Selasa, 3 Mac 2009

BUKU ANTARA KEBENARAN & FITNAH






Tuduhan sesat merupakan satu langkah paling mudah di jadikan senjata oleh sesetengah pihak untuk mempertahankan diri atau mengangkat dirinya lebih baik dari yang lain,Walhal penuduh tahu tuduhan sesat tampa ilmu serta bukti dari perbuatan dan percakapan dari yang di tuduh boleh mengundang kemurkaan Allah swt,Persoalannya mengapa perkara ini berlaku sesama aqidah Islam ? sedangkan penuduh mendakwa dirinya berada dalam kebenaran tetapi melakukan fitnah sesama muslim tampa mengkaji kebenaran dari tuduhannya ? Siapakah penuduh menuduh didalam buku Al-Hidayah tulisan Mukhlas Al-Syarkuni seperti mana gambar di atas ? Saudara seaqidah ini telah menulis dan menuduh saudara seislam mereka di dalam pati politik HIZBUT TAHRIR tidak mempuyai takwin,Pembinaan dan pembentukan fasa dakwah seperti Rasullullah saw selama 13 tahun di Mekkah ,Walhal jika di perhatikan fasa dakwah HIZBUT TAHRIR adalah bertepatan dengan thoriqoh dakwah rasullullah dan berjaya berkembang keseluruh penjuru dunia tidak seperti pati politik penuduh ,Penuduh mendakwa HIZBUT TAHRIR tidak mempeduli ibadah dan amal ,Sedangkan jika di teliti syabab HIZBUT TAHRIR mengisi waktu hidupnya dengan beribadah ,berdakwah dan bila-bila masa boleh memberi ceramah baik di surau atau di masjid ,HIZBUT TAHRIR juga di tuduh menjauhkan diri dari melakukan amar makruf nahyi mungkar ,Sedangkan jika lihat di dada akbar tempatan dan luar negara saban hari ada sahaja berita yang memaklumkan seruan ,masiroh ,bantahan tiap kemaksiatan yang dilakukan para penguasa muslim dan non muslim di seluruh dunia oleh syabab HIZBUT TAHRIR berbanding pati politik penuduh ,Apakah erti semua tuduhan ini ? Adakah ini hasil kerja dari pengaruh pemimpin kufur untuk memusuhi sesama muslim ? Bertaubatlah wahai saudara ku dan ingatlah bahawa Abu Hurairah dan ibn Umar mengatakan bahawa rasulullah saw pernah bersabda " Sesiapa saja yang berkata kepada saudaranya (yang muslim) "hai kafir !" maka sesungguhnya tuduhan itu berlaku kepada salah seorang dari keduanya ,jika memang tuduhan itu benar,jika tidak tuduhan itu kembali ke pihak penuduh"(HR al- BUKHARI ,MUSLIM DAN AHMAD)

2 ulasan:

WUZARA berkata...

Kadang-kadang saya pun pelik. Belajar agama ditimur tengah, kononnya beriya-iya perjuangkan Islam, tapi bab hukum hakam tak pula jaga.

Ada kalanya kita berhujah dengan ustad begini, hujah mereka cukup dangkal. Maka mereka akan menyerang membabi buta dan memfitnah begini. Sampai ada yang bermusuhan, tak mahu bertegur sapa.
tetapi sebagai orang Islam, kita tidak boleh membalas cacian mereka dengan cacian. Maka bersabarlah kita.

Nampaknya budaya memfitnah ini mula sampai ke Malaysia. Saya berharap ada pihak yang dapat besemuka dengan penulis buku tersebut dan memberi penjelasan mungkin atas kesalahfahamannya. Semoga Allah mengampuni dosa beliau dan dosa kita dan memimpin kita kearah kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

itulah manusia. syaitan yg menjadi musuh seumur hidup ini tidak akn pernah lupa mengganggu gugat anak adam utuk melakukan dosa dan fitnah.lalu, siapa sahaja yg terlalai, maka kesempatan akan diambil oleh si syaitan ini.persaan hasad,dengki,ujub, riak dan takbur boleh saja muncul dalam diri sesiapa sahaja.kerana itu, para alimin, terutamanya haruslah cuba memasung sifat2 mazmumah dan hasutan2 jahat syaitan yg meniupkan rasa benci kepada saudaranya sendiri. Ya Allah, Allahummaghfirlana dzunubana...dan ya Allah, kau tunjukilah mereka pada jalan yg benar dan jauhkan mereka dari godaan syaitan.