Sejak beberapa bulan kebelakangan ini ,sering kedengaran rungutan dari ahli-ahli yang terlibat dalam kontrak farming lintah,Mereka kesemuanya tidak berpuas hati dengan alasan dan jawapan yang diberikan oleh tauke kontrak farming apa bila ditanya bila nak tuai hasil ?.Ada di kalangan mereka memberikan jawapan yang lucu dan tidak masuk akal seperti katanya "Lintah banyak hilang kerana dimakan hantu ",bagi tokey kontrak farming yang berpendidikan lain pula alasan yang diberi kepada para peserta dan ahlinya antaranya "pemanasan global mempengaruhi pembiakan lintah"walauapa pun jawapan yang diberi oleh tokey Lintah ini yang pasti para ahli telah membelanjakan puluhan juta ringgit wang mereka dengan rela secara menipu daya untuk melabur kedalam industri ternakan lintah yang tidak jelas keberhasilanya , Mereka ini sepatutnya diberi pembelaan oleh negara kerana ia benar-benar lalai mengawal dan memberhentikan industri kontrak farming dari merebak dan merugikan banyak pihak.kini segala harapan tinggal harapan, ramai tokey kontrak farming telah lari dari tanggongjawab mereka,meraka hanya tinggalkan poly tank dan beberapa alat ternakan untuk diusahakan sendiri oleh ahli2 mereka.
BLOG PERKHIDMATAN PINDAH RUMAH,PEJABAT,BARANG PRODUK KILANG DI JB KE SELURUH SEMENANJUNG DENGAN LORI 1, 3 DAN 5 TON .
Ahad, 23 Ogos 2009
LORI SEWA 3 TON & KONTRAK FARMING DIKHIANATI
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini ,sering kedengaran rungutan dari ahli-ahli yang terlibat dalam kontrak farming lintah,Mereka kesemuanya tidak berpuas hati dengan alasan dan jawapan yang diberikan oleh tauke kontrak farming apa bila ditanya bila nak tuai hasil ?.Ada di kalangan mereka memberikan jawapan yang lucu dan tidak masuk akal seperti katanya "Lintah banyak hilang kerana dimakan hantu ",bagi tokey kontrak farming yang berpendidikan lain pula alasan yang diberi kepada para peserta dan ahlinya antaranya "pemanasan global mempengaruhi pembiakan lintah"walauapa pun jawapan yang diberi oleh tokey Lintah ini yang pasti para ahli telah membelanjakan puluhan juta ringgit wang mereka dengan rela secara menipu daya untuk melabur kedalam industri ternakan lintah yang tidak jelas keberhasilanya , Mereka ini sepatutnya diberi pembelaan oleh negara kerana ia benar-benar lalai mengawal dan memberhentikan industri kontrak farming dari merebak dan merugikan banyak pihak.kini segala harapan tinggal harapan, ramai tokey kontrak farming telah lari dari tanggongjawab mereka,meraka hanya tinggalkan poly tank dan beberapa alat ternakan untuk diusahakan sendiri oleh ahli2 mereka.
Rabu, 12 Ogos 2009
LORI SEWA 3 TON & AMPUNAN ALLAH SWT PADA ISTERI YANG TAAT
Hari ini ramai dari kalangan ibu bapa mengharapkan kelahiran anak-anak yang solleh ,para suami mengharapkan isteri-isteri solleha sebagai sahabat dalam kehidupan,pergaulan di antara mereka bukanlah pergaulan dalam ikatan perkongsian sebagaimana perkongsian kedua belah pihak dalam satu perniagaan,Islam membentuk keduanya menjadi sahabat sejati dalam segala perkara baik dalam suasana suka atau duka,Persahabatan ini dapat memberikan kedamaian diantara satu dengan yang lain sebagaimana Allah Swt berfirman "Di antara tanda-tanda kekuasaanya ialah dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri supaya kalian merasa senang kepada mereka serta menciptakan di antara kalian rasa kasih sayang",
Hari ini tersangat sukar untuk di temui dalam masyarakat kita para suami atau isteri yang mampu memupuk rasa kasih sayang dalam ikatan perkhawinan mereka ,Adakah ianya berpunca dari hilangnya keyakinan keatas janji Allah Swt keatas para Isteri yang taat pada suaminya ? Atau kurangnya pendidikan Islam yang di ajar selama ini kepada mereka keduanya? walauapapun persoalanya seorang Isteri yang mentaati suaminya selagi tidak melakukan maksiat pada Allah Swt akan mendapat pengampunan dosa dan keredhanya di dunia dan di akhirat sebagaimana kisah yang di riwayat bersumber dari Anas r.a. Ada seorang suami yang melakuakn perjalanan sementara isterinya di larang untuk keluar rumah,satu ketika orang tuanya jatuh sakit dan dia kemudian meminta izin kepada Rasulullah untuk menziarah ayahnya akan tetapi Rasulullah melarangnya agar ia terus taat pada arahan suaminya,Tidak lama kemudian ayahnya meninggal dunia dan sekali lagi dia meminta izin pada rasulullah dan rasulullah juga tidak membenarkan dan meminta dia taat pada arahan suaminya,Setelah itu turun wahyu kepada nabi saw " sesungguhnya aku telah mengampunkan dosa-dosanya kerana ketaatanya kepada suaminya"
Sungguh istimewa kedudukan seorang Isteri dan mudahnya mereka untuk mendapat pengampunan dan keredhaan dari Allah Swt ,Tetapi malangnya siapakah di kalangan isteri-isteri kita yang meyakini sirah ini ? lebih-lebih lagi peristiwa seperti ini tidak pernah di siarkan di TV,Radio ataupun di persembahan di panggung-panggung negara !.Walauapapun sekalung tahniah dari baginda nabi saw keatas para isteri yang berjaya dalam mengharunggi kehidupan dengan keredhaan suaminya sebagaimana sabda rasul saw "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan puasa di bulan ramadhan dan menjaga kemaluanya dari yang haram serta taat kepada suaminya, maka akan di persilakan masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang ia sukai." HR Ahmad dan Thabarani
-
Rabu, 5 Ogos 2009
LORI SEWA 3 TON & PERANAN KAUM HAWA DALAM MASYARAKAT
Tanggungjawab utama seorang perempuan dalam sebuah masyarakat adalah di dalam rumah tangganya.Sedangkan peranan utama perempuan adalah menjadi seorang ibu kepada anak2 dan isteri pada suaminya, Sesungguhnya mengatur urusan rumah tangga dan mengasuh anak-anak adalah tanggungjawab yang amat berat dan juga mulia. Bila seorang perempuan ingin berkerja dimana dia yakin pekerjaan itu tidak menganggu tanggung jawab utamanya sebagai pengurus rumah tangga maka syariah membenarkanya ,Antara bidang yang boleh di ceburi seperti sektor pertanian,industri ataupun perniagaan, Selain itu wanita juga boleh memiliki harta peribadi samaada harta bergerak mahupun tidak bergerak seperti rumah atau kebun pertanian,Walaubagaimanapun wanita tidak di benarkan syarak berkerja di bidang yang mengeksploitasi ciri-ciri kewanitaanya seperti perayu jualan,model iklan,peragawati,pelayan serta menjawat jawatan tinggi dalam pemerintahan seperti presiden,menteri yang memutuskan sesuatu keputusan kerana Rasulullah saw telah mengecualikan wanita dari tanggungjawab pemerintahan ini ,Pada saat putri Kisra ,Raja persia dinobat sebagai pemerintah ,Rasulullah saw bersabda " Tidak akan beruntung suatu kaum apabila mereka menyerahkan pemerintahanya kepada seorang perempuan "( HR al- Bukhari)
Langgan:
Catatan (Atom)