Sabtu, 27 September 2008

Selamat Menyambut "Idul Fitri"




Ramadhan bakal meninggalkan kita, Syawal bakal disambut dengan kalimah takbir,tahlil dan tahmid tanda kejayaan melawan hawa nafsu selama sebulan.Namun marilah bersama-sama kita merenung sejenak dengan beberapa persoalan;
1)Adakah kita telah meraih al falaah(kemenangan)yang sebenarnya ?
2)Adakah umat islam sudah terlepas daripada belenggu hukum kufur ?
"Wahai kaum muslimin" Berakhir Ramadhan bukanlah bererti berakhirnya perjuangan untuk meningkatkan ketaqwaan,Marilah bersama-sama kita berusaha untuk mengembalikan hukum-hukum Islam di muka bumi ini dengan menerapkan syariat Islam.Firman ALLAH "Apa sahaja yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah dan bertakwalah kerada ALLAH"(al-Hasyr:7)
"Wahai kaum muslimin"Sesungguhnya,Umat islam itu berkongsi satu Aqidah,satu Quran,satu Nabi dan Satu kesatuan serta satu Kepimpinan....marilah kita tinggalkan segala asyobiah,Bersatulah dibawah naungan Daulah Khilafah,Agar ISLAM itu Dimuliakan dan ditinggikan serta kita dijauhi dari azab ALLAH Swt,Inilah kemenangan hakiki kepada umat ISLAM,"TIADA KEMULIAN TAMPA SYARIAT ISLAM""TIADA ISLAM TAMPA SYARIAT" Maka "SIRNALAH SYARIAT TAMPA DAULAH KHILAFAH" Selamat Menyambut "IDUL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Salam Orang Jauh (Cepat 4 jam Dari Malaysia)

Assalamualaikum

Pertama sekali saya nak minta maaf pada man_jb sebab "hijacked" blog lintahtiram, malas rasanya nak buat blog baru, takut tak ada masa nak update akhirnya terbengkalai. Jangan marah ye...bulan puasa kena banyakan bersabar. Lagipun inilah masanya nak beritahu kawan-kawan perkembangan terkini bekas moderator lintahtiram. Moderator lintahtiram yang baru siapa ya?

Lokasi Sebenar

Bandar utama tempat persinggahan adalah Palmerston North, paling hampir dengan Wellington, New Zealand. Suasana sejuk sepanjang masa, sekarang ni musim bunga, suhu antara 10-16 C. Angin bertiup kencang hampir setiap masa (lihat windfarm kat bawah) menambahkan lagi aura sejuk. Traffic kat sini antara yang terbaik sebab mungkin tak ramai orang sangat, pandu kereta selaju 50 km/h adalah satu tabiat, tapi kalau kat Malaysia buang tebiat namanya, confirm kena hon orang belakang. Di sini tiada restoran ala-ala restoran mamak di Malaysia yang ada skrin besar kat luar (sebab sejuuuk duduk luar). Makan di luar pun mahal, kadang-kadang tu bolehlah, tapi kalau makan di luar selalu, hujung bulan terpaksa makan roti loooo.



Rumah Sewa

Sekarang ni saya duduk kat Masjid di bandar Palmerston North (Manawatu Muslim Asscociation), mungkin ramai orang Malaysia kata: "Apasal kau duduk kat Masjid, merempat ke!". Sebenarnya kat Masjid ni ada bilik sewa, kebetulan ada bilik kosong (hanya untuk orang bujang sahaja) dan sekarang ni ada kawan-kawan muslim dari Afrika, Arab dan Mongolia. Antara kelebihan duduk kat sini ialah sewa murah (Kalau Datuk Bandar Palmerston North tahu dia mesti nak duduk sini) dan boleh jumpa brother-brother muslim yang ada di sini. Dapur ada, boleh masak sendiri, bulan puasa ni kurang masak sebab hampir setiap hari ada orang bawa makanan untuk berbuka di Masjid, saya ikut serta tiap kali berbuka. Macam-macam jenis makanan daripada pelusuk negeri-negeri umat Islam saya dah rasa, tapi setakat ni nampaknya orang Arab tak suka makan pedas, agaknya apa akan jadi kalau saya bagi diorang makan sambal belacan?


Universiti

Universiti jauh sikit daripada rumah saya, tapi kalau guling-guling pun boleh sampai, kalau naik bas lebih kurang 30 minit, saya naik bas free sebab ada student id, nama universiti: Massey University, bidang yang paling kuat di sini ialah biotech, food technology, dan Animal Vet (paling top di NZ). Bidang saya cenderung kepada Electromagnetic Sensor. Penduduk kat NZ tak ramai, dalam 4 juta, nisbah kambing dan manusia ialah 4:1, mungkin sebab tu Massey University guna kepala kambing sebagai logo dia, bagi penghormatan buat penghuni majoriti di sini. Nasib baik kambing ni Allah tak bagi akal, kalau ada akal dah tentu diorang ada kesedaran siyasah (politik) lepas tu asyik tegur manusia: "Kenapalah kau ni berperangai macam binatang, asyik ikut nafsu je" (teguran buat diri saya juga). Sembahyang kat Massey University pun tiada masalah sebab ada Islamic Center (Masjid), student-student undergaduate dari Malaysia buka puasa di sini. Sebenarnya kalau nak dicampur student undergraduate dan postgraduate daripada Malaysia boleh tahan jumlahnya.




Antara Sungai Manawatu, Windfarm dan Bunga Sakura

Bandar Palmerston North dan Massey University di pisahkan oleh sungai Manawatu, panjangnya saya tak tahu, lebar dia ada dalam 180 langakh (saya dah check pakai langkah saya sendiri). Dalam gambar tu dari jauh atas bukit (sorry ek kena teropong sikit) nampak macam kipas-kipas kecil sebenarnya adalah electric generator guna tenaga angin, dari jauh nampak kecil tapi sebenarnya besar, saya tak sempat pergi sana lagi, ada masa saya pergi. Sekarang ni musim bunga sakura, bunga sakura ni tahan 2 minggu je lepas tu dia gugur. Macamana diorang boleh ada bunga sakura pun saya tak tahu, mungkin di bawa daripada Jepun atau Jepun ambil dari NZ, entahlah.





Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Apa pun terjadi di sini, biarlah semuanya saya ambil sebagai pengalaman berguna, nak minta orang Malaysia kirim makanan susah sikit sebab Imigresen NZ ni "poyo" sikit, macam-macam tak boleh masuk NZ. Apapun nak minta 'kirim' doa, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin, kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Rindunya pada orang Malaysia dan suasananya. Wassalam.

Mohd Amri b Md Yunus
81 Cook Street
Palmerston North 4410
New Zealand
amri@fke.utm.my

Rabu, 24 September 2008

NUZUL QURAN



ALLAH Swt amat menyayangi mahluk2nya oleh itu ia melantik manusia yang dicipta dengan penuh keistimewaan dengan dianugerahkan akal dan diberikan panduan (al quran )yang mampu membeza yang mana yang betul dan yang mana yang salah untuk digunakan bagi menguruskan segala yang ditundukan kepada manusia termasuk manusia itu sediri,haiwan melata,tumbuh-tumbuhan,barang galian samaada pepejal atau cecair,bahan api termasuk udara dan cahaya.

Tetapi malangnya panduan yang turunkan hanya tinggal nama yang terpahat didinding-dinding rumah, dijadikan pameran-pameran sejarah dan dipuja pada hari-hari tertentu untuk diambil nilai kerohanianya lebih-lebih lagi pada hari ALQURAN itu diturunkan (nuzul quran).

Kenapakah matlamat sebenar Al-QURAN diturunkan disisihkan?

Kenapakah hukum-hukum yang disyariatkan tidak lagi diamalkan dalam kehidupan kita? Di manakah hinanya panduan hidup ini?

Apakah istimewanya idea-idea yang keluar dari akal manusia yang lemah mengambil kedudukan kebijaksanaan ALLAH swt?

Sampai bilakah kita akan tunduk dan terus berdiam diri dikelilingi berbagai musibah dan jenayah kemanusiaan yang lahir hasil penerapan sistem hidup kufur yang lemah dan rosak ini?

Adakah kita rasa bahawa diri kita tidak dipersalahkan dan tidak diazab oleh ALLAH Swt kerana kita berdiam diri dan bersekongkol dengan pemimpin yang lalai dan benci melaksanakan tanggongjawabnya menerapkan hukum-hukum ALLAH Swt kepada kita semua yang merinduinya iaitu KHILAFAH & SYARIAH?

Sabtu, 20 September 2008

UPAH PEKERJA LINTAH




Para Majikan perlu terlebih dahula menjelaskan kadar upah tiap pekerja agar tidak ada rasa ragu dan ketidak puasan hati para pekerja dengan majikanya,Kerana Nabi saw bersabda "Apabila salah seorang diantara kalian mengambil seorang pekerja maka hendaklah dia memberitahu upahnya kepada pekerjanya"

Upah yang dijanjikan boleh berbentuk harta(wang),jasa,tenaga,makanan atau pakaian,Sebagaimana ALLAH swt berfirman "Dan kewajiban bagi ayah untuk memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang maruf"(AL-Baqarah 233),Maka jelas kadar upah perlu dimaklumkan sejelas-jelasnya agar tidak lahir kekaburan dan permusuhan antara kedua pihak dan makruh hukumnya apabila mengupah pekerja sebelum terjadi kesepakatan tentang gaji bagi pekerjanya,Setelah pekerja melakukan kerjanya maka ia berhak mendapatkan gajinya atau apabila pekerjaanya telah selesai melakukan kerjanya wajib segera dibayar upahnya ,Rasullullah bersabda "Tiga orang yang aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah orang yang bersumpah kerana aku lalu berkianat dan orang yang menjual orang merdeka lalu ia makan lebihan harganya serta orang yang mengupah pekerja kemudian pekerja itu menunaikan pekerjaanya sedangkan upahnya tidak diberikan"(h.r Imam Bukhari dari Abu Hurairah)

Moga perbincangan ringkas ini mampu meningkatan ketaqwan dan rasa tanggongjawab kita wahai para majikan agar tiap perkatan dan perbuatan kita terpelihara dari di azab oleh ALLAH swt diakhirat kelak,

Khamis, 18 September 2008

Kesan Kehadiran Ramadhan


Mari kita menghalusi puasa yang kita lalui ketika ini,Dengan tidak menipu diri ini dan masyarakat jelas kita perhatikan bahawa puasa yang kita lalui tidak mendatangkan apa-apa kesan ketaqwaan pada tiap diri kita ,Datang dan perginya Ramadhan tidak mengubah pemikiran dan tingkah laku kita ,Keperibadian kita masih ditakuk yang lama seperti sebelum kehadiran Ramadhan ,Peribadatan yang dilaksanakan laksana satu lakonan keimanan yang terancang pada ALLAH swt,Memang kita mengharapkan agar ibadah itu diterima disisinya tetapi adakah jika kita terus melakukan kekufuran dan kemaksiatan sesudah berlalunya Ramadhan maka Ibadah kita akan diterima olehnya ,
Jika diperhatikan ,Rasullah dan para sahabat mengisi amalan-amalan Ramadhan dengan amal-amal yang besar dengan menyebar luas kebaikan islam di dalam masyarakat,
Perang Badar dan Pembebasan Mekah serta menghilangkan halangan dan penjajahan kafir quraisy keatas kaum musliman dari menerima cahaya kebenaran berjaya dilaksanakanya,Rasullah mengubah sistem ekonomi,sistem pemerintahan,sistem sosial dan seluruh peraturan kufur seperti mana yang kita lihat pada hari ini kepada sistem yang disyariatkan dalam kitabullah yang kita hari ini juga tidak dapat melihat dan menikmatinya,
Justeru itu sepatutnya kehadiran ramadhan ini mampu meningkat ketaqwaan kita dan mengukuhkan usaha kita untuk mengembalikan KHILAFAH & SYARIAH sebagaimana yang telah dilakukan Rasullallah dan Para sahabatnya ,WSLM.

Rabu, 17 September 2008

Laporan Kursus Ternakan Lintah Tiram 5


Dibulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini dimana tiap amalan kita dijanjikan gandaan oleh ALLAH swt tetapi berapa ramai diantara kita yang yakin akan janji-janji ini,Keyakinan ini dapat man_jb terjemahkan dengan kehadiran para peserta kursus lintah tiram-5 yang begitu merosot ,walau bagaimanapun penyampaian yang bersemangat dan minat ingin tahu para peserta yang hadir telah menghidupkan suasana suram ini menjadi cukup ceria dan moga ilmu yang dikongsi menjadi garis panduan yang bernilai dan mampu membawa kejayaan sebagaimana yang dicita-citakan,

Isnin, 15 September 2008

PEMBIAKAN LINTAH



Ramai pengusaha LINTAH kini menjaja kata-kata untuk memerangkap dan memperdaya kenalan bahawa mereka adalah penternak LINTAH yang berjaya. Walaupun sebelum ini tiada sejarah ditempat itu yang mereka ini pernah menternak LINTAH dan berjaya memperolehi hasil darinya,

Berbagai janji-janji manis ditabur bagi meyakin pemilik modal agar melabur dengan mereka, ada yang sanggup menawar perkhimatan serendah RM 1400.00 untuk satu tangki poly dan ada juga yang mengenakan bayaran setinggi RM 22,000,00 untuk kolam kanvas.

Para peserta juga taburi kata-kata manis dengan hasil yang lumayan dari pembiakan anak-anak LINTAH yang luar batas kemampuanya. Adalah mustahil seekor lintah boleh menghasilkan anak sebanyak 200 hingga 300 ekor dalam satu kokon (kepongpong). Berdasarkan kajian oleh penternakpenternak yang berpengalaman, hanya 10 hingga 40 ekor sahaja anak LINTAH mampu dihasikan oleh seekor induk lintah setiap kali is bertelur.

Man_jb bimbang akan lahir rasa tidak puas hati, ditipu dan tercetus permusuhan di antara pemodal dan pengusaha jika perkara ini tak diperjelas sebaiknya. Lebih-lebih lagi para perasaan para pemodal yang ditaburi janji keuntungan yang terlalu besar hingga mencecah angka RM 6,000 hingga RM 20,000,00 untuk setiap tangki poly 200 gelan yang mereka labur.Mereka juga dimaklumkan tiap tangki akan membenihkan anak-anak lintah sebanyak 60000 ekor yang setelah 6 bulan pembesaranya menghasikan lebih kurang 200 kilo dan tiap kilo akan dibeli seharga RM 100,00,inilah kata-kata yang memerangkap dan melonglaikan hati rakan taulan yang mendengar janji-janji manis para pengusaha ini,Moga penjelasan ini mampu memberi pandangan yang berguna untuk pemodal,