Khamis, 30 Oktober 2008

PELAWAT KOLAM LINTAH



Benar kata-kata perpatah pujangga melayu yang berbunyi "tak kenal maka tak cinta" Inilah yang terjadi kepada beberapa orang yang sanggup datang ke kolam ternakan lintah man_jb semata-mata ingin melihat dan bertukar-tukar pendapat dan persoalan berkenaan ternakan ini,Untuk makluman para pengusaha,Lawatan ke kolam ini hanya mampu dilayan sepenuhnya pada hari-hari kursus ternakan diadakan iaitu dari jam 2:30pm hingga jam 4:30 pm,Sekiranya ada hajat tertentu bolahlah dimaklumkan terlebih dahulu agar jadual harian man_jb tidak terganggu dan harapan tuan2 tercapai.

Selasa, 21 Oktober 2008

NYAWA LINTAH DALAM BALANG



Beberapa hari yang lalu ,man_jb telah mendengar berita murung dari seorang pengusaha LINTAH yang mengalami kerugian besar kerana lintah2 yang dibeli untuk diternak mati didalam balang(seperti bekas kuih raya),Walaupun pengusaha ini tidak pernah mengikuti kursus yang dianjurkan, man_jb sesekali tidak akan berkeberatan berkongsi maklumat dan pengalaman dalam mengendalikan penternakan ini,Untuk makluman para penternak lintah semua ,lintah2 yang siap dibalangkan perlu ditukar airnya selewat-lewat dalam jangka masa 48 jam ,air yang digunakan janganlah yang tercemar dengan apa-apa bahan kimia dan setiap balang sederhana besar tidak boleh dihuni lebih 250 ekor induk yang sedang tidak lebih dihuni lebih 500 ekor dan jika anak benih pula tidak boleh dihuni lebih dari 1000 ekor,Anak-anak lintah ini perlu disimpan ditempat yang gelap dan balangnya perlu direndam sebahagianya didalam air,Dengan panduan dan maklumat ini, man_jb mengharapkan agar para pengusaha lintah dapat memafaatkanya moga ia mampu mengelakan atau setidak-tidaknya mengurangkan kematian lintah-lintah dibalang dan terhindar dari sebarang kerugian.

Ahad, 19 Oktober 2008

MENGERAT SILATURAHIM PENTERNAK LINTAH



Dikesempatan syawal yang tersisa ini,Sempat jua man_jb menguruskan majlis IDUL FITRI di dewan cempaka yang menjadi sejarah pertemuan dan detik perkenalan diantara man_jb dengan para penternak lintah di JOHOR BAHARU ini,Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang sangup datang dari jauh dan dekat semata-mata bagi menyerikan majlis tersebut,Tidak dilupakan serombongan anak-anak yatim piatu dari Kempas ,Johor Baharu sudi meruangkan masa untuk meraikan dan menikmati hidangan rendang tradisional Gemencheh iaitu Rendang Ma'man,Diharap peristiwa ini dapat menjadi pencetus hubungan sesama muslim dan menjadi perbincangan diantara penternak tak kala mereka menikmatinya lagi.Hubungan darah ini perlu dipelihara kerana ianya sebahagian dari tuntutan syariat islam, Nabi saw bersabda " TIDAK AKAN MASUK SYURGA ORANG YANG MEMUTUSKAN HUBUNGAN KEKERABATAN "(HR MUSLIM dan ABU DAWUD)

Selasa, 14 Oktober 2008

BAJA PEMBIAKAN LINTAH




Berbagai kajian dan penemuan bahan2 baru bagi keperluan para penternak lintah telah diusakan oleh para pengusaha senior di malaysia ini, Hasil usaha kaji selidik yang dilakukan mereka selama ini telah menelan perbelanjaan yang tidak sedikit kosnya tetapi telah memberi kemudahan dan sumbangan yang bermakna dalam industri penternakan ini kepada kita ,Diantara hasil kajian itu adalah BAJA CIKOPET yang menjadi produk makanan lintah berasaskan bio teknologi,ianya dipercayai mampu meransang dan mengaktifkan pembiakan,pembesaran dan menjadi makanan elternatif selain belut, ikan keli dan sebagainya,Baja Cikopet ini juga berfungsi menghidupkan mikro organisma,alga & planton didalam air yang menjadi makanan kepada anak2 lintah,Ia juga menjadikan tumbuhan akuatik menjadi subur,menghilangkan bau air dan mengekal PH optima air dikolam,Dicadangkan setiap sekaki persegi kolam memerlukan hanya 250 gram Baja Cikopet dan ditabur rata dalam satu lapisan didasar kolam,Kini harga setiap kilogram baja ini dijual sekitar RM 15.00 hingga RM 25.00 dipasaran MALAYSIA bergantung kos pengangkutanya.Bagi para penternak yang berminat bolehlah mencubanya dan hubunggi man_jb di talian 019 7710101 atau email ke man_jb08@yahoo.com bagi mendapat bekalan BAJA CIKOPET yang tulin.
kedua gambar diatas mampu memperjelas jutaan persoalan bagaimana baja itu digunakan dan apakah kesan pembiakan atas ternakan ,selain ditampal didinding kolam sebagaimana gambar tertera ia juga boleh ditaburkan sahaja mengikut ketebalan dan keperluan tertentu,Lihatlah bagaimana rakusnya lintah2 itu datang untuk menjamah baja tersebut pada gambar pertama.

Rabu, 8 Oktober 2008

SERUM LINTAH HERMAPRO



Minggu kedua syawal yang lalu ,Saya berkesempatan berkenalan dengan penternak Lintah berbangsa TIONG HUA di negeri pantai timur,Beliau memperkenalkan dirinya sebagai DR LIM LIAN NGEE dan telah menghabiskan setengah abad usianya berkhidmat sebagai DR VETERINA di negara ini,Maka tidak hairanlah dari perbincangan yang berlangsung ,Beliau mampu menguasai dan mengetahui secara mendalam dunia kehaiwanan kerana sokongan pengalaman dan ilmu yang selama ini menjadi rutin pekerjaanya,Dikesempatan itu saya bertanya tentang kebenaran pengunaan dan fungsi SERUM HERMAPRO yang hangat dipasaran sekarang ini kerana harga pasaranya mencecah RM 120,00 hingga RM 150,00 sebotol.SERUM yang dikatakan mampu meransang LINTAH MENGAWAN,MENGHASIL TELUR-TELUR dan MENGELUARKAN BENIH-BENIH LINTAH dengan banyak.Justeru itu beliau menjelaskan bahawa beliau juga pernah mengkaji perkara ini dan berhasil menemui pengeluar produk itu iaitu DR ZALEHA di KUALA TERENGGANU,katanya DR ZALEHA terkejut apabila dimaklumkan akan produk ini telah berada dipasaran sedangkan kajian yang dibuat oleh para pelajarnya masih berlansung dan tiada bukti lagi akan kemampuan serum hermapro sebagaimana yang dijangka. Saya juga dimaklumkan akan kehampaan oleh rakan-rakan yang telah membeli dan mengunakan serum ini,Oleh itu terpulanglah kepada para penternak lintah samaada ingin mencubanya atau pun tidak.Gambar teratas adalah warna awal SERUM dan jika dihidu baunya seperti bauan air mani manusia dan gambar kedua warna serumnya telah berbeza ,tiada siapa yang tahu dimana ia dikilangkan ,siapa yang membuat dan tiada bukti ia berjaya dalam janji2 yang ditaburi.