Ahad, 16 Mac 2008

Rawatan Lintah Dalam Pembedahan

Agak-agaknya adakah doktor bedah di Malaysia sudah menggunakan lintah dalam operasi pembedahan?, kalau belum aku rasa kita telah mengabaikan anugerah Tuhan kepada bumi Malaysia. Mungkin doktor tidak yakin menggunakan lintah dalam rawatan kerana imej negatif rakyat Malaysia tentang lintah, yalah, derma darah selalunya dikaitkan dengan 'menyelamatkan nyawa' dan sifat-sifat ke'hero'an, akan tetapi makhluk yang bergelar lintah ini hidup (menambah populasi) dengan menyedut darah daripada manusia atau makhluk lain yang berdarah. Keadaan menjadi lebih buruk apabila ia sering dikaitkan dengan ilmu santau seperti mana yang dapat ditonton daripada filem-filem seram. Ini adalah pandangan negatif yang perlu kita kikis dalam masyarakat kita. Mungkin kita sebagai pengusaha lintah perlu bersama-sama bersidang dan menghantar surat protes kepada pembikin filem dan masyarakat supaya jangan 'over' dalam mengaitkan lintah dengan apa jua bentuk kengerian.

Artikel di bawah menunjukkan kepada kita penggunaan lintah dalam pembedahan di Turki. Minta maaf jika ada doktor-doktor atau sesiapa sahaja yang telah membaca dan merasakan artikel terjemahan ini mengalami banyak fakta yang tidak tepat sebab aku cuba menggunakan bahasa yang paling mudah (laymen terms).
Rumusan, Seorang lelaki berumur 45 tahun mengalami avulsi (terkoyak dan terputus) pada dua pertiga bahagian atas telinga kanannya. Bahagian yang terkoyak telah disambung semula, tidak lama kemudian pembekuan darah dapat dilihat pada bahagian yang telah disambung semula. Lintah jenis Medicinal (setahu aku cuma terdapat di bahagian Asia tenggara) telah di gunakan untuk merawat masalah pembekuan darah.
24 jam selepas pembedahan, kesan darah beku yang serius dapat dilihat


48 jam selepas pembedahan, 8 ekor lintah telah digunakan, seekor setiap lapan jam. Kesan ketara serta merta dapat dilihat selepas lintah yang pertama.


72 jam selepas pembedahan, rawatan diteruskan seperti diatas....


6 hari selepas pembedahan, bahagian yang telah disambung semula menunjukkan tanda-tanda positif untuk mengalami proses penyembuhan secara semulajadi


Dua bulan selepas pembedahan, proses penyembuhan telah sempurna..

Tiada ulasan: