Rabu, 27 Februari 2008

Bismillahirrahmanirrahim

Kpak Bing Bing....Kpak Bing Bing

Alhamdulillah minggu lepas aku berjaya mendapatkan 1800 ekor lintah daripada Terengganu, aku ambil sendiri naik bas, supply daripada Selama terpaksa ditangguhkan sebab tokey dia masih terlalu sayangkan lintah-lintah dia...hehe...Walaubagaimanapun, semua itu aku anggap sebagai asam garam perniagaan, satu benda yang perlu kita ada dalam berniaga ialah 'cepat berfikir dan cepat bertindak', tapi kena hati-hati ketika berfikir jangan sampai nafsu menguasai keputusan dan tindakan kita. Susah juga nak keluarkan lintah daripada bekas dia, dia sedut kuat betul pada dinding dalam bekas plastik tu (lihat gambar dibawah). Tapi aku pujuk dia dengan belut.




Kelihatan beberapa ekor lintah sedang menyesuaikan diri di penjuru kolam, setakat ni berdasarkan pemerhatian aku tiada seekor pun lintah yang mampu melepasi 'frame' kayu warna biru yang aku buat untuk kolam lintah.

Isnin, 18 Februari 2008

Kolam-kolam Baru Sudah Siap....

Kolam Belud


Esok belut dari Selama Perak sampai sebanyak 30kg naik bas (pandai betul belut ni naik bas sendiri datang JB). Kolam diorang pun dah siap cuma tunggu penghuninya.





Jaring Aluminium

Jaring Aluminium digunakan untuk mengelakkan nyamuk, katak, dan bermacam-macam binatang pemangsa daripada menggangu kolam lintah. Budak-budak pun sama juga, tak boleh usik tapi tengok boleh.







Kolam Pembenihan

Kat sinilah tempat lintah tiram dewasa akan di 'kahwinkan'. Harap-harap jumlah benih yang keluar menggalakkan. Kalau banyak nanti aku dermakan sikit kepada pasukan bola Malaysia, diorang tu banyak sengal, jadi lintah-lintah tu boleh sedut sengal diorang.



Selasa, 12 Februari 2008

Pengalaman awal.

Titik Mula

Pada mulanya aku mula tahu perusahaan lintah ini daripada artikel-srtikel di dalam suratkhabar. Lama kelamaan minat aku makin mendalam (macam novel cintalah pulak) dan hasil dan kejayaan yang diperolehi oleh pengusaha yang lain buat aku rasa lebih bersemangat. Kursus yang mula-mula aku ikut dianjurkan oleh pengusaha lintah di Selama Perak. Banyak pengetahuan yang aku dapat daripada kursus ni, bermula daripada bagaimana nak memulakan perusahaan sehinggalah proses pemasaran.

Tapak

Tapak kolam-kolam lintah dibina atas 1/3 ruang tanah aku seluas 2 lot, dah lama aku beli tanah ni beberapa tahun yang lepas.

Ada apa dengan lintah tiram?

Sebenarnya baka lintah yang awal aku peroleh daripada pengusaha lintah daripada Selama Perak (penganjur kursus yang aku ikut dulu). Mungkin generasi yang kedua lepas ni bolehlah dipanggil Lintah Tiram sebab dia membesar kat Ulu Tiram, apa keistimewaannya aku pun tak tahu, mungkin lepas setahun baru kita tahu apa keistimewaan Lintah Tiram.

Semangat yang membara


Gambar1 menunjukkan proses awal pembinaan kolam, ada dua kolam setakat ni, satu untuk penternakan (18kaki x 9kaki) dan satu untuk semaian (9kaki x 4 kaki). Perhatikan bumbung kolam diperbuat daripada jaring hitam bertujuan untuk melindungi lintah daripada pemangsa seperti burung dan panas matahari yang terik.
Gambar1: Kolam Lintah & Kolam Belut

Dua orang pekerja sedang menyiapkan kolam, semua pekerja yang terlibat dengan projek ni merupakan pakar dalam bidang pembinaan dan hasil kerja mereka diiktiraf oleh orang-orang yang pernah mengupah mereka. Rumah putih dibelakang adalah rumah sewa yang pekerja-pekerja ni pernah siapkan, semuanya ada lima unit.
Gambar2: Pekerja sedang menyiapkan kolam

Perhatikan paip limpah daripada pandangan belakang kolam yang sudah siap daripada gambar3

Gambar3: Pandangan belakang daripada kolam-kolam (kiri kolam penternakan dan kanan kolam semaian) yang sudah siap

Perigi dibawah berdiameter 3 kaki dan dalamnya 14 kaki, tapak ni sebenarya dekat dengan sungai, sengan sikit nak dapat mata air, kebersihan air memang penting dan air paip tak sesuai digunakan sebab ada klorin. Lagipun kalau perigi ni tak digunakan untuk isi air kolam, bolehlah sewakan pada mana-mana produser filem untuk penggambaran filem seram....

Gambar3: Perigi sumber air kolam lintah

Air sudah masuk, kiambang sudah campak, sekarang ada beberapa ekor lintah dalam kolam, tangkap masa balik kampung di Kuantan. Setakat ni sudah lima hari lintah dalam kolam tu dan nampak macam ok....Ahad ni 1000 ekor lintah akan sampai dari Selama Perak.
Gambar4: Kolam berisi air kolam dan lintah ekperimen (uji ketahan lintah dengan persekitaran kolam simen)

Salam Perkenalan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tujuan utama blog ini dibuat adalah untuk:

1.Mempromosikan dan memajukan perusahaan ternakan lintah di Malaysia khususnya JB.
2.Pertukaran maklumat diantara pengusaha-pengusaha yang ada di Malaysia.
3.Membina hubungan perniagaan di antara pengusaha-pengusaha.
4.Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang dihadapi dalam bidang ini.
5.Mengenalpasti kualiti produk yang dapat diterima oleh pengguna Malaysia.
6.Penyaluran maklumat yang cekap seperti bagaimana hendak mendapatkan pengalaman menternak lintah melalui kursus.

Buat masa ini, sesiapa yang berminat boleh hubungi:

Man JB, 0197710101 atau terus datang ke tempat operasi di Ulu Tiram, Johor Bharu, Johor.

Selepas ini, segala perkembangan perusahaan aku akan ditunjukkan dalam blog ini, tunggu...

p/s: To anyone who are interested to know about breeding leeches, yes leeches the blood suckers, do not hesitate to ask us, we will entertain your enquiries as best as possible......