Pagi Minggu yang Gelap
Pagi tadi aku dengan kawan-kawan bercadang untuk berburu lintah di kampung Lukut Kota Tinggi, dengar berita ada orang bela kerbau di sana. Tapi sebelum itu, kenalah jenguk kolam untuk ambil semua perkakas dan alat-alat yang diperlukan. Jemput jenguk gambar kawasan kolam setelah di 'extreme makeover' oleh pekerja aku yang bergelar Pendekar. Lepas ni, harap-harap pelawat akan merasa lebih selesa ketika melawat kolam lintah.
Induk-induk lintah sedang ber"aksi", waktu ini tak boleh diganggu, kalau ganggu alamat tak jadilah benih-benih atau anak lintah yang baru. Jangan jolok brader, tengok boleh.
Bukan Bereksperimen
Ini bukan proses membuat jeruk batang pisang, tapi proses menyerap bisa-bisa (bahan kimia) daripada simen. Ini petua orang rewang (kenduri). Sebelum berlepas cari lintah aku kena beli ikan keli daripada jiran sebelah. Aku beli dalam lima ekor, tiga bagi makan lintah dalam kolam, dua lagi buat umpan untuk berburu lintah.
Setelah sampai di kampung Lukut Kota Tinggi, kitaorang pun carilah kawasan bekas kubang kerbau, kitaorang pun cubalah cari tapi takdapat seekor pun. Rupa-rupanya kerbau kampung Lukut adalah kerbau liar bukan kerbau bela dan bukan juga kerbau sarkis, jadi memang susah nak agak tempat berkubang dia yang sebenar. Kitaorang ambil keputusan untuk teruskan perjalanan ke Teluk C, Desaru untuk beraksi dalam acara yang lain.
Teluk C dalam Peta Dunia
Sebenarnya aku ada rumah nelayan di Teluk C, Desaru. Pantainya cantik dan landai sejauh mata memandang. Nama dia Teluk C sebab bentuknya hampir-hampir menyerupai huruf C (sorilah kalau tak nampak sebab kamera aku tak boleh tangkap semua angle, kalau tak percaya datanglah ke Teluk C).Satu hari nanti kalau pengusaha, penternak, pemborong, pembekal dan usahawan lintah satu Malaya nak buat persidangan atau BBQ, ini tempat yang agak sesuai.
Sempat juga aku berbual dengan member lama (nama dia Man juga: duduk sebelah kanan sekali). Penampilan dia ada iras-iras Ramli Sarip, Man Teluk C ni duduk Felda tapi kalau musim ke laut dia turunlah. Sayang sekali ikan laut sudah habis kena borong, kalau tak malam ni aku makan tuka bakar takpun bawal masak kicap.
Oklah kitaorang nak balik semula ke JB, apalah agaknya yang member aku pikir tu, tapi kitaorang semua berazam untuk cari lubuk lintah kat kawasan Selatan Johor sampai dapat, jika Teluk C berubah menjadi Teluk D sekalipun kitaorang tidak akan berhenti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan