Isnin, 8 September 2008

Penternakan Lintah sambil sambilan



Pada hujung minggu yang lalu, sempatlah juga pergi ke negeri jelapang padi di utara tanahair atas urusan perniagaan. Pada waktu ayng sama, aku sempat melawat kenalan lama yang aku kenali ketika beliau bertugas di kuala lumpur suatu ketika dahulu, dalam kunjungan yang singkat ini beliau sempat menunjukkan pada aku akan kolam-kolam ternakan lintah yang diusahakannya sendiri di Alor Star secara kecil kecilan di belakang rumah saudaranya, bermodal kecil cukup untuk beliau membeli beberapa pembetung kongkrit, paip pvc ,span dan tikar plastik.

Beliau telah berjaya membuat beberapa buah kolam untuk ternakan lintah, lintah-lintah beliau cari sendiri di paya dan sawah-sawah terbiar disekitar kediamanya. Alhamdulilah beliau mampu menternak lintah dengan baik setakat ini walaupun tidak pernah menghadiri mana-mana kursus ternakan lintah yang dianjurkan oleh individu atau syarikat di serata MALAYSIA.

Rabu, 3 September 2008

Deria Lintah Mengkagumkan



Assalamualaikum,Beberapa minggu yang lalu sewaktu mengendalikan kursus di kolam lintah di sungai tiram dan dihadiri oleh peserta kursus, telah berlaku satu peristiwa baru dan menarik.

Dalam kesibukan melayan persoalan yang diajukan bertubi tubi oleh peserta kursus, tanpa disedari cuaca petang yang terang dan redup itu tiba-tiba berubah menjadi hujan ribut berserta petir dan guruh. Semua orang yang berada di situ terpaksa berlari mencari perlindungan dibangsal yang telah di dirikan oleh Pendekar(nama pekerja). Dalam keributan dan dentuman guruh yang sambung menyambung, kami terkejut melihat satu fenomena baru dan luarbiasa. Puluhan malah hampir ratusan induk dan anak lintah telah merangkak keluar dari kolam batu yang sebelum ini difikirkan selamat dengan permukaan lepaan kasar sahaja.

Suasana yang hingar bingar dari dentuman petir berhenti sejam kemudian. Aku dan para peserta segera melakukan operasi mencari dan menangkap mana yang mampu dilihat merangkak melarikan diri hingga ke jalan raya dan longkang berhampiran. Pengajaran berguna dari peristiwa ini: kaedah yang lebih baik dan selamat untuk penternakan lintah lintah menggunakan kolam simen perlu difikirkan dimasa akan datang.

Selasa, 12 Ogos 2008

RAMADAN AL-MUBARAQ


Assalamualaikum kepada kaum muslimin dan muslimat tak kira berada di mana, Atas kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut kehadiran bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadan al-mubaraq, pertingkatan peribadatan dan ketaqwaan kita selama ini pada ALLAH SWT moga amalan kita di dunia ini diterima di sisiNya dan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

Isnin, 11 Ogos 2008

Kolam LINTAH Kanvas


Salah satu kaedah ternakan Lintah secara besar besaran adalah menggunakan kolam Kanvas. Penggunaan kolam ini memang mampu menyediakan ruang yang luas untuk pembiakan lintah dan pengawalan mutu air tetapi ada beberapa perkara perlu diambil berat oleh para penternak yang memilih kaedah ini terutamanya dalam aspek keselamatan bahan binaan dan musuh-musuh ternakan. Kedua-dua perkara ini menjadi faktor penting menentukan kejayaan para penternak.

Kebelakangan ini banyak keluhan dan rungutan kedengaran disana sini akibat kegagalan mutu binaan kolam yang dicadangkan oleh juru runding mereka serta musuh ternakan yang tidak terkawal merosakan pembiakan ternakan dan ternakan itu sendiri dimakan oleh pemangsa yang hadir tampa kawalan. Justeru itu amatlah penting bagi usahawan baru mengkaji secara mendalam apakah kaedah atau cara yang sesuai agar masaalah ini dapat diatasi dengan baik.

Rabu, 6 Ogos 2008

Pemandangan Pantai Teluk C


Inilah Pantai Teluk C yang indah lagi landai sejauh lebih kurang tiga ratus meter, Ombak yang kecil membolehkan kanak kanak bermain tampa bimbang, pasirnya yang padat membolehkan kenderaan dipandu ke pergigi pantai ,Hasil laut yang ditangkap oleh Nelayan tempatan menanti pelancong membelinya dengan harga pangkal jauh lebih murah dari harga pasaran ,Kunjungilah jika ada kesempatan waktu untuk menikmatinya.

Isnin, 4 Ogos 2008

Berita pilu dari teluk C



Hujung minggu yang lalu terlintas dihati ini untuk menyelam dan bermain laut di pantai paling indah yang pernah ku nikmati ketenangan dan kejernihanya iaitu pantai teluk C.Di pantai ini dikelilingi pondok pondok nelayan untuk mereka melepaskan lelah setelah penat bersabung nyawa dilaut lepas selepas seharian mencari nafkah yang diwajibkan keatas tiap insan bernama lelaki,malangnya kehidupan mereka yang selama ini damai telah dihantui mimpi nyata yang merunsingkan apabila hadir insan insan yang menerapkan hukum rimba dengan meroboh pondok pondok usang tempat mereka berlindung dari udara sejuk yang mencengkam tulang dan dari hujan dan panas yang tiada insan yang sanggup meredahinya ,jika disitu terdapat rumah yang didiami Ibu Bapa mereka apakah mereka akan merobohkan jua pondok pondok tersebut ? segala keamanan yang dinikmati mereka selama ini telah diragut dengan rakus oleh mereka yang dipangil saudara seagama ,pada ku dicurahkan seluruh rintihan dan kesedihan yang terbuku dihati bak kata perpatah DAH JATUH DITIMPA TANGGA .Moga disedikit waktu ini akan berdiri seorang pemimpin dari seorang lelaki yang berupaya melaksana hukum2 syarak serta menjadi tempat untuk seluruh insan berlindung dibelakangnya dan mengembalikan hak hak mereka yang dimusnah dan dirampas oleh pemerintah yang menerap peraturan kufur yang menzalimi sesama manusia ,amin.

Anak anak lintah sihat membesar


Dalam usaha mempelbagaikan umur ternakan lintah aku telah mengambil keputusan untuk membeli benih benih lintah untuk dibesarkan menjadi induk lintah ,ini adalah satu kaedah yang paling jimat dari segi kos dan menyeronokan apabila melihat benih benih lintah ini membesar dihadapan mata .