Alhamdulillah kursus lintah anjuran Usamayu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada Ahad 11 Mei 2008 yang lepas, kursus ini diharapkan dapat menjadi semangat bagi pengusaha-pengusaha baru yang telah menghadiri kursus ini. Seterusnya, hubungan yang telah terbentuk antara peserta-peserta diharapnya kekal sampai bila-bila. Kalau ada pendapat, maklumat, atau kritikan jangan teragak-agak untuk hubungi Man atau hantar kepada email man_jb08@yahoo.com.
Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan Insyallah pihak Usamayu akan mengadakan Kursus Ternakan Lintah Tiram II pada 08 Jun 2008. Daripada riak wajah dan gerak geri semua peserta yang telah hadir, nampaknya mereka semua telah berpuas hati dengan kursus yang telah dilaksanakan. Semoga ilmu-ilmu yang telah disampaikan bercambah dan terus berkembang dan bermanafaat kepada generasi yang seterusnya sehinggalah di akhirat kelak.


