Jumaat, 12 Disember 2008

WAKIL PENJUAL LINTAH EMAS DIPERLUKAN


Dengan kepesatan para penternak lintah menternak lintah,Begitu juga pesatnya lahir industri pemprosesan lintah-lintah matang untuk di jadikan produk untuk di mafaatkan oleh pengguna didunia ini, Antara yang terbaru adalah produk MINYAK URUT LINTAH EMAS,Dengan beredarnya produk ini dipasaran maka beerti ianya telah membuka peluang perniagaan kepada para peniaga,Justeru itu pehak kami menyeru kepada yang berdarah usahawan agar tampil menyahut seruan untuk dilantik menjadi AGEN PRODUK INI DIPASARAN rebutlah peluang ini sebaik mungkin agar tidak menyesal dikemudian hari.

Ahad, 7 Disember 2008

DARI LINTAH KE KAMBING


Telah menjadi tuntutan tiap muslim agar mengembangkan modal yang dimiliki, Ini kerana penimbunan harta tampa tujuan adalah haram di sisi ajaran ISLAM dan Pengembangan ini adalah bertujuan memberi peluang pekerjaan pada insan lain untuk memperoleh rezeki atau menambah pendapatan,Seruan ini benar-benar telah menyedarkan saya lalu satu perancangan yang teratur telah disusun untuk projek terpilih dari jutaan projek iaitu projek penternakan Kambing ,Ianya diusahakan di Benut, Johor. Bermodal RM 20,000 sahaja Sebuah kandang kambing telah siap dibena dengan penghuni yang berbagai jenis dan rupa berjumlah sebanyak 22 ekor.Maka bermula segala pengiklanan termasuk pembuatan blog baru yang sudah boleh dilayari iaitu http://kambinglembu-syabab.blogspot.com. Justeru itu pehak kami mengharapkan sokongan dan tunjuk ajar dari teman2 seperniagaan dan pehak berwajib untuk saling membantu mana yang kurang bagi menjayakanya.

Jumaat, 5 Disember 2008

RAWATAN AIR KOLAM LINTAH


Sebulan yang lalu aku terkejut dengan kematian induk2 Lintah didalam kolam,Kematian sebegini banyak memang tidak pernah aku temui sebelum ini,Melihat suasana sebegini fikiran ku menjadi semakin runsing ialah kepada siapa ianya ingin diadukan ?,Lalu aku mengambil tindakan bertanya kepada para penternak lintah yang lebih berpengalaman dan telah berjaya dalan industri ini,Alhamdulillah mereka sanggup berkongsi maklumat dan pengetahuan dan memberi fomula yang berkesan untuk menangganinya,"Terima kasih daun keladi ada masaalah ku tanya lagi" Aku dimaklumkan agar mencampurkan cecair EM di dalam kolam ,Puas juga mencari tetapi tak berjaya lalu aku diperkenalkan produk BMO keluaran Koperasi Institut Pertanian Ayer Hitam oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor iaitu sejenis cecair yang sama fungsinya seperti EM,BMO yang mempuyai kandungan Bakteria fotosintetik,Bakteria laktik asid ,yis,actinomycen dan fungi penapaianya mampu menambah baik kesihatan binatang ternakan(lintah dsb)dan menghilang bau pada air kolam,BMO dijual pada harga RM 20,00 sahaja untuk tiap 1 liter dan nisbah pengunaan(1:1000)Dibubuh 2 kali sebulan,Hingga ke hari ini lintah2 yang kelihatan sugul telah kembali cergas seperti biasa.

Rabu, 26 November 2008

LAPORAN KURSUS LINTAH KALI KE 7


Alhamdulillah,Walaupun dihimpit berbagai masaalah kewangan yang lahir dari penerapan sistem ekonomi kapitalis yang rakus lagi zalim ini,Kehidupan ini perlu terus dibena dan dirancang sebaiknya agar kita tidak terus terpinggir dan jurang kekayaan akan terus melebar.Kursus Lintah kali ke 7 dihadiri 2 bangsa yang berlainan agama mengisi ruang dewan kursus anjuran USAMAYU ENTERPRISE,Kedua bangsa dan agama ini diikat dengan ikatan mafaat yang jelas terjalin sejak dibangku sekolah lagi,Selagi mafaat itu dapat dikongsi bersama selagi itu ikatan ini akan terus kukuh.Bagaimana sekiranya disuatu hari nanti apabila telah hilang mafaat ini ?

Sabtu, 22 November 2008

PRODUK LINTAH


Dewasa kini berbagai produk siap dari industri kecil dan sederhana telah beredar dipasaran Malaysia ,Produk ini telah berjaya menguasai sebahagian besar iklan-iklan dimedia cetak dan media eletronik,Produk perhiasan dan barangan kecantikan telah mendapat tempat dihati kaum hawa adalah yang paling laris kerana kaum ini semestinya mengutamakan kecantikan diri dari segalanya ,Bagi mereka wang bukan lagi menjadi masaalah utama ,Kejayaan pemasaran ini sepatutnya menjadi contoh kepada pengusaha produk lintah untuk mengikutinya,Jika diperhatikan adalah terlalu jarang produk-produk lintah diiklankan samaada di media cetak atau eletronik, Ini yang mejadi hambatan kepada para pengusaha untuk maju dalam industri ini ,Sedangkan pasaran yang luas dari kaum adam tersedia menanti,Kegagalan memperkenal dan mempromosi barangan keperluan ini perlu diperbaiki agar industi penternakan lintah dan pengeluaran produk siapnya dapat terus bertahan di Malaysia.
Produk MINYAK KHAZANAH ALAM ( Bekas bulat berwarna putih )ini dikeluarkan berkhasiat untuk menegangkan payu dara dan kecantikan kulit,Menyelesaikan masalah berkaitan pengaliran darah.Antaranya untuk salah urat,kebas anggota badan,seliuh,lebam,lenguh-lenguh,sakit sendi,sakit pinggang,masalah angin dan gatal-gatal.
Produk ( Bekas ungu tinggi ) ini berkhasiat untuk pengaliran darah bagi tenaga batin,salah urat,kebas anggota badan,seliuh,lebam,lenguh-lenguh,sakit sendi,sakit pinggang,masalah angin dan gatal-gatal.

Rabu, 19 November 2008

PAMIRAN & RAWATAN LINTAH



Sepanjang minggu ini ,PELINTAH telah diberi peluang oleh jabatan pertanian Negeri Sembilan mempamirkan produk hasil ternakan dan teknik rawatan lintah.Pamiran yang julung kali diadakan di MALAYSIA telah diadakan di Paroi,Negeri Sembilan.Pamiran ini telah berjaya menyuntik semangat ramai penternak lintah MALAYSIA yang selama ini diselubunggi kebimbangan akan pengiktirafanya oleh Jabatan Perikanan Malaysia.Kehadiran ribuan para pengunjung yang sanggup bersesak-sesak untuk melihat binatang ternakan ini dari dekat dan mafaatnya dalam kehidupan manusia sungguh diluar jangkaan.Selain aktiviti jualan produk dan pamiran berbagai peringkat umur lintah ,Para pengunjung juga boleh mendapatkan rawatan lintah yang turut diadakan disitu,Semoga industri ini mampu memberi mafaat kepada pengguna dan bersaing dipersada antarabangsa.

Isnin, 10 November 2008

MEDIA TERNAKAN LINTAH



Dewasa kini industri ternakan lintah telah menjadi perbualan disana sini,Ramai dikalangan mereka terpaut dengan desas desus keuntungan luar biasa hasil ternakan ini,Tetapi tahukah mereka siapakah dikalangan penternak ini yang telah benar-benar berjaya mendapatkan hasil ternakan ini ? Atau pernahkah kita melihat dari pandangan mata kita sendiri yang hasil ternakan itu dituai sebagaimana nelaya menjual hasil tangkapan mereka dipasar atau seperti para pesawah membanting padi hasil tanaman mereka atau hasil yang diperkatakan hanya desas desus dari pengiraan diatas kertas kerja sahaja,Jika diperhatikan ada dikalangan kita berkesempatan mencari ruang menambah pendapatan dengan menyediakan perkhimatan menternak lintah dangan menyediakan ruang ternakan dan tenaga kerja bagi melayan serta penyedian peralatan dan media ternakan, Dengan tiada pengalaman serta kejayaan dalam ternakan ini ,Meraka berani mengambil deposit dari para pelabur dengan menjanjikan keuntungan yang tidak pasti,Kesilapan yang paling besar para penternak ini adalah kesalahan penyedian MEDIA ternakan ,Kerana media ini perlu sesuai dengan kehidupan habitat ini,Jika suasana kehidupanya tidak bersesuaian mana mungkin hidupan ini boleh membiak dan membesar sebagaimana yang diimpikan oleh penternak dan para pelabur.