Selasa, 13 Mei 2008

Laporan Ringkas Kursus Ternakan Lintah Tiram I

Alhamdulillah kursus lintah anjuran Usamayu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada Ahad 11 Mei 2008 yang lepas, kursus ini diharapkan dapat menjadi semangat bagi pengusaha-pengusaha baru yang telah menghadiri kursus ini. Seterusnya, hubungan yang telah terbentuk antara peserta-peserta diharapnya kekal sampai bila-bila. Kalau ada pendapat, maklumat, atau kritikan jangan teragak-agak untuk hubungi Man atau hantar kepada email man_jb08@yahoo.com. Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan Insyallah pihak Usamayu akan mengadakan Kursus Ternakan Lintah Tiram II pada 08 Jun 2008. Daripada riak wajah dan gerak geri semua peserta yang telah hadir, nampaknya mereka semua telah berpuas hati dengan kursus yang telah dilaksanakan. Semoga ilmu-ilmu yang telah disampaikan bercambah dan terus berkembang dan bermanafaat kepada generasi yang seterusnya sehinggalah di akhirat kelak.







1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum bro2 senior semua..
.
Saya minat jugak nak ternak lintah.. tapi tak pandai pulak cara2nya,
.
kalau ada benda2 baru jom lah kongsikan kat forum "Taniternak.com"
.
(Saya malas nak join forum lain sebab kena daftar.. forum "Taniternak.com" tak payah daftar)