Rabu, 19 Mac 2008

Jementah

Jementah merupakan sebuah kawasan di daerah Segamat, yang menarik perhatian tentang Jementah ni adalah asal-usul namanya, cuba baca petikan daripada Wikipedia:

Origin of name


Origin of nameThere are two versions of stories of how Jementah got its name. The first version was during the foundation of a village which later became Jementah town center, some villagers complained, "Jemu, jemu, jemu! Asyik-asyik menebas lalang saja!" which literally meant that they felt bored for only cutting long grasses, and the others replied, "Entah, entah, entah!" (I don't know, I don't know, I don't know!). From the Malay words jemu and entah, local residents believed that the combination of those words formed the word Jementah.

Another version stated that the villagers were bored and tired of removing leechesjemu and lintah which means leech in Malay formed the word Jementah. which sucked their blood when they were working, and therefore the combination of the words

Ahad, 16 Mac 2008

Rawatan Lintah Dalam Pembedahan

Agak-agaknya adakah doktor bedah di Malaysia sudah menggunakan lintah dalam operasi pembedahan?, kalau belum aku rasa kita telah mengabaikan anugerah Tuhan kepada bumi Malaysia. Mungkin doktor tidak yakin menggunakan lintah dalam rawatan kerana imej negatif rakyat Malaysia tentang lintah, yalah, derma darah selalunya dikaitkan dengan 'menyelamatkan nyawa' dan sifat-sifat ke'hero'an, akan tetapi makhluk yang bergelar lintah ini hidup (menambah populasi) dengan menyedut darah daripada manusia atau makhluk lain yang berdarah. Keadaan menjadi lebih buruk apabila ia sering dikaitkan dengan ilmu santau seperti mana yang dapat ditonton daripada filem-filem seram. Ini adalah pandangan negatif yang perlu kita kikis dalam masyarakat kita. Mungkin kita sebagai pengusaha lintah perlu bersama-sama bersidang dan menghantar surat protes kepada pembikin filem dan masyarakat supaya jangan 'over' dalam mengaitkan lintah dengan apa jua bentuk kengerian.

Artikel di bawah menunjukkan kepada kita penggunaan lintah dalam pembedahan di Turki. Minta maaf jika ada doktor-doktor atau sesiapa sahaja yang telah membaca dan merasakan artikel terjemahan ini mengalami banyak fakta yang tidak tepat sebab aku cuba menggunakan bahasa yang paling mudah (laymen terms).
Rumusan, Seorang lelaki berumur 45 tahun mengalami avulsi (terkoyak dan terputus) pada dua pertiga bahagian atas telinga kanannya. Bahagian yang terkoyak telah disambung semula, tidak lama kemudian pembekuan darah dapat dilihat pada bahagian yang telah disambung semula. Lintah jenis Medicinal (setahu aku cuma terdapat di bahagian Asia tenggara) telah di gunakan untuk merawat masalah pembekuan darah.
24 jam selepas pembedahan, kesan darah beku yang serius dapat dilihat


48 jam selepas pembedahan, 8 ekor lintah telah digunakan, seekor setiap lapan jam. Kesan ketara serta merta dapat dilihat selepas lintah yang pertama.


72 jam selepas pembedahan, rawatan diteruskan seperti diatas....


6 hari selepas pembedahan, bahagian yang telah disambung semula menunjukkan tanda-tanda positif untuk mengalami proses penyembuhan secara semulajadi


Dua bulan selepas pembedahan, proses penyembuhan telah sempurna..

Pelawat Yang Dihormati

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Sejak aku memulakan projek bulan lepas, aku menerima ramai pelawat dan aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelawat. Khamis lepas beberapa orang pelawat baru telah melawat kolam aku, antaranya adalah:

1.Tuan Mizlan b Juki (berbaju T-shirt round neck warna putih dan tunjuk gaya peace), Pegawai daripada Gempada (Gempur dadah: Bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan), Pasir Gudang.


2. Tuan Muhammad Yusof bin Hussain (pakai vest), Penyelia pusat aktiviti kanak-kanak JB, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah JB. Jangan main-main, dia ni OL: Orang Lama...


3. Tuan Haji Tamizi (Pakai T shirt warna merah, yeke, warna maroon kot), Pengetua Tadika Pintar Bistari, Pasir Gudang, Johor.


4. Dua orang pembantu dan pengiring Tuan Muhammad Yusof bin Hussain dan Tuan Haji Tamizi

Tujuan utama lawatan Tuan Mizlan adalah untuk mengkaji potensi penternakan lintah sebagai satu perusahaan untuk bekas penagih dadah di Pasir Gudang, semoga penternakan lintah ini menjadi sumber pendapatan kepada bekas penagih dadah.

Tuan Haji Tamizi pun sebenarnya berkesedaran untuk membantu bekas-bekas penagih dadah, itulah sebab dia turut serta dalam lawatan ini.

Manakala Tuan Muhammad Yusof merupakan pengurus program-program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah sekitar JB. Aku bagi cadangan supaya lepas sesi motivasi, para pelajar dibawa untuk melawat kolam lintah supaya semangat keusahawanan dalam diri mereka dapat dibentuk sambil memberi amaran kepada pelajar-pelajar jangan degil di sekolah, kalau tidak kena celup dalam kolam lintah (gurau je).....

Kelihatan Pendekar (pekerja aku yang rajin) sedang melatih lintah bagaimana hendak mengkarate pasu menggunakan Silat Jawa Kabupaten...

Rabu, 12 Mac 2008

Buat Research Sikit

Baru baru nie aku buat research sikit, aku jumpa dua paper daripada UTM mengenai pemprosesan Hirudin daripada lintah. Paper ni dalam bahasa Melayu, kajian tersebut telah dibuat pada tahun 1992 dan 1993. Aku tak jumpa yang terbaru, harap-harap dengan perkembangan pesat ternakan lintah pada masakini akan menghidupkan semula kajian pakar-pakar tempatan tentang lintan. Sesiapa yang berminat bolehlah follow link dibawah:
http://eprints.utm.my/4854/
http://eprints.utm.my/5197/

Selasa, 11 Mac 2008

Pembatalan Pengumuman

Sila abaikan pengumuman saya sebelum ini, no telefon saya 019 7710101 telah dapat diselamatkan...Alhamdulillah. Sila hubungi nombor lama saya.

Isnin, 10 Mac 2008

Pengumuman

Nombor telefon aku telah bertukar kepada 014 2716660 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maaf jika terdapat sebarang kesulitan yang timbul........

Ahad, 2 Mac 2008

Aktiviti Hari Minggu


Pagi Minggu yang Gelap


Pagi tadi aku dengan kawan-kawan bercadang untuk berburu lintah di kampung Lukut Kota Tinggi, dengar berita ada orang bela kerbau di sana. Tapi sebelum itu, kenalah jenguk kolam untuk ambil semua perkakas dan alat-alat yang diperlukan. Jemput jenguk gambar kawasan kolam setelah di 'extreme makeover' oleh pekerja aku yang bergelar Pendekar. Lepas ni, harap-harap pelawat akan merasa lebih selesa ketika melawat kolam lintah.

















Induk-induk lintah sedang ber"aksi", waktu ini tak boleh diganggu, kalau ganggu alamat tak jadilah benih-benih atau anak lintah yang baru. Jangan jolok brader, tengok boleh.















Bukan Bereksperimen

Ini bukan proses membuat jeruk batang pisang, tapi proses menyerap bisa-bisa (bahan kimia) daripada simen. Ini petua orang rewang (kenduri). Sebelum berlepas cari lintah aku kena beli ikan keli daripada jiran sebelah. Aku beli dalam lima ekor, tiga bagi makan lintah dalam kolam, dua lagi buat umpan untuk berburu lintah.

















Kerbau Apa?

Setelah sampai di kampung Lukut Kota Tinggi, kitaorang pun carilah kawasan bekas kubang kerbau, kitaorang pun cubalah cari tapi takdapat seekor pun. Rupa-rupanya kerbau kampung Lukut adalah kerbau liar bukan kerbau bela dan bukan juga kerbau sarkis, jadi memang susah nak agak tempat berkubang dia yang sebenar. Kitaorang ambil keputusan untuk teruskan perjalanan ke Teluk C, Desaru untuk beraksi dalam acara yang lain.

Teluk C dalam Peta Dunia

Sebenarnya aku ada rumah nelayan di Teluk C, Desaru. Pantainya cantik dan landai sejauh mata memandang. Nama dia Teluk C sebab bentuknya hampir-hampir menyerupai huruf C (sorilah kalau tak nampak sebab kamera aku tak boleh tangkap semua angle, kalau tak percaya datanglah ke Teluk C).Satu hari nanti kalau pengusaha, penternak, pemborong, pembekal dan usahawan lintah satu Malaya nak buat persidangan atau BBQ, ini tempat yang agak sesuai.

Sempat juga aku berbual dengan member lama (nama dia Man juga: duduk sebelah kanan sekali). Penampilan dia ada iras-iras Ramli Sarip, Man Teluk C ni duduk Felda tapi kalau musim ke laut dia turunlah. Sayang sekali ikan laut sudah habis kena borong, kalau tak malam ni aku makan tuka bakar takpun bawal masak kicap.


Oklah kitaorang nak balik semula ke JB, apalah agaknya yang member aku pikir tu, tapi kitaorang semua berazam untuk cari lubuk lintah kat kawasan Selatan Johor sampai dapat, jika Teluk C berubah menjadi Teluk D sekalipun kitaorang tidak akan berhenti.