Rabu, 8 Oktober 2008

SERUM LINTAH HERMAPRO



Minggu kedua syawal yang lalu ,Saya berkesempatan berkenalan dengan penternak Lintah berbangsa TIONG HUA di negeri pantai timur,Beliau memperkenalkan dirinya sebagai DR LIM LIAN NGEE dan telah menghabiskan setengah abad usianya berkhidmat sebagai DR VETERINA di negara ini,Maka tidak hairanlah dari perbincangan yang berlangsung ,Beliau mampu menguasai dan mengetahui secara mendalam dunia kehaiwanan kerana sokongan pengalaman dan ilmu yang selama ini menjadi rutin pekerjaanya,Dikesempatan itu saya bertanya tentang kebenaran pengunaan dan fungsi SERUM HERMAPRO yang hangat dipasaran sekarang ini kerana harga pasaranya mencecah RM 120,00 hingga RM 150,00 sebotol.SERUM yang dikatakan mampu meransang LINTAH MENGAWAN,MENGHASIL TELUR-TELUR dan MENGELUARKAN BENIH-BENIH LINTAH dengan banyak.Justeru itu beliau menjelaskan bahawa beliau juga pernah mengkaji perkara ini dan berhasil menemui pengeluar produk itu iaitu DR ZALEHA di KUALA TERENGGANU,katanya DR ZALEHA terkejut apabila dimaklumkan akan produk ini telah berada dipasaran sedangkan kajian yang dibuat oleh para pelajarnya masih berlansung dan tiada bukti lagi akan kemampuan serum hermapro sebagaimana yang dijangka. Saya juga dimaklumkan akan kehampaan oleh rakan-rakan yang telah membeli dan mengunakan serum ini,Oleh itu terpulanglah kepada para penternak lintah samaada ingin mencubanya atau pun tidak.Gambar teratas adalah warna awal SERUM dan jika dihidu baunya seperti bauan air mani manusia dan gambar kedua warna serumnya telah berbeza ,tiada siapa yang tahu dimana ia dikilangkan ,siapa yang membuat dan tiada bukti ia berjaya dalam janji2 yang ditaburi.

Tiada ulasan: