Selasa, 12 Februari 2008

Pengalaman awal.

Titik Mula

Pada mulanya aku mula tahu perusahaan lintah ini daripada artikel-srtikel di dalam suratkhabar. Lama kelamaan minat aku makin mendalam (macam novel cintalah pulak) dan hasil dan kejayaan yang diperolehi oleh pengusaha yang lain buat aku rasa lebih bersemangat. Kursus yang mula-mula aku ikut dianjurkan oleh pengusaha lintah di Selama Perak. Banyak pengetahuan yang aku dapat daripada kursus ni, bermula daripada bagaimana nak memulakan perusahaan sehinggalah proses pemasaran.

Tapak

Tapak kolam-kolam lintah dibina atas 1/3 ruang tanah aku seluas 2 lot, dah lama aku beli tanah ni beberapa tahun yang lepas.

Ada apa dengan lintah tiram?

Sebenarnya baka lintah yang awal aku peroleh daripada pengusaha lintah daripada Selama Perak (penganjur kursus yang aku ikut dulu). Mungkin generasi yang kedua lepas ni bolehlah dipanggil Lintah Tiram sebab dia membesar kat Ulu Tiram, apa keistimewaannya aku pun tak tahu, mungkin lepas setahun baru kita tahu apa keistimewaan Lintah Tiram.

Semangat yang membara


Gambar1 menunjukkan proses awal pembinaan kolam, ada dua kolam setakat ni, satu untuk penternakan (18kaki x 9kaki) dan satu untuk semaian (9kaki x 4 kaki). Perhatikan bumbung kolam diperbuat daripada jaring hitam bertujuan untuk melindungi lintah daripada pemangsa seperti burung dan panas matahari yang terik.
Gambar1: Kolam Lintah & Kolam Belut

Dua orang pekerja sedang menyiapkan kolam, semua pekerja yang terlibat dengan projek ni merupakan pakar dalam bidang pembinaan dan hasil kerja mereka diiktiraf oleh orang-orang yang pernah mengupah mereka. Rumah putih dibelakang adalah rumah sewa yang pekerja-pekerja ni pernah siapkan, semuanya ada lima unit.
Gambar2: Pekerja sedang menyiapkan kolam

Perhatikan paip limpah daripada pandangan belakang kolam yang sudah siap daripada gambar3

Gambar3: Pandangan belakang daripada kolam-kolam (kiri kolam penternakan dan kanan kolam semaian) yang sudah siap

Perigi dibawah berdiameter 3 kaki dan dalamnya 14 kaki, tapak ni sebenarya dekat dengan sungai, sengan sikit nak dapat mata air, kebersihan air memang penting dan air paip tak sesuai digunakan sebab ada klorin. Lagipun kalau perigi ni tak digunakan untuk isi air kolam, bolehlah sewakan pada mana-mana produser filem untuk penggambaran filem seram....

Gambar3: Perigi sumber air kolam lintah

Air sudah masuk, kiambang sudah campak, sekarang ada beberapa ekor lintah dalam kolam, tangkap masa balik kampung di Kuantan. Setakat ni sudah lima hari lintah dalam kolam tu dan nampak macam ok....Ahad ni 1000 ekor lintah akan sampai dari Selama Perak.
Gambar4: Kolam berisi air kolam dan lintah ekperimen (uji ketahan lintah dengan persekitaran kolam simen)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya nak tau macam mana awak meneturalkan kolam simen itu?(simen itu akan larut kan)