Rabu, 17 September 2008

Laporan Kursus Ternakan Lintah Tiram 5


Dibulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini dimana tiap amalan kita dijanjikan gandaan oleh ALLAH swt tetapi berapa ramai diantara kita yang yakin akan janji-janji ini,Keyakinan ini dapat man_jb terjemahkan dengan kehadiran para peserta kursus lintah tiram-5 yang begitu merosot ,walau bagaimanapun penyampaian yang bersemangat dan minat ingin tahu para peserta yang hadir telah menghidupkan suasana suram ini menjadi cukup ceria dan moga ilmu yang dikongsi menjadi garis panduan yang bernilai dan mampu membawa kejayaan sebagaimana yang dicita-citakan,

Isnin, 15 September 2008

PEMBIAKAN LINTAH



Ramai pengusaha LINTAH kini menjaja kata-kata untuk memerangkap dan memperdaya kenalan bahawa mereka adalah penternak LINTAH yang berjaya. Walaupun sebelum ini tiada sejarah ditempat itu yang mereka ini pernah menternak LINTAH dan berjaya memperolehi hasil darinya,

Berbagai janji-janji manis ditabur bagi meyakin pemilik modal agar melabur dengan mereka, ada yang sanggup menawar perkhimatan serendah RM 1400.00 untuk satu tangki poly dan ada juga yang mengenakan bayaran setinggi RM 22,000,00 untuk kolam kanvas.

Para peserta juga taburi kata-kata manis dengan hasil yang lumayan dari pembiakan anak-anak LINTAH yang luar batas kemampuanya. Adalah mustahil seekor lintah boleh menghasilkan anak sebanyak 200 hingga 300 ekor dalam satu kokon (kepongpong). Berdasarkan kajian oleh penternakpenternak yang berpengalaman, hanya 10 hingga 40 ekor sahaja anak LINTAH mampu dihasikan oleh seekor induk lintah setiap kali is bertelur.

Man_jb bimbang akan lahir rasa tidak puas hati, ditipu dan tercetus permusuhan di antara pemodal dan pengusaha jika perkara ini tak diperjelas sebaiknya. Lebih-lebih lagi para perasaan para pemodal yang ditaburi janji keuntungan yang terlalu besar hingga mencecah angka RM 6,000 hingga RM 20,000,00 untuk setiap tangki poly 200 gelan yang mereka labur.Mereka juga dimaklumkan tiap tangki akan membenihkan anak-anak lintah sebanyak 60000 ekor yang setelah 6 bulan pembesaranya menghasikan lebih kurang 200 kilo dan tiap kilo akan dibeli seharga RM 100,00,inilah kata-kata yang memerangkap dan melonglaikan hati rakan taulan yang mendengar janji-janji manis para pengusaha ini,Moga penjelasan ini mampu memberi pandangan yang berguna untuk pemodal,

Ahad, 14 September 2008

Kolam Belut


Setelah berbagai percubaan mencari media ternakan belut ini aku lakukan,Akhirnya aku temui juga kaedah paling sesuai untuk hidupan ini dalam sangkaan ku ,Walaupun aku belum pasti hidupan ini boleh membiak atau tidak tetapi aku puas melihat ia menyusup masuk kedalam gumpalan media dan menyalar-nyalar mencari makanan dicelah rumpun kiambang ,Harapan ku agar rumah baru ini sesuai dan serasi untuk belut-belut ku membesar dan membiak didalamnya "macam padi malinja" .Jika ianya berjaya dapatlah aku menambah pendapatan dan membantu penternak lintan di selatan ini menikmati harga belut yang lebih murah dan mencukupi permintaan,

Sabtu, 13 September 2008

LINTAH DARAT @ PENTERNAK LINTAH


Dewasa kini telah lahir syarikat2 bagai cendawan busut yang menawarkan perkhimatan menternak lintah kepada para peserta kursus yang dianjurkan dikenali
(kontrak farming)atau kepada rakan taulan yang mampu mereka pengaruhi untuk melakukan pelaburan.
Perkongsian Perniagan yang dilakukan berkonsep MUDHARABAH ini jelas syarie disisi ISLAM kerana ada pehak yang menjadi memilik modal(melabur duit) dan ada pehak yang menjadi pengusaha (mencurahkan jasa @ tenaga) kemudian kedua-dua pihak telah bersetuju dengan jumlah pembahagian keuntungan seperti 50% pemodal dan 50% pengusaha atau 30% pemodal dan 70% pengusaha yang penting ia dipersetujui bersama kedua pihak,
Dari Abu Hurairah yang meriwayatkan Nabi saw bersabda "Allah swt berfirman 'Aku adalah pihak ketiga dari dua orang yang melakukan perkongsian selama salah seorang diantara mereka tidak mengkhianati temanya,Apabila salah seorang diantara mereka telah mengkianati temanya maka Aku keluar dari keduanya"
Tetapi kenapa lahir suara-suara keluhan kerana rasa tidak puas hati para pemodal diadukan kepada man_jb ,Dimanakah pincangnya dan apakah ada kekurangan dalam akad persetujuan yang mereka laksanakan atau adakah pemodal tidak berpengalaman dalam ternakan ini hingga mereka mudah ditipu pengusaha dengan janji-janji manis yang tak pasti kebenaranya atau adakah pemodal tidak memberi garis panduan yang jelas kepada pengusaha agar wang yang dilabur dibelanja pada hal-hal yang dipersetujui bersama agar tidak berlaku bayaran berlebihan pada barang yang dibeli atau pemodal sendiri yang perlu dipersalahkan kerana tiada ilmu dalam perniagaan perkongsian yang ingin dijalankan ,
Segala-gala permasaalah ini lahir berpunca dari kegagalan sistem pendidikan hari ini yang gagal melahirkan insan yang bertaqwa ,insan yang mempunyai hubungan dengan ALLAH SWT tak kala ia menuturkan kata2 atau ketika ia melakukan sesuatu perbuatan yang ia sedar akan ada pehak yang menghisabnya diakhirat kelak,Inilah buasnya sistem kapitalis yang bertuhankan hawa nafsu dan mengejar mafaat duniawi semata-mata,yang melahirkan manusia yang berperaturan haiwani yang rakus ,tamak,moga akan lahir seorang pemimpin seperti para KHALIFAH yang pelindunggi tiap darah dan harta rakyatnya dari dirampas dan ditipu oleh manusia yang tidak bertanggongjawab ini.

Rabu, 10 September 2008

RAMADHAN DATANG DAN PERGI


Wahai manusia!
Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatanya yaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,Bulan yang ALLAH telah jadikan puasanya satu kefarduan dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu,
sesiapa sahaja yang mendekatkan diri kepada ALLAH dengan satu amalan kebaikan didalamnya samalah dengan amalan orang yang menunaikan suatu kefarduan didalam bulan yang lain,
Ramadhan itu adalah bulan kesabaran,Sedangkan balasan sabar adalah syurga,Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan dilimpahkan rezeki mukmin didalamnya,Sesiapa sahaja yang memberi makanan berbuka kepada sesaorang yang berpuasa dibalas ALLAH pengampunan dosa2nya dan memerdekakan dirinya dari azab neraka dan ganjaran pahala sebesar orang yang berbuka puasa,
Dialah bulan yang permulaanya rahmat,pertengahanya keampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.Rebutlah peluang ini wahai kaum muslimin,Moga masih ada kesempatan untuk meraihnya,WSLM.

Juadah Berbuka Puasa



Tanpa disedari masa begitu pantas berlari, sepantas halilintar meninggalkan kita jauh terkebelakang tanpa memberi peluang untuk kita mengulangi detik-detik waktu yang telah berlalu. Amatlah besar kerugian bagi tiap insan yang tidak berusaha bersungguh-sungguh mengambil kesempatan di tiap RAMADHAN untuk bertaqarrub illallah dan meningkatkan ketaqwaan serta kesedaran akan kekhuatiran atas perbuatan kita meninggalkan suruhan dan melanggar larangan ilahi yang akan mengheret kita pada seksaan ALLAH swt.

Salah satu yang dikhuatirkan rasullulah saw dari puasa umatnya adalah apabila ibadah puasa hanya menjadi sekadar menahan diri dari makan dan minum serta pada perkara2 yang membatalkanya atau ibadah puasa hanya menjadi majlis pesta makanan sedunia yang diraikan setahun sekali hingga umatnya lalai melaksanakan bersama-sama peribadatan yang paling utama iaitu menegakan KHILAFAH & syariat islam sebagaimana yang dilakukan oleh baginda rasullah saw. Dalam hal ini tercatit hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abu Hurairah dan Ath-Thabrani dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw bersabda "Berapa banyak orang yang berpuasa ,Hasil yang diperolehi dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga sahaja"

Marilah kita di bulan Ramadhan ini,Kita lebih memperkukuh lagi perjuangan menegakkan Syariat & Khilafah. Para sahabat telah menjadi bukti akan kesungguhan mereka dalam perjuangan ini, Wallahu a lam bi ash-shawab.

Isnin, 8 September 2008

Teratak Ayahanda di Gemencheh



Sempena Ramadhan yang membawa penuh barakah ,rahmat, dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya yang paling utama, tiap detik dan tiap jam yang berlalu paling berharga. Inilah bulan dimana muslimin dan muslimat diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan.

Pada bulan ini nafas nafas kita menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amal-amal kita diterima dan doa-doa kita dimakbulkan. Atas kesempatan itu aku mengambil kesempatan untuk menjenguk lebih kerap kedua orang tua ku diterataknya. Aku mencuri kesempatan yang ada untuk bersahur denganya dan berbual serta berbincang agar hubungan ikatan darah yang selama ini agak jurang dapat ku rapatkan semula dan aku bimbang suasana sebegini tidak dapat lagi aku kecapi dimasa mendatang.

Moga Allah menerima ibadahnya ,mengurniakan kesihatan dan rezeki yang halal ,amin