Isnin, 12 Oktober 2009

PEMBORONG ATAU PEMBOHONG ?


Jeritan kecewa rakyat terus kedengaran disana-sini, Di bahu rakyat segala bencana dan kepincangan sistem yang di terapkan pemerintah terpaksa di pikul. Rakyat menjadi bahan uji-kaji pemerintah atas dasar-dasar peraturan yang diterapkan samaada bermafaat atau tidak, Rakyat juga menjadi tempat sumber pendapatan pemerintah dan pada tiap keringat rakyat ada nilai kemewahanya, Tetapi apa yang rakyat dapat dengan mengajikan puluhan ribu ringgit kepada tiap-tiap pemimpin dan penguasa mereka,

Mampukah pemimpin mereka melindungi hak-hak rakyat ? mahukah mereka mendengar keluhan dan jeritan rakyatnya ? inginkah mereka bertanggongjawab atas kepincangan sistem yang mereka terapkan? sangupkah pemimpin menganti kerugian yang di alami rakyatnya?Segalanya bergantung kepada aqidah para memimpin ini ,jika pincang aqidahnya maka pincanglah aqidah rakyatnya ,kerana rakyat berpegang pada aqidah para pemimpin mereka .Sama juga jika rakyat menjadi ahli putar alam maka para pemimpin mereka juga ahli putar alam ,bila kita lihat rakyat jadi pengampu pemimpin apa lagi jadi pemimpin penipu....

Rabu, 7 Oktober 2009

PERGINYA NORDIN MOHD TOP




Lori sewa melihat naluri pejuangan sesuatu fitrah yang ditanam di dalam diri setiap manusai,Tampa perjuangan dalam kehidupan ini manusia itu bukanlah manusia yang di bebani hukum dan tanggongjawab sebagaimana tujuan asal manusia itu diciptakan oleh Allah Swt , Tetapi dimanakah hala tuju naluri perjuangan ini ingin di salurkan ? Apakah yang perlu di perjuangkan ? apakah kaedah perjuangan yang di syare'i dan bilakah tiba waktu perjuangan itu perlu dilakukan ?
Walauapapun yang pasti persoalan2 seperti itu telah dijawab oleh para ulama terdahulu dan isu-isu seperti ini tidak perlu di persoalkan dan bagi yang ingin tahu hanya perlu pergi ke Halaqah dan majlis ilmu untuk mendapatkanya,
Ada banyak ulamak yang menolak taknik mendirikan Daulah dengan cara kekerasan antaranya adalah Syaikh Taqiyuddin, Abu al-Ala al-Maududi, Nasaruddin al-Bani dll,Pandangan mereka jelas bahawa Daulah hanya akan berdiri melalui Dakwah secara damai melalui pati politik,Syaikh Muhammad Khair Haikal menyelaskan 3 metod untuk mendirika Daulah Khilafah.
1) Menyiapkan suasana Dakwah yang selesa.
2)Mencari Ahli Nushrah yang mempuyai kuasa.
3)Membaiat orang yang akan dipilih menjadi Khalifah dan melindungi Ahli Nushrah.

Rabu, 30 September 2009

Sejarah masih segar


Jenazah cucuanda Sultan Abdul Hamid (1876-1909) disembahyangkan oleh ribuan warga Turki yang masih mengenal institusi kekalifaan yang melindunggi darah & harta meraka 85 tahun yang lalu,Sultan Abdul Hamid di Istambul yang mendiami Istana Yildiz telah digulingkan oleh Parti Ittihad Ve Terakki pada 1909 mengherat Intitusi Kekhilafahan Othmaniyyah runtuh secara rasmi di muka bumi pada 1924, Selepas keruntuhan itu baginda dan keluarga telah di usir dari bumi Turki, Pengulinganya di lakukan oleh 240 perwakilan anggota parliman Utsmaniyyah hasil tekanan Parti Turki Muda,Permintaan baginda untuk mendiami Istana Caragan bersama 9 orang anak lelaki serta 7 orang anak perempuan di tolak,Beliau di paksa keluar sehelai sepinggang pada malam gelap gulita menuju stesen keretapi Sirkeci meninggalkan bumi khilafah ke Istana milik Yahudi di Salonika ,Yunani selama 6 tahun,Segala hartanya di rampas oleh tentera Ataturk, Di Istana yahudi mereka di kurung dalam kamar tidak berperabut dan pintu serta tingkap di larang terbuka,Pada 1912 Sultan di hantar pulang ke Istambul akan tetapi anak-anaknya di pisah-pisahkan,Mereka di buang ke Perancis menjadi pengemis yang hidup melarat dan meminta-minta di lorong-lorong jalan.

Begitu kezaliman pemimpin sekular yang hari ini kita juga dapat merasakan penindasan dan keperitan hidup hasil penerapan sistem pemerintahan kapitalis dan demokrasi.

Selasa, 15 September 2009

TIADA KHALIFAH MAKA TIADA AMIL ZAKAT




Seorang mujtahid mutlak iaitu Imam at-Thabari menyatakan " Amil adalah para wali yang diangkat untuk mengambil zakat dari orang berkewajiban membayarnya dan memberikanya kepada yang berhak menerimanya, mereka ( amil ) diberi itu kerana tugasnya ,baik kaya ataupun miskin" . Imam al-Qurthubi (w 671h) dari mazhab Maliki menyatakan "Amil zakat adalah para wali dan pemungut zakat yang diutus oleh Imam/ Khalifah untuk mengumpulkan zakat dengan status wakalah" Banyak lagi pandangan2 dan ijtihat para mujtahid yang seirangan dan sependapat yang sama dan saling mengukuh dengan jelas membawa maksud hanya Khalifah sahaja yang mempuyai kuasa melantik AMIL zakat yang sah disisi Syarak ,Ia juga dijelaskan oleh pandapat Imam as-Sarakhsi dari mazhab Hanafi atau pandangan Imam as- Syaukani (w 1250h) dari mazhab Zaidiyah .


Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan Firman Allah swt dalam (QS at-Taubah<9>:103) "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka yang dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka " Dalam konteks perintah ayat ini jelas ia bersifat memaksa dan perintah tersebut ditujukan kepada Nabi saw dalam kapisiti baginda sebagai kepimpinan umum umat Islam di Madinah dan kefahaman ini dilanjutkan oleh para khalifah selepas beliau.


Kerana itu tiada pengertian Amir Zakat dalam khazanah fikih Islam kecuali untuk insan yang diangkat oleh IMAM/KHALIFAH bagi tugas2 yang terkait dengan zakat,


Hari ini siapakah yang berani mengesahkan dan siapakah yang diberi kuasa oleh ALLAH dan RASUL untuk melantik syarikat dan individu tertentu bagi melaksanakan tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh seorang Khalifah ? Bagaimana Ibadah Zakat yang kita lakukan tampa mengikut hukum syarak ? Benarkah zakat yang dibayar mengalir pada yang berhak menerimanya ? dan seribu satu persoalan akan timbul serta boleh dipertikaikan jika kita benar2 prihatin akan Ibadah kita diterima oleh ALLAH Swt atau pun tidak.

Rabu, 2 September 2009

RAMADHAN DI KHILAFAH CENTER


Di sepanjang bulan Ramadhan umat Islam cenderung melakukan kebaikan selain berpuasa,Mereka juga bersedekah,tadarus al-quran,itilaf dan lain2,Mesjid-mesjid menjadi penuh dengan para jemaah yang berusaha meningkatkan Ibadah dan mengharap pahala yang berlipat ganda di janjikan Allah swt di bulan ramadhan ini,

Selain itu keistimewaan beribadah di bulan ramadhan adalah Allah Swt membuka peluang selebar-lebar bagi kita membersihkan dosa-dosa yang selama ini dilakukan dengan syarat puasa yang kita lakukan berlandaskan keimanan dan keiklasan serta tidak melakukan dosa-dosa besar sebagaimana sabda nabi saw " Siapa sahaja yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan landasan iman dan iklas diampuni dosa-dosanya yang telah lalu (HR Ahmad ).
Didalam hadis yang lain rasullulah saw bersabda " siapa saja yang berpuasa Ramadhan kemudian melanjutkanya dengan puasa enam hari pada bulan syawal,ia seperti berpuasa sepanjang masa .(HR Muslim), Allah Swt berfirman : Siapa saja yang membawa amal yang baik , baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalanya (QS al-an,am <6>:160). Dengan demikian ,Puasa ramadhan sebanding dengan puasa sepuluh bulan dan enam puluh hari atau dua bulan sehingga genab dua belas bulan atau setahun penuh,perkara ini dijelaskan oleh riwayat Tsauban, mawla rasullulah saw ia berkata bahawa rasullulah saw pernah bersabda " Puasa Ramadhan sebanding dengan puasa sepuluh bulan dan puasa enam hari sebanding dengan puasa dua bulan dan itu sebanding dengan puasa setahun ( HR an-Nasa'i ).Semoga ibadah puasa kita di tahun ini benar-benar dilakukan atas rasa ketaqwaan kita pada Allah Swt dan diberi ganjaran yang setinggi-tinggi oleh yang maha esa.

Ahad, 23 Ogos 2009

LORI SEWA 3 TON & KONTRAK FARMING DIKHIANATI















Sejak beberapa bulan kebelakangan ini ,sering kedengaran rungutan dari ahli-ahli yang terlibat dalam kontrak farming lintah,Mereka kesemuanya tidak berpuas hati dengan alasan dan jawapan yang diberikan oleh tauke kontrak farming apa bila ditanya bila nak tuai hasil ?.Ada di kalangan mereka memberikan jawapan yang lucu dan tidak masuk akal seperti katanya "Lintah banyak hilang kerana dimakan hantu ",bagi tokey kontrak farming yang berpendidikan lain pula alasan yang diberi kepada para peserta dan ahlinya antaranya "pemanasan global mempengaruhi pembiakan lintah"walauapa pun jawapan yang diberi oleh tokey Lintah ini yang pasti para ahli telah membelanjakan puluhan juta ringgit wang mereka dengan rela secara menipu daya untuk melabur kedalam industri ternakan lintah yang tidak jelas keberhasilanya , Mereka ini sepatutnya diberi pembelaan oleh negara kerana ia benar-benar lalai mengawal dan memberhentikan industri kontrak farming dari merebak dan merugikan banyak pihak.kini segala harapan tinggal harapan, ramai tokey kontrak farming telah lari dari tanggongjawab mereka,meraka hanya tinggalkan poly tank dan beberapa alat ternakan untuk diusahakan sendiri oleh ahli2 mereka.

Rabu, 12 Ogos 2009

LORI SEWA 3 TON & AMPUNAN ALLAH SWT PADA ISTERI YANG TAAT















Hari ini ramai dari kalangan ibu bapa mengharapkan kelahiran anak-anak yang solleh ,para suami mengharapkan isteri-isteri solleha sebagai sahabat dalam kehidupan,pergaulan di antara mereka bukanlah pergaulan dalam ikatan perkongsian sebagaimana perkongsian kedua belah pihak dalam satu perniagaan,Islam membentuk keduanya menjadi sahabat sejati dalam segala perkara baik dalam suasana suka atau duka,Persahabatan ini dapat memberikan kedamaian diantara satu dengan yang lain sebagaimana Allah Swt berfirman "Di antara tanda-tanda kekuasaanya ialah dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri supaya kalian merasa senang kepada mereka serta menciptakan di antara kalian rasa kasih sayang",

Hari ini tersangat sukar untuk di temui dalam masyarakat kita para suami atau isteri yang mampu memupuk rasa kasih sayang dalam ikatan perkhawinan mereka ,Adakah ianya berpunca dari hilangnya keyakinan keatas janji Allah Swt keatas para Isteri yang taat pada suaminya ? Atau kurangnya pendidikan Islam yang di ajar selama ini kepada mereka keduanya? walauapapun persoalanya seorang Isteri yang mentaati suaminya selagi tidak melakukan maksiat pada Allah Swt akan mendapat pengampunan dosa dan keredhanya di dunia dan di akhirat sebagaimana kisah yang di riwayat bersumber dari Anas r.a. Ada seorang suami yang melakuakn perjalanan sementara isterinya di larang untuk keluar rumah,satu ketika orang tuanya jatuh sakit dan dia kemudian meminta izin kepada Rasulullah untuk menziarah ayahnya akan tetapi Rasulullah melarangnya agar ia terus taat pada arahan suaminya,Tidak lama kemudian ayahnya meninggal dunia dan sekali lagi dia meminta izin pada rasulullah dan rasulullah juga tidak membenarkan dan meminta dia taat pada arahan suaminya,Setelah itu turun wahyu kepada nabi saw " sesungguhnya aku telah mengampunkan dosa-dosanya kerana ketaatanya kepada suaminya"

Sungguh istimewa kedudukan seorang Isteri dan mudahnya mereka untuk mendapat pengampunan dan keredhaan dari Allah Swt ,Tetapi malangnya siapakah di kalangan isteri-isteri kita yang meyakini sirah ini ? lebih-lebih lagi peristiwa seperti ini tidak pernah di siarkan di TV,Radio ataupun di persembahan di panggung-panggung negara !.Walauapapun sekalung tahniah dari baginda nabi saw keatas para isteri yang berjaya dalam mengharunggi kehidupan dengan keredhaan suaminya sebagaimana sabda rasul saw "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan puasa di bulan ramadhan dan menjaga kemaluanya dari yang haram serta taat kepada suaminya, maka akan di persilakan masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang ia sukai." HR Ahmad dan Thabarani


-