup dalam kolam lintah (gurau je).....

Kelihatan Pendekar (pekerja aku yang rajin) sedang melatih lintah bagaimana hendak mengkarate pasu menggunakan Silat Jawa Kabupaten...

Tiada ulasan: