Jumaat, 30 Januari 2009

LINTAH RAWATAN ALTERNATIF


Perasaan geli geleman , benci dan takutnya masyarakat Malaysia kepada spesis lintah ini semakin hari semakan pudar,Ini dapat dibuktikan dengan sambutan yang hangat oleh para pesakit terhadap pusat-pusat rawatan lintah yang kini tumbuh bak cendawan busut selepas hujan disekitar tanah air untuk mendapat rawatan alternatif ini,Lintah yang dahulunya merupakan spesis hidupan liar yang tiada bernilai disisi masyarakat Malaysia kini telah menjadi barang dagangan dan perkhidmatan yang menguntungkan serta terbukti kemafaatanya,Penemuan khasiat perubatan yang luar biasa dan menakjubkan ini telah memberi peluang sumber rezeki dan pekerjaan kepada para usahawan tempatan ,Antara bidang pekerjaan yang lahir dari industri ini adalah seperti Penternakan Lintah,Broker Pemasaran, Khidmat Rawatan Lintah,Industri Peralatan Kecantikan,Perjualan Belut dan Keli serta Baja Pemakanan (cikopet) ,Barangan serta peralatan membina kolam-kolam dan sebagainya ,Dengan perkembangan drastik industri ini sebenarnya secara tidak langsung memberi cabaran kepada para penternak lintah khususnya di Malaysia ini adakah mereka benar-benar berkeupayaan mampu dan berjaya menjadi penternak dan pengeluar kepada spesis lintah yang semakin pupus digunakan secara meluas di masa hadapan ?

Rabu, 21 Januari 2009

SAAT GENTING KONTRAK LINTAH FARMING




Cepat sungguh waktu berlalu ,Perasaan gerun dan bimbang ini pasti dirasakan oleh insan yang ada sedikit rasa tanggongjawab mereka pada ahli2 kontrak farming ,Segala pahit ,manis & maung dari janji dan kata2 pasti dapat dizahirkan sedikit waktu lagi ,6 bulan lalu ianya ditunggu2 dengan penuh kesabaran dan debaran oleh para pelabur yang pasti mengharapkan pulangan modal dan keuntungganya sekali ,Berbagai perancangan dan janji manis pasti telah ditabur oleh para pelabur pada anak2 dan isteri2 mereka ,Mereka yang terus tersenyum penuh yakin akan pulangan keuntungan sebagaimana yang dijanjikan hasil dari pelaburan lampau,Bagaimanakah situasi mereka sekiranya apa yang diharapkan selama 6 bulan lalu tidak menjadi kenyataan ? Apakah mereka telah bersedia menghadapi sebarang kehilangan wang ringgit yang telah di korbankan ,Adakah mereka telah bersedia menghadapi kemungkinan yang akan di dimaklumikan? Walau apa pun yang pasti tokey kontrak faming mereka ini sama-sama tiada pengalaman dalam industri ini dan mereka juga belum pernah berjaya menjual hasil ternakan mereka walau seberat 1 kg pun dari ternakan mereka dan mereka juga masih terus membuat kajian akan kaedah sebenar hidupan ini agar ternakan lintah ini mampu menyumbang pendapatan para ahli2 mereka dimasa akan datang.

Selasa, 20 Januari 2009

LAPORAN KURSUS LINTAH KALI KE 9


Alhamdulilah masih ada sinar lagi bagi industri ternakan Lintah di Negeri Johor ini, Walaupun dunia dilanda krisis ekonomi hasil penerapan sistem ekonomi kapitalis yang rakus lagi korap itu.Kehadiran para peserta yang tidak seberapa dapat menghidupkan perkongsian maklumat dan pengalaman dalam kursus ternakan ini,Biar pun bilangan yang sedikit tetapi tumpuan dan perhatian yang di berikan cukup memberangsangkan , Kini industri ini telah diminati oleh berbilang bangsa tidak lagi di monopoli oleh bangsa melayu sahaja sebagaimana beberapa bulan yang lalu,Kehadiran beberapa peserta dari bangsa Tionghua telah membuktikan kenyataan ini.

Khamis, 15 Januari 2009

LAPORAN MESYUARAT PELINTAH JOHOR




Alhamdulilah ,Di panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah rahmatnya segala perancangan yang di atur dalam kerangka mesyuarat berjalan lancar, suasana harmoni dari ahli penternak yang berbagai bangsa di Johor begitu mengharukan. Jutaan kemaafan dipohon bagi pihak yang gagal tiba pada waktu yang ditetapkan, semoga situasi seperti ini tidak berulang lagi di mesyuarat akan datang.


Keputusan mesyuarat & perlantikan ajk sebulat suara :

AJK Utara( Segamat/ Muar) : Hairum bin Malik (013-7155276)

AJK Tengah (Yong Peng/ Ayer Hitam/Keluang) : En. Saifudin bin Abdul Hamid (013-7830245)

AJK Zon Timur (Pontian/Batu Pahat ): Mohd Hazali (017-7693078)

AJK Zon Barat (Mersing/Kota Tinggi) : Saflizal (019-7938131)

AJK Selatan (Kulai/Johor ): Tan Swee Ann (016-7234847)

AJK (Negeri Johor) : Norazman (019-7710101)


Perkara-perkara berbangkit :

1. Isu berkaitan kematian lintah di dalam tangki kanvas.

2. Teknik penternakan lintah yang betul telah diperjelaskan oleh YDP pelintan, En Zulkifli bin Abd Wahab.

3. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Alias bin Abd Aziz.

4. Gambar-gambar di atas diambil semasa mensyuarat diadakan.

Rabu, 7 Januari 2009

JEMPUTAN MESYUARAT PENTERNAK LINTAH JOHOR











Slm, Satu mesyuarat yang dianjurkan oleh persatuan penternak lintah @ PELINTAH akan di adakan pada 14 jan 2009 di CHAAH, JOHOR jam 9 15 pm yang di pengerusikan sendiri oleh YDP PELINTAH,Bertempat di no 8 ,tingkat 1, jalan keledang,taman damai jaya 2,chaah ,segamat,( belakang public bank )sebarang kepastian tempat boleh hubunggi di talian 013 6477517 ,Justeru itu di jemput para penternak untuk sama-sama menghadirkan diri bagi membincangkan berbagai perkara untuk kebaikan bersama antaranya pemilihan AJK kecil yang mewakili setiap daerah di Negeri Johor ,Perancangan Promosi,Logistik,Training,Roadshow,Pejabat Persatuan dan meninjau peluang yang ada di dalam industeri ternakan ini ,Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan pada AJK NEGERI JOHOR saudara Nor Azaman di talian 019 7710101 ,Sekian

Selasa, 6 Januari 2009

Jumaat, 2 Januari 2009

PROMOSI TERNAKAN LINTAH





Dewasa kini banyak kisah kejayaan para penternak lintah di paparkan di dada-dada akbar tempatan,Kisah pengalaman mereka sebagai usahawan hingga kejayaan yang telah diraih menjadi buruan para wartawan ,Ada diantara mereka menjadi sumber maklumat untuk para pelajar institut pengajian tinggi yang membuat kajian dalam kehidupan ini,Pendek kata siapa yang berjaya memang mudah menjadi GLAMOR di malaysia ini, oleh itu jadilah usahawan yang berjaya yang berdiri sendiri tampa bergantung pada Riba Bank yang indah diluar tetapi busuk didalam, Konsep ingin berniaga dengan cara berhutang adalah tidak sesuai kerana ia boleh menjadikan kita lalai dan tiada niat ingin bersaing dengan sihat