Jumaat, 30 Januari 2009

LINTAH RAWATAN ALTERNATIF


Perasaan geli geleman , benci dan takutnya masyarakat Malaysia kepada spesis lintah ini semakin hari semakan pudar,Ini dapat dibuktikan dengan sambutan yang hangat oleh para pesakit terhadap pusat-pusat rawatan lintah yang kini tumbuh bak cendawan busut selepas hujan disekitar tanah air untuk mendapat rawatan alternatif ini,Lintah yang dahulunya merupakan spesis hidupan liar yang tiada bernilai disisi masyarakat Malaysia kini telah menjadi barang dagangan dan perkhidmatan yang menguntungkan serta terbukti kemafaatanya,Penemuan khasiat perubatan yang luar biasa dan menakjubkan ini telah memberi peluang sumber rezeki dan pekerjaan kepada para usahawan tempatan ,Antara bidang pekerjaan yang lahir dari industri ini adalah seperti Penternakan Lintah,Broker Pemasaran, Khidmat Rawatan Lintah,Industri Peralatan Kecantikan,Perjualan Belut dan Keli serta Baja Pemakanan (cikopet) ,Barangan serta peralatan membina kolam-kolam dan sebagainya ,Dengan perkembangan drastik industri ini sebenarnya secara tidak langsung memberi cabaran kepada para penternak lintah khususnya di Malaysia ini adakah mereka benar-benar berkeupayaan mampu dan berjaya menjadi penternak dan pengeluar kepada spesis lintah yang semakin pupus digunakan secara meluas di masa hadapan ?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

abg man! saya da g kursus lintah tahun lepas tmpt abg man.. nape xdpt2 lg sijil tu.. cakap da siap sijil nk call x call2 pon.. kawan2 saya msg abg tye pasal sijil abg x jawab lak.. ckp org laen penipu.. abg pon same je.. buang mase je g kursus sijil pon xdpt..